"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, January 18, 2014

Ceritanya... Perjalanan Guru..!!

Ceritanya…
Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik ati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Macam amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya…
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak menjadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek-pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek,
Telinga cikgu mendengar jelek,

Ceritanya…
Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa lewat,
Hari-hari lambat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dalam buku lewat,

Ceritanya…
Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk satu kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat dihati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas!

Ceritanya…
Esok-esok,
Result exam keluar,
Satu sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar,
Silap-silap masuk surat khabar,

Ceritanya…
Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan,
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan nombor One,

Ceritanya…
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tak tau berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih,
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini, aku berterima kasih…
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukuplah sekada berterima kasih..


4 comments:

ewanthology said...

cikgu sekarang sudah kurang dihargai...

Akmall Razlan said...

menarik.
Saya tak pandai nak tulis cam cikgu ni.. tapi saya cuba yer..

Zaman dedulu,
Pergi sekolah penuh harapan,
Harapan untuk belajar,
Ramai-ramai berjalan kaki,
Naik motor, naik basikal,
Menuju ke sekolah seikhlas hati ingin belajar,
ingin menuntut ilmu.

Zaman dahulu,
cabaran guru tidak sebesar sekarang,
cabaran dulu berkisar di sekolah,
habis jauh ke PPD,

Zaman sekarang,
cabaran guru tidak terbilang,
salah sikit naik ke internet,
takde dekat, semua jauh.

Zaman dulu,
anak tak pandai, anak disalahkan, guru dirayu untuk mendidik anak.

Zaman sekarang,
anak tak pandai, guru disalahkan sebab tak pandai mendidik anaknya, katanya,
sedangkan murid lain boleh cemerlang,
kenapa tidak anaknya, Mungkin tak pernah bertanya.
Jasad anaknya ada disekolah,
sedangkan rohnya melayang-layang menghilang.

Itu la guru, keluarga dan murid.
Segalanya berkait tetapi bila berjaya atau gagal, masing-masing cuba menegakkan benang yang sudah basah bergenang air mata.

Semuanya susah, tiada yang senang.
Cuma usaha membezakan kita dengan yang lain.

:)

MumMe said...

bila dah jadi cikgu,boleh tersebak dengar lagu Upin Ipin terima kasih cikgu...huk huk huk

MyCherita said...

salam ukhwah.. 1st time dtg singgah sini.. dari : http://thescreammer.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...