"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, December 29, 2012

Citer Tiga Sahabat




Suatu hari, terdapat 3 orang sekawan… mereka bersahabat sejak kecil lagi… Mereka ialah Ahmad, Ali dan Abu.. Ketiga-tiganya mempunyai sikap, mentaliti serta kepercayaan yang berbeza dalam kehidupan… Masing-masing sekarang berusia 20 tahun…

Ahmad.. Seorang yang berfikiran jauh dan sangat positif… Mempunyai impian hidup yang tersendiri… Seorang yang sangat manfaatkan setiap peluang yang melintas di depan mata…

Ali… Dia merupakan seorang yang suka bertangguh… Kerana dia fikir, buat apa nak sibuk-sibuk fikir tentang kehidupan lagi kerana masih muda… Masa muda adalah masa terbaik untuk berseronok dan bersantai-santai… Seorang yang tak berapa kisah dengan peluang yang kerap melintasi dalam kehidupannya…

Abu… Abu merupakan seorang manusia yang suka mengikut arus perjalanan kehidupan.. Ke laut di bawa, maka ke lautlah dia ada.. Ke sungai dia dibawa, ke sungailah kehidupannya.. Kerana dia percaya segalanya ditentukan Allah… Takdir.. Qada’ dan Qadar.. Apa nak kecoh, Allah dah aturkan semua… Itu kerja Allah, katanya..

Hasilnya, Ahmad telah menjadi seorang manusia yang berjaya, dikenali ramai, berpengaruh dan kaya pasa seawall usia 30 tahun….

Pada usia 30 tahun, si Ali perasan dan nampah perubahan yang luar biasa pada sahabatnya Ahmad… Dia sangat teruja dengan kejayaan yang dikecapi Ahmad… Dia terinspirasi… Dia pun berhasrat untuk menjadi seperti Ahmad suatu hari nanti… Tetapi si Ali tetap seperti sikap yang lama.. Bertangguh dan bertangguh.. Alasannya untuk berfikir… Akhirnya si Ali mengambil keputusan untuk mula bertindak.. Akhirnya si Ali berjaya menjadi seperti Ahmad.. Tapi si Ali berjaya menjadi seperti Ahmad pada usia 60 tahun…!

Manakala si Abu masih berada pada tahap yang sama.. Terus hidup seperti seorang manusia biasa… Hidup biasa-biasa sahaja… Kadang-kadang makan pun cukup-cukup sahaja.. Kadang-kadang pula tak cukup makan.. Dia langsung tak kisah dengan kehidupannya kerana dia percaya, semua ini urusan Allah… Segalanya telah ditentukan..

Jadi… anda ingin hidup seperti siapa dalam kisah ini?? Hidup ini adalah pilihan… Jadi, pilihan adalah di tangan anda… Pilihlah kehidupan yang macam mana yang anda mahukan.. Jangan salahkan takdir… Jangan salahkan ketentuan.. Jangan salahkan Allah.. Design your life, Design your world, Design your future! Take action NOW!!

4 comments:

Nurina Izzati said...

best citer ni

Kak Mahh said...

Betul...pilihan di tangan kita,hidup kita adalah tanggungjawab kita.

Awangku Johan said...

@@Nurina Izzati
yer best.. suka dgn citer2 macam ni penuh motivate n nilai.. hihihi

Awangku Johan said...

@@Kak Mahh
betul tu kak mahh... akak sihat jg ke ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...