"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Sunday, December 2, 2012

Menantu Yang Kantoi...


Sekadar gambar hiasan





Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah ni bolehlah tahan cunnya.. Mamat ini pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat punya ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pula si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat juga lah masuk tidurnya…

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan di Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun surulah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan member salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas si Mamat jawab “eh… ia ke? Tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”

Masya Allah… mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sah laaaa si Mamat ini tak pernah sembahyang subuh! Kantoi.. Kantoi…

1 comment:

mis fatin said...

hahah kantoi.. memang dah payahlah tu kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...