"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Sunday, December 2, 2012

Cerita Kiamat Kaum Maya pada 21 December 2012



Morrison menyangkal khabar angin yang disebarkan melalui terjemahan calendar kaum Maya.




WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengeluarkan amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21 Disember 2012 ini berdasarkan perkiraan calendar kaum Maya.

Astrobiologi Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia.

Menurut NASA, pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang bimbang mengenai perkara itu.

 
David Morrison



“Sebahagian daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup membunuh diri,” kata Morrison melalui rakaman video dimuat naik NASA ke dalam Google, Rabu lalu.

“Menerusi cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah planet asing bernama NIBIRU yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan memusnahkan Bumi pada tarikh itu.”

“Jika NIBIRU atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas,” kata Morrison.

Morrison turut menyangkal khabar angin bahawa medan magnetic Bumi akan terbalik secara tiba-tiba dan planet ini akan memasuki lohong hitam yang wujud pada pusat Bima Sakti – MailOnline

*Sumber Sinarharian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...