"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, March 14, 2012

Apa Nak Jadi Anak Dara Sekarang Ni ?? Nak p kangkang pun ajak orang... !!!

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa dari biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? Kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu…. Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaa~~~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.”

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ni dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata….

“Astaghfirullah’ Alazim!!! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong Akidah ini? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah…. Kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku… Puas hati!! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah di kemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis di depan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.

Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…


“Hah, inilah Kang Kang nya…. Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !!! Ini, nak pergi KANGKANG…. Nak pergi KANGKANG… Haishhhh~~”

P/S; Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhuhu~~~


Kredit by : Amazing Nara

Saya share sebab LUCU….. n LUCUCAH… hahaha

8 comments:

nanieydotcom said...

lawak-2.. ingt td apa da.. ish.. ada gak org yg wat nme kedai mcm tu..

AnakPakZohar said...

ahhaa.. saye tahu kedai ni! lawak lahh.. tu lah.. lainkali siasat bebetul sebelum nak sembur. hehe

Sunah Sakura said...

adohhhh...ada jugak nama kedai macam tu ye..hahaha~

Shafiq said...

Salah paham woo..:-)

fazzlim said...

ingat kan apa la tadi..
baca sampai habis rupa2 nya kdai kang kang..
aduhai...hehe

MISS IMAKASIHDANI said...

punya la dah pikir bukan2 tadi =-='

jom baca : 1990 - 1999,THE LAST GENERATION WITH COMMON SENSE, ye meh??

rosmina samin said...

:)

izz iizza said...

haha...kan x memasal kena tuduh sakit mental..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...