"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, December 29, 2010

Ketenangan




Walaupun hanya sejenak ku duduk berfikir dan menaakul sambil melihat keindahan heretan air-air kristal yang mengalir di sungai, melihat daun-daun berguguran, mendengar kemerduan bunyi-bunyi angin yang bertiup, meluangkan masa bersama teman-teman, itu sudah cukup untuk membuat ku merasa tenang, Itulah keindahan ciptaan Tuhan. Sangat gembira ku rasakan, terima kawan-kawan untuk hari ni.. moga2 pengalaman itu kekal untuk selamanya..

BLOG 500 MENCARI HARTA KARUN : Soalan ( 3 ) Harian

Hadiah utk soalan harian ke3 adalah TOPUP


Sudah bersedia ?? Sila jangan guna laser untuk mengelirukan kawan dan lawan yer ... Kena ada semangat kesukanan yang sihat sejahtera yer ... hehehe ..


Berikut adalah soalannya :

( 3 a ) Sila ke blog WAVE X

( 3 b ) Blog wife BEN ASHAARI di nombor berapa ? hehhehe ... Rujuk senarai 500 blog tersebut

( 3 c ) Blogger istimewa .. siapakah nama dia ?


Contest Gambar Menarik 2010

Kali nie menjalankan tanggungjawap setelah diTAG oleh Ujang9897 & Sunah, thanks ek en.Ujang dan Cik Sunah... di Tag mengenai kontes gambar menarik anjuran tuan tanah bernama areliff....untuk keterangan lanjut..layari la laman sesawang dia..klik sini.

Nak tau adiah dia mmg sangat2 menarik.. Hadiah SUKAN tuuuu

Apa yer gambar yang menarik yang patut aku pertaruhkan tuk mendapatkan adiah tu.. kalau menang la ek.. haaaaa.. ni gambar dia… hehe

Kenapa aku pertaruhkan pic ni ek.. sebabbbb…… Gambar ini adalah semasa saya jalan cuti-cuti Malaysia di Kelantan dan Terengganu pada 4 Jun 2010.. Motif utama percutian ini adalah menghadiri kenduri kawin rakan-rakan seUPSI.. Barakallah hulakuma wat rakan-rakan saya.. Ibarat sambil menyelam minum air kan so jalan-jalan melancong la.. Pic di atas ini adalah di negeri Terengganu iaitu di Pantai Penarik Terengganu, x mandi pun just men-men air dan makan sotong goring dan ikan bakar.. wah sedap-sedap.. rasanya nak p lagi ke tempat ini hehehe.. pantai yang cantik dan deseran ombak yang mendayu-dayu.. wahaahaaha.


Tag 3 orang

kak wc

Awin

Ask

Sekian saja dari Awang.. Ok keep & touch

Petua Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.


Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.


Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.


Baca ayat 35 hingga 38
surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


Setelah solat subuh, bacalah
surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.


Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.


Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.


Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.


Amalkan solat tahajud.


Sentiasa tenang dan bersikap positif.


Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.


Maafkan semua orang sebelum tidur.



Terima Kasih buatmu Ask

Terima kasih diucapkan buat Ask iaitu tuan blog “Aku Anak Mak” sebab beliau telah bersusah payah membuat entry mengenai blog saya dan beberapa blogger yang lain…

Terima kasih diucapkan sekali lagi.. wat susah-susah kat kamu jak membuat entry tuk abang.. apa-apapun moga kamu sentiasa berjaya, abang doakan tuk kamu ya Ask…

Betul kata kamu “Susah itu tarbiyah, Sabar itu indah”.. Dalam berblog begitu la yang kita dapat sentiasa bersusah payah tuk menaikkan blog kita… sntiasa sabar jugak. Berblog ni ibarat pasang surut air.. hehe.. so kena sentiasa bersabar.. Dalam kehidupan pun kita kena aplikasikan dengan apa yang kita luahkan itu…

Tapi pabila dah berjaya ingat tu jer.. “Bila dah mendongak ke langit, rumput dibumi jangan dilupakan”… hehehe..

Nak tengok entri yang dibuat oleh Ask ---> "Aku Anak Mak"

Ok, keep n touch.. moga berjaya..

Sekali lagi, terima kasih tak terhingga dari abang ek…

Tuesday, December 28, 2010

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan Bonus 2


" Sehingga jam 10 malam , berapa banyakkan penyertaan 500 BMHK SOALAN 2 yang diterima oleh BEN ASHAARI ? "

Kemungkinan dalam 67 orang


DOA Tiga Pemuda

Sekadar gambar hiasan (Ihsan dr Mr.Google)



Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya.

Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal. Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan amal kebajikan yang mereka buat.

Pemuda pertama berdoa: “Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang, saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah, jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini.”

Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka masih belum boleh keluar.

Giliran pemuda kedua berdoa: “Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang mengambil gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian, pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam kesusahan ini!”

Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi masih belum boleh keluar.

Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga: “Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan membahagi-bahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Semasa bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan terkutuk itu. Aku menjadi serba salah dan datang penyesalan yang tidak terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah, sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari kesusahan ini.”

Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan selamat.

Moral & Iktibar

Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya. Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul dengan amal kebajikan yang kita lakukan. Bertawassul juga merupakan salah satu ciri dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah Dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan eloklah bermuafakat terlebih dahulu sebab muafakat itu membawa berkat.

Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan soleh

Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan soleh

Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan soleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...