"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, December 30, 2012

Astro Tradisional....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan bloggers…



Haaaa… ni nak share dengan korang… Kalau tak mampu bayar Astro.. cer try buat macam kat dalam pic… Ntah2 dapat semua channel kot ? hihihi.. Kalau dapat Syukur Alhamdulillah… Kalau tak dapat nak buat macam mana.. kena la bayar bil… hihihihi


Mana la tau dapat tarik channel dari rumah2 jiran kan.. hihihi.. sapa tau kan.. So, try la buat… hahaha

Suatu Hari Di Pasaraya




Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.
“Mama, Bolehkah kita balik sekarang?” kata gadis kecil itu...
“Tidak,” jawab ibunya.
“Ma, saya rasa hendak muntah!” kata gadis kecil itu.
“Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas...”
Setelah kira-kira 20 saat, gadis itu kembali ke tempat duduknya.
“Sudah selesai?” tanya ibunya...
“Ya.” Ujar gadis kecil itu lemah.
“Cepatnya?” Hairan si ibu.
“Saya tidak pergi ke tingkat atas... Ma,” kata anaknya lalu menyambung...
“Di tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis “UNTUK ORANG YANG SAKIT”...

Saturday, December 29, 2012

Buat Ukhtiku....




Buat Ukhtiku yang BERTUDUNG LABUH :- Jangan sesekali memandang rendah pada wanita yang tidak bertudung labuh kerana mungkin JAUH DI SUDUT HATI mereka, adanya rasa suci INGIN BERTUDUNG LABUH sepertimu…

Buat Ukhtiku yang TIDAK BERTUDUNG LABUH :- Doakanlah si pemakai tudung labuh itu untuk TERUS ISTIQAMAH bertudung labuh… InsyaAllah, malaikat akan turut membisikkan KEINGINAN DAN KEKUATAN buat dirimu untuk turut merasai keindahan memakai tudung labuh itu…

Sesungguhnya kita TIDAK PERNAH SEMPURNA, tetapi kita sedang CUBA DAN BERUSAHA untuk menjadi yang TERBAIK di mata Ilahi…

InsyaAllah…. 

Citer Tiga Sahabat




Suatu hari, terdapat 3 orang sekawan… mereka bersahabat sejak kecil lagi… Mereka ialah Ahmad, Ali dan Abu.. Ketiga-tiganya mempunyai sikap, mentaliti serta kepercayaan yang berbeza dalam kehidupan… Masing-masing sekarang berusia 20 tahun…

Ahmad.. Seorang yang berfikiran jauh dan sangat positif… Mempunyai impian hidup yang tersendiri… Seorang yang sangat manfaatkan setiap peluang yang melintas di depan mata…

Ali… Dia merupakan seorang yang suka bertangguh… Kerana dia fikir, buat apa nak sibuk-sibuk fikir tentang kehidupan lagi kerana masih muda… Masa muda adalah masa terbaik untuk berseronok dan bersantai-santai… Seorang yang tak berapa kisah dengan peluang yang kerap melintasi dalam kehidupannya…

Abu… Abu merupakan seorang manusia yang suka mengikut arus perjalanan kehidupan.. Ke laut di bawa, maka ke lautlah dia ada.. Ke sungai dia dibawa, ke sungailah kehidupannya.. Kerana dia percaya segalanya ditentukan Allah… Takdir.. Qada’ dan Qadar.. Apa nak kecoh, Allah dah aturkan semua… Itu kerja Allah, katanya..

Hasilnya, Ahmad telah menjadi seorang manusia yang berjaya, dikenali ramai, berpengaruh dan kaya pasa seawall usia 30 tahun….

Pada usia 30 tahun, si Ali perasan dan nampah perubahan yang luar biasa pada sahabatnya Ahmad… Dia sangat teruja dengan kejayaan yang dikecapi Ahmad… Dia terinspirasi… Dia pun berhasrat untuk menjadi seperti Ahmad suatu hari nanti… Tetapi si Ali tetap seperti sikap yang lama.. Bertangguh dan bertangguh.. Alasannya untuk berfikir… Akhirnya si Ali mengambil keputusan untuk mula bertindak.. Akhirnya si Ali berjaya menjadi seperti Ahmad.. Tapi si Ali berjaya menjadi seperti Ahmad pada usia 60 tahun…!

Manakala si Abu masih berada pada tahap yang sama.. Terus hidup seperti seorang manusia biasa… Hidup biasa-biasa sahaja… Kadang-kadang makan pun cukup-cukup sahaja.. Kadang-kadang pula tak cukup makan.. Dia langsung tak kisah dengan kehidupannya kerana dia percaya, semua ini urusan Allah… Segalanya telah ditentukan..

Jadi… anda ingin hidup seperti siapa dalam kisah ini?? Hidup ini adalah pilihan… Jadi, pilihan adalah di tangan anda… Pilihlah kehidupan yang macam mana yang anda mahukan.. Jangan salahkan takdir… Jangan salahkan ketentuan.. Jangan salahkan Allah.. Design your life, Design your world, Design your future! Take action NOW!!

Rinduku Melbourne

Assalamualaikum… ni nak share serba sedikit dengan kerinduanku pada MELBOURNE, AUSTRALIA…. Huhuhuuhu… jejak jer kaki di Bumi Kanggaroo ini memang teruja melihat panoramanya yang indah… InsyaAllah akan kukunjunginya lagi pada masa akan datang… 




12 Apostles at Great Ocean Road. 





Thursday, December 27, 2012

Pegang Kuat-Kuat Nek!


~ sekadar gambar hiasan ~



Hazrizal hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor berkuasa 150cc.

Hazrizal : Mari la naik nek, pegang kuat-kuat ya.. nanti jatuh!
Nenek : Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la ni..
Hazrizal : Jangan lupa pegang kuat-kuat ya nek!!! (kata Hazrizal lagi mengingatkan)
Nenek : Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la ni, takut sangat.
Hazrizal : Ok, kalau begitu kita gerak sekarang ya, nek.

Hazrizal “merempit” motornya, lalu terdengar benda jatuh GEDEBUKK!!!! Dia terperanjat, lalu menoleh ke belakang dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Hazrizal : Laa... Bagaimana boleh jatuh ni, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknya?
Nenek : Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Hazrizal : Nenek pegang kat mana?
Nenek : Pagar rumah.
Hazrizal : ”$%@*(!+?

Adakah anda setuju ?



~ Sekadar gambar hiasan ~




Pengorbanan “MAMA” terlalu besar,
Kesabaran “UMI” terlalu tinggi,
Kasih sayang “MAK” terlalu tulus,
Kewujudan “IBU” terlalu bermakna..  J

Setuju ???

Wednesday, December 26, 2012

Aku yang sentiasa Sibuk,,,


Ini la keje aku huhuhu



Assalamualaikum dan selamat malam semua….
Biarpun cuti sekolah ada berbaki beberapa hari lagi.. tetapi keje2 sekolah tetap saya buat semasa sidang cuti berlangsung.. Apa lagi…. Kita orang buat and isi data-data pelajar laaa huhu…

Hurm.. cuti sekolah terlalu panjang boring la jugak kan… Nak p bercuti tapi macam malas la pulak.. Hari tu dah pegi bercuti ke Australia.. patutnya 21hb tu saya pegi bercuti ke Beijing.. join member2 tapi saya batalkan.. sebab fikir dua tiga kali,.. so malas la nak pegi… Dunia ini tanpa sempadan kan.. so bila-bila masa jer saya akan jejak kaki di Beijing tu… banyak lagi tempat-tempat yang saya mau pergi seperti Eropah, Amerika Syarikat, Canada, Kepulauan Maldives, Jepun, Rusia dan Hawaii… Ada sebabnya kenapa saya nak pergi tempat-tempat ini.. hihihih… Insyaallah, nanti kalau confirm saya pergi tempat-tempat ini opkos saya akan ceritakan d sini.. hihi..

Ok la.. saya nak sambung buat keje dulu.. Jam 12 nak tido… hahahaha..
Opsss jangan lupa charger battery fon baru saya… hihihi.. Tadi pagi, saya beli fon baru… alaaaa… Samsung Galaxy Note II jer… lain la korang.. Iphone5 huhuhu…

Doktor Kubur


~ Sekadar gambar hiasan ~



Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung telah pun meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan berbentuk jantung dikuburnya. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar. Sebulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sebelum ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu peringatan berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumian beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam di doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

“Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi” Kata si doktor.

“Saya tidak tahu apa yang harus saya katakana kepadamu,” kata lelaki itu.

”Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu” jawab si doktor itu.

“Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti” kata lelaki itu.

“Mengapa pula?” tanya doktor tersebut. “saya seorang doktor pakar penyakit kelamin” jawab lelaki itu dengan nada perlahan....

Sunday, December 2, 2012

Berdoalah Tanpa Henti





“Apabila hambaku bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan aku, sesungguhnya aku amat dekat. Aku memperkenankan permohonan yang berdoa apabila dia berdoa kepada Aku…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

“Dan berkata Rabb kalian: Berdoalah  kepada Aku, nescaya akanKu perkenankan…” Surah Al-Ghafir ayat 60.

So, teruskanlah berdoa… jangan putus berdoa.. berdoalah kepada kebaikan dan bukannya tuk keburukan orang lain.. berdoalah untuk saudara seagama kita di palestin… 

Cerita Kiamat Kaum Maya pada 21 December 2012



Morrison menyangkal khabar angin yang disebarkan melalui terjemahan calendar kaum Maya.




WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengeluarkan amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21 Disember 2012 ini berdasarkan perkiraan calendar kaum Maya.

Astrobiologi Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut kerana ia mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia.

Menurut NASA, pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang bimbang mengenai perkara itu.

 
David Morrison



“Sebahagian daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup membunuh diri,” kata Morrison melalui rakaman video dimuat naik NASA ke dalam Google, Rabu lalu.

“Menerusi cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah planet asing bernama NIBIRU yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan memusnahkan Bumi pada tarikh itu.”

“Jika NIBIRU atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas,” kata Morrison.

Morrison turut menyangkal khabar angin bahawa medan magnetic Bumi akan terbalik secara tiba-tiba dan planet ini akan memasuki lohong hitam yang wujud pada pusat Bima Sakti – MailOnline

*Sumber Sinarharian

Menantu Yang Kantoi...


Sekadar gambar hiasan





Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah ni bolehlah tahan cunnya.. Mamat ini pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat punya ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pula si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat juga lah masuk tidurnya…

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan di Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun surulah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan member salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas si Mamat jawab “eh… ia ke? Tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”

Masya Allah… mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sah laaaa si Mamat ini tak pernah sembahyang subuh! Kantoi.. Kantoi…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...