"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, October 1, 2011

Wahai Suami Sayangilah Isteri Anda !!!

Bagus juga cerita ini.. Ni yang buat kita tambah sayang dengan bini ni. Hehe!!

Bagus untuk dikongsikan bersama..

Bila SUAMI balik rumah… DIa jadi heran giler halaman rumah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

Waa.. Mana isteriku…

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki itu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

Fuhhh.. lega…

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ini ?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abang mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abang yang duduk di pejabat, dan abang sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.

Lelaki itu pun berfikir…

Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, FreeeDoMmmmlaah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone” aku plak terasa separuh mati, Sehari dua memanglah syokkkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

Hahaha… takde yang nak marah ku…

Tetapi masuk hari ketiga, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmm’ tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak habis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa….

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. Bila lonely gini, barulah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ini barulah sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri. So guys out there.. jangan buli isteri kita.. kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ke ?!! Maid ker ?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia……. Seumur hidup ????

Ingat balik….

And furthermore, kan sama-sama kerja carik rezki, sama jugaklah buat kerja rumah. Kadang-kadang bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita ? dah la satu hari keje kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau!! Kalau lah aku diberi peluang jadik seorang wanita…. Tak rela!!! So to all mums and wifes out there, live will be meaningless without you mothers.. Uwaaaaaa!!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU… HARGAI MEREKA !!!!!

Dari ilham seorang lelaki… “Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”…..

4 comments:

A'iyn Raidah said...
This comment has been removed by the author.
qasehraihan said...

dapat jugak kat emel..

Akmal Izzah Alias said...

yup!! hargai lah wanita

♥ Nana BamBam ♥ said...

hargai lah wanita wahai kaum lelaki :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...