"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, October 1, 2011

Pengguguran Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ini saya ada nak dikongsikan buat rakan-rakan bloggers sekalian.. Saya pun amik dari FB rakan…

Kalau u all sanggup tengok.. Rasa nak menitis air mata…

Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura. Pengguguran anak di Singapura.. Just to share reality dunia sekarang..

Kami keberatan menyiarkan gambar ini. kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah berbincang panjang. Kami dengan berat hati untuk menyiarkan gambar ini.

Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan… Sesetengah masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.

Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.

Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini. Namun tidak mendapat kelulusan untuk tayangan daru pihak atasan atas pelbagai alasan….

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).

Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut.

Sumber maklumat yang sah… Saya hanya ingin berkongsi dengan semua…

Sumber : PENGGUGURAN

YA ALLAH KAU SELAMATKAN BUMI INI DARI KEHANCURAN ATAS PERBUATAN MANUSIA DURJANA… YA ALLAH SEMOGA KAU MEMBERI HIDAYAH PADA IBU DAN BAPA JANIN-JANIN INI. KAU AMPUNKAN DOSA-DOSA MEREKA, KAU JADIKANLAH KAMI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA PADAMU… AMINN




5 comments:

PaK PiS said...

org yg buang anak ni xde sifat kasih sayang ke?

-Incek Fik- said...

Bayangkan.. sedangkan haiwan pon sayangkan anak dia, apatah lagi manusia yang sememangnya dianugerahkan Allah dengan akal fikiran yang waras.


Sesungguhnya memang celaka dan lebih teruk darjat seseorang manusia tu dari binatang bila dia membuang anak kandung sendiri.


Renung-renung dan fikirkan~

✿ Nadd Zainol ✿ said...

kesian lhaa
:(

Akmal Izzah Alias said...

ya Allah... setiap bungkusan putih kecil tu adalah nyawa!!!

subahanaALLAH>..

mrs kayrul said...

ya allah..takde peri kemanusiaan langsung...kesian kat janin tue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...