"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, December 3, 2011

Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam

Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“adalah cincin Nabi S.a.w dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)” (Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasal).

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadith yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut. “Apakah bendanya ini ?” Lelaki itu berkata : “Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih Riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadith di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadith zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu terdapat ulama’ yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman Islam-Online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab : “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakaian gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu Haram. Tidak kira jenisnya, sama ada logam, tali berwarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987).

Hasil dari pemerhatian, pemakaian gelang dikalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jika gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakaian mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab : “Rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis :

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya, keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam….

Larangan Memakai Gelang Tangan dan Rantai Walaupun Untuk Tujuan Kesihatan

Larangan memakai gelang tangan dan rantai walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Hadis Imran bin Hussein r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

“Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata : “Ia adalah gelang perubatan.” Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa faedah walaupun untuk tujuan perubatan, buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang, kemalangan dan sebagainya.

Jenis-jenis gelang yang diharuskan :-

1). Gelang pesakit semasa berada di Hospital (ditanda nama pesakit dan wad)

2). Gelang pesalah / penjenayah (dipakai oleh penjenayah yang telah ditangkap polis)

3). Gelang kaki bagi pesakit gila / jiwa/

Sekiranya ada yang hendak memakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan di atas ini….

Friday, December 2, 2011

Baik Lagi Jadi Anjing !!!!

Hurmmm tengok la betapa binatang pun ada sifat kebinatangannya.. berbanding dengan sang manusia langsung takda sifat perikemanusiaan.. Huhuhu.. Apa nak jadi manusia millennium ni huhuhuuh… adakah sifat-sifat kemanusiaan itu dah dihakis oleh dek pembangunan dan kemodenan teknologi sekarang ini ???? apa-apapun tepuk dada tanya la selera…

Wednesday, November 23, 2011

Trofi Yuna Ditarik Balik ???


Haaaaa…. Aku terkejut pabila trofi Yuna ditarik balik, berita ini pun aku baru dengar dari Nadi Arena di Channel 104…. Hurmm apa la perasaan beliau yer apabila sesuatu anugerah ditarik kembali oleh pihak AIM….

Sebenarnya aku pun terkejut apabila lagu Penakut ciptaan dan dendangan YUNA dijulang sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM-18) baru-baru ini… Target aku tuk Lagu Terbaik tu memang lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain… Tapi, terkejut pabila Lagu Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik…. Huhuhu…

Yang heran lagi boleh pulak ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM-18… huhuhu… Padahal lagu Penakut sebenarnya sudah tewas kepada Lagu Sedetik Lebih dalam kategori Pop….

So, mungkinkah anugerah itu akan diserahkan kepada Anuar Zain ???? Kita nantikan jer laaaaa…

Sian kat Yuna… Harap Yuna bersabar yaaa… Macam dianiaya pulak huhuhu

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Malaya tawan Garuda...


Alhamdulillah… Kejuaraan milik negara kita MALAYSIA… Tahniab buat pasukan Malaysia a.k.a Harimau Muda Malaya… Memang terbaik la permainan korang semua.. Tak sia-sia aku menonton dan melalak sehingga tiada suara di kedai kopi… Yang bestnya.. tengok ramai-ramai, jerit ramai-ramai dan sorak ramai-ramai… Yang paling best ramainya pengulas-pengulas lapuk di kedai kopi… hahahaha….. ada yang mencuit hati…

Apa-apapun memang patut diberi suatu penghargaan buat Harimau Muda Malaya.. dan ucapan terima kasih kerana mengharumkan nama Negara… Akhirnya kita Ganyang Indonesia… Hehehe…


Betapa kerdilnya kita di Stadium Gelora Bungkarno yang mempunyai 100 ribu penonton dan penyokong Tegar pasukan Indonesia.. Akhirnya kita berjaya buktikan dan berjaya menutup mulut penyokong Garuda… Garuda hanya menguasai Langit tetapi Harimau juga la yang berkuasa menguasai Tanah.. Hahahaha… itulah yang menunjukkan dan membuktikan kita lebih baik daripada mereka.. Kita main secara bersih dan tiada usaha nk mengupsetkan sesebuah negara…

Ok la aku tak tau dah nak tulis apaaaaaa….. Akhirnya aku tak jadi nak gunting mykad aku… Hahahahaha… (hehehe bercanda jerr…. )

Sunday, November 13, 2011

Air Tangan Orang Yang Tak Solat

Sekada gambar hiasan


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan melahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang tinggalkan silat. Tak gamak kan ?

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ

Ertinya : Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (Al-Ma’un: 4 – 5)

* Tapi lain pula halnya dengan kita ni,. Pagi petang, mamak!! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab itu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

** Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solat as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”. Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir dan batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan dihisab di neraka Mizan kelak.

++ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.

Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.

“Demi MASA!! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali

(1). Orang-orang yang beriman

(2). Dan yang beramal soleh

(3). Dan yang berpesan-pesan pada kebenaran

(4). Dan yang berpesan-pesan pada kesabaran.

~ Surah Al-‘Asr ~

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H

Assalamualaikum….

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang mengenali diriku.. Kepada kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti, kawan-kawan di kampung, kawan-kawan FB, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan guru serta yang mengenali diri ini “Selamat Hari Raya Aidiladha”. Tak lupa juga kepada semua rakan-rakan blogger “Selamat Hari Raya Aidiladha”..

Mulanya, aku nak minta maap kepada semua, andai kata aku ada menyakitkan hati korang atau ada rasa tidak puas hati kea pa ke aku minta maaf banyak-banyak. Kepada pembaca blog aku, sama ada secara sengaja maupun tidak aku pun nak minta maaf jika selama ini aku memberi info-info yang tidak betul ataupun aku merapu banyak sangat dalam blog aku ni.. Ampun maaf dipinta…

Hari raya haji tahun ini aku sambut biasa-biasa jer.. Tetapi selepas jer balik dari solat sunat Aiduladha aku terus jer baring, hal ini kerana aku rasa diriku tidak sihat, demam dan sakit kepala yang amat sangat.. Huhuhu.. hanya mampu terbaring di depan tv dan depan laptop jer.. ramai jiran-jiran sebelah rumah wat kenduri tetapi maaf la aku tak berkesempatan nk menziarah kenduri mereka dengan keadaan diriku yang tidak sihat.. Ampun maaf dipinta…. Huhuhu

Ok la sampai di sini sahaja.. Kita doakan agar rakyat Malaysia yang mengerjakan Haji di Tanah Suci dapat mengerjakan haji dengan Khusyuk dan mendapat Haji Mabrur.. Insyaallah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...