"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, October 30, 2012

Korang Pernah Dapat Mesej Berangkai Ke ?




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman bloggers sekalian…
Apa khabar ? Harap-harap di dalam keadaan sihat walafiat dgn hendakNYA…

Haaaa… nak tanya kat korang semua ini, korang dapat tak mesej yang entah apa-apa, maksud saya mesej berangkai… Hurmmm, saya pun tak tau la masyarakat sekarang ini suka bebenor sebar mesej yang tak berapa pasti kesahihannya, yakni tanpa menunjukkan bukti yang kukuh… Ini boleh menjatuhkan akidah seseorang kan…. Haaa korang tengok la beberapa mesej yang saya terima pada beberapa hari yang lepas…
“Korea sedang menjatuhkan Islam di seluruh dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! Lagu dan style itu menghina Nabi Muhammad S.A.W.. ~Astaghfirullah Al Azim~ Lirik lagu itu ada yang bermaksud ‘kunun ada binatang BURROQ’, ‘kunun boleh sampai langit ke-7’ kan baginda naik ke langit mengggunakan BURROQ ??? ~ Penyanyi itu juga buat style silangkan tangan dia, kan tanda salib tu ?, even baginda penah cakap, BURROQ itu sangat laju dan tidak sama dengan kuda… jadi penyanyi itu terpaksa silangkan tangan tuk grip kuat style kuda itu, korang perasan tak? Boleh membawa kepada murtad !! Sebarkan……”

Ini pulak mesej kedua saya terima pada hari berikutnya…..
“Assalamualaikum. Tolong jangan delete… SMS ini dari ibu SAID (juru kunci Mekah), ia bermimpi bertemu dengan MUHAMMAD Rasulullah S.A.W. Dalam mimpi itu baginda berpesan, kuatkan akidah dalam ibadah kerana dunia sudah goyah dan tua. Janganlah tinggalkan solat setiap waktu. Tolong sebarkan SMS ini kepada 20 orang muslim. InsyaAllah, dalam masa 10 hari anda akan mendapat rezeki besar dan bila tidak disebarkan maka anda akan menemukan kesulitan yang tiada henti-hentinya. Demi ALLAH ia akan terbukti”.

Hurm… ini lah mesej yang saya dapat… huhuhu.. macam la mesej tu yang menentukan pahala dan dosa, macam la mesej tu yang beri kita bala dan rezki…. Huhuhuhu

Begitu juga dengan sesuatu musibah yang telah ALLAH takdirkan bukan kerana SMS atau emel berangkai dari seseorang. Ada seseorang menghantar SMS kepada saya berbunyi, “Sila forwardkan kepada 10 orang rakan-rakan anda insyaallah anda tidak akan ditimpa musibah”.

Kepada rakan-rakan sekalian renung-renungkan.. Better kalau dapat mesej yang seumpama di atas fikir-fikirkan dahulu… SAYA MEMANG TAK AKAN LAYAN DAN TAK AKAN FORWARD PADA SAPA-SAPA…. Dah la takda bukti yang sahih… Tapi bagi saya benda-bdan begini langsung tak boleh dipercayai dan syirik kerana mempercayai sesuatu selain daripada ALLAH adalah syirik. Rezeki, ajal dan maut telah ditetapkan oleh ALLAH dari azali lagi, Cuma kita harus berusaha mencari rezeki yang halal, bukan mengharap seperti bulan jatuh keriba.

WALLAHUALAM

3 comments:

Dayang Deno said...

deno pun pernah dapat... huhu..

ewanthology said...

jgn cepat percaya pada SMS atau emel. kena selidik dulu betul2 kan

+qasih nadira+ said...

penah dpt msj mcm ni and sakit ati sgt sbb suke ati je kirim kat sapa2 and ade org y pcaya sgguh2 msj tu.pelik2.selalu nye sy delete and wat mcm x penah dpt.hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...