"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Monday, October 8, 2012

AMANAT UNTUK PELAJAR PMR




“Hari ini kami meredakan ilmu yang kami titiskan
Hari ini kami mengikhlaskan ajaran yang kami sampaikan
Hari ini kami mengharapkan dirimu menerima dengan senyuman dan keikhlasan.

Setitik keringat yang mengalir tidak disertai dengan keluhan
Setiap patah kata pembakar semangat penuh dengan harapan dan keinginan
Setiap langkah diatur hanya untuk memastikan……KEJAYAANMU
Setiap masa yang berlalu dipenuhi dengan doa dan permintaan
Setiap nasihat dan panduan dipanjatkan agar kau menjadi ilmuan

Segulung intan bukanlah yang kami harapkan……
Cuma dengan penuh keinsafan kami merestukan ilmu yang kami ajarkan
Agar……… Setitik air engkau lautkan,
Sekepal tanah engkau gunungkan,
Secebis benang dipintal menjadi kain,
Sehelai bulu dijalin menjadi baju.

Tiada dendam,
Tiada marah,
Tiada curiga…
Tetapi sentiasa resah…..
Kenapa adik-adikku!.... Kerana kaulah pewaris negara tercinta
Jika gagal kami kecundanglah NUSA.
Teruskan perjuanganmu untuk hari muka,
Genggamkan tekadmu untuk berjaya,
Kerana tiada sesiapa pun akan membantu kita
Melainkan USAHA DARIPADA DIRIMU SENDIRI.

Pergilah berjuang adik-adikku,
Jadikan pensel, pena serta tinta untuk perjuanganmu
pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

PMR…… SPM milikmu,
Jangan berpaling lagi, yakinlah pada diri, ingatlah pesanan kami,
Kejayaanmu sebagai bukti bahawa kami telah berbakti tanpa rasa sangsi,
Doa diiringi dengan penuh kasih sayang bersemi dihati
Agar 7A…… 8A menjadi tatapan diri sendiri, juga ibu bapa tercinta
serta guru-guru yang telah menabur bakti……

Yang paling penting
TIDAK LUPA kepada YANG MAHA ESA
DIAlah penentu segala……
Bacalah BISMILLAH….
Sebelum memulakan tugasmu
Berselawatlah jika terlupa,
Berdoalah agar impianmu menjadi nyata.



Ikhlas dariku :-
Awangku Johan 

1 comment:

HusnaShuib said...

Terima kasih. InsyaAllah saya akan buat the best utk PMR. :")

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...