"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, July 15, 2010

Bodyweight Exercises

Monday, July 5, 2010

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru?


JIKA anda bercita-cita menjadi guru dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini.

Masyarakat masih beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru.

UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Tindakan peminggiran ini jelas apabila pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus Sains dan Matematik untuk bakal-bakal graduan guru sekolah dikeluarkan dari Fakulti Sains dan Teknologi serta dilonggokkan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

Alasannya, pensyarah-pensyarah ini fokus kepada subjek Sains dan Matematik yang akan diajar di sekolah-sekolah dan seharusnya dipindahkan ke fakulti berkenaan. Saki baki Fakulti Sains dan Teknologi yang tertinggal diberi penjenamaan semula dengan nama Fakulti Sains dan Matematik.

Jika berasaskan kepada sebab yang diberikan, ini bermakna Fakulti Sains dan Matematik hanya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru sahaja. Jika UPSI membuat pengkelasan berdasarkan kriteria sebegini, kesannya nanti, hanya tinggal Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia sahaja yang mendidik graduan bakal guru manakala lapan fakulti lain yang selebihnya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka.

Layakkah UPSI terus memegang gelaran universiti pendidikan jika nanti hanya satu daripada sembilan fakultinya yang fokus kepada pendidikan guru? Apa akan jadi dengan tujuh fakulti lama yang tinggal dan satu fakulti baru yang telah ditubuhkan? Semuanya untuk pasaran terbuka bukan guru?

Sebenarnya, penstrukturan semula fakulti lebih kepada gimik pihak pengurusan untuk mengaburi mata masyarakat yang kononnya telah berlaku perubahan besar di UPSI. Kenyataannya, perubahan hanya kepada kedudukan bilik-bilik pensyarah akibat dipindahkan ke ‘fakulti longgok’. Mereka masih mengajar mata pelajaran yang sama kepada pelajar. Tidak ada apa-apa nilai tambah yang diperoleh daripada penstrukturan ini, selain menyusahkan pihak-pihak yang terlibat. Inilah penjenamaan semula dan penstrukturan semula fakulti yang UPSI banggakan sekarang.

UPSI kini berhasrat untuk menggadaikan warisan tradisinya mendidik guru. Sedangkan universiti-universiti lain berusaha untuk menawarkan lebih banyak kursus pendidikan tetapi UPSI sendiri mula meminggirkan bidang pendidikan guru yang menjadi darah daging UPSI sejak zaman SITC tahun 1922 lagi.

Inilah salah satu contoh masalah yang berlaku.

Barangkali UPSI berpendapat, hak untuk menawarkan sebarang kursus adalah hak UPSI. Masalah untuk menempatkan graduannya di sekolah-sekolah adalah masalah Kementerian Pelajaran. UPSI tidak perlu fikir itu semua sebab yang paling penting, UPSI boleh nampak gah menawarkan kursus-kursus yang tidak ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru atau mana-mana IPTA lain. Masalah penempatan guru untuk graduannya, biarlah kementerian berkenaan yang selesaikan.

Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.

Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah.

Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik.

Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.

Kepada anda yang benar-benar bercita-cita menjadi guru, anda berhak membuat pilihan yang lebih tepat. Ketika ini, pilihanterbaik anda adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana selain mendapat bantuan elaun semasa belajar, peluang untuk ditempatkan di sekolah-sekolah juga jauh terjamin berbanding graduan UPSI. Setidak-tidaknya, anda tidak akan menganggur untuk satu tempoh yang lama sambil menanggung beban dengan hutang PTPTN. Semak semula surat tawaran anda jika ditawarkan ke UPSI dan fahamilah erti sebenar ‘kursus terbuka’ jika tertulis di dalamnya. Pilihan sebenar di tangan anda.

link biru-->sangat setuju,,sangat sangat sangat setuju...da lama sy pendam berkaitan isu ni.,sbg slh seoram mahasiswi di UPSi,,yg msh menuntut di upsi skang,,sy sgt2 xsetuju ng tindakan ni,,law nk bt open market,,pasni,tukar je la nama upsi ni,,xyah ltk universiti pendidikan lg da..ntah pape je~

link warna pink-->ni pm sy setuju,,pd adik2,kakak,dan syape2 je kt luar sana,,law nk bt pilihan nk msk U,xyah la amek upsi,,upsi xmenjamin koram utk jd cikgu da..
law u olzz nk sgt jd cikgu,minta IPG,,elaun pm dpt,,
kt upsi u ollz xdpt pape..da r kena bt pnjmn,,nk dpt biasiswa punya r ssh..
pas2 mcm2 isu skang,,terutama isu posting..sy dan kawan2 yg dlm thn akhir ni,,
xtau la cmne nasib kami nnt,,ntah ade ntah tidak penempatan utk posting,,
nk xnk,,tpksa pujuk hati ni,didik dr skang,,supaya trimer dgn hati terbuka if kena ngaja kt sabah or sarawak..
tu je cara tbaik nk senang dpt posting,,mnta tmpt pedalaman,,sabar je la..

ni lom sebut sal isu dak DPLI..law sebut sal ni..lg la saya angin 1 badan,,rs cm nk nyumpah2 je sal isu DPLI ni..siyes..xsabar nk kua dr upsi ni..

nasihat sy pd anda diluar sana,,xyah la msk upsi,,upsi xmenjamin koram utk jd cikgu da~

Thursday, June 17, 2010

Kempen Tingkat Kerjaya Perguruan


Bagi menarik lebih ramai siswazah cemerlang menyertai profesion perguruan yang ketika ini semakin kritikal, kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi bagi menjadikannya profesion yang berprestij.

Antara langkah yang akan diambil adalah menekankan empat aspek iaitu ganjaran kewangan yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi, pembangunan kerjaya yang menawarkan prospek lebih menarik serta peluang pembangunan profesionalisme lebih luas melalui kenaikan segera pangkat kepada guru cemerlang.

Dalam usaha menjadikan perguruan berprestij, profesion itu menggunakan kriteria pemilihan ketat dan hanya calon cemerlang diterima.

Latihan perguruan juga diperkukuhkan melalui latihan praktikal yang berupaya memberikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Mengambil contoh sistem persekolahan seperti di Finland dan New Zealandm latihan dan pengalaman praktikal guru pelatih dari segi kualiti sentiasa dipertingkatkan.

Sepanjang tempoh rancangan, latihan praktikal ditingkatkan melalui beberapa langkah antaranya melanjutkan tempoh Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada setahun setengah dan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing.

Guru berpengalaman pula diberi kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing dan menjadikan praktikal sebagai sebahagian penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing.

Jika sebelum ini guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dilantik tanpa mengambil kira prestasi, jaminan itu akan dihapuskan sepanjang tempoh rancangan dan hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan ditawarkan jawatan sebagai pendidik bagi memastikan kualiti minimum untuk guru baru.

Kerajaan juga akan melancarkan dan melaksanakan tawaran baru yang menyeluruh bagi menjadikan kerjaya keguruan lebih menarik dan meningkatkan profesionalisme guru antaranya menambah guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% pada tahun 2009 kepada 90% menjelang tahaun 2015, manakala bagi sekolah rendah kadarnya ditingkatkan daripada 28% kepada 60%.

Tawaran baru itu juga meliputi peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi, meningkatkan pembangunan profesional secara sistematik dan melaksanakan kaedah pengurusan prestasi yang lebih mantap.

Sumber : Berita Harian (Jumaat, 11 Jun 2010)


Wednesday, June 16, 2010

## Keputusan Praktikum UPSI Sem 8 09/10 dah keluar ##



Hari yang dinanti-nanti sudah tiba. Semua orang boleh semak keputusan praktikal hari ini. Berdebar-debar nak semak. Check dekat mysis. Goodluck untuk semua! :)

Terima kasih kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan. Terima kasih untuk Dr Mohd Faris Bin Dziauddin yang banyak membantu. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang banyak support. Terima kasih juga untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Kubu Gajah (SEKUGA) yang memberi peluang untuk mengajar dengan baik terutama sekali guru pembimbingku Cikgu Anuar Bin Nurdin. Terima kasih untuk guru-guru dan pelajar-pelajar SEKUGA yang banyak memberikan kerjasama.

Semalam ketika result Praktikum keluar, saya terus memesej pensyarah yang menyeliaku untuk mengucapkan ribuan terima kasih serta syukur kerana memberiku gred A untuk praktikumku.. Tiada kata yang terucap selain syukur.. Setelah aku menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada pensyarah ku, beliau membalas 2 SMS kepadaku yang berbunyi "Kamu layayak dapat A. Saya yakin kamu akan jadi guru yang hebat di masa depan. Teruskan belajar kalau ada peluang." Mesej kedua yang Dr.Faris hantar kepada saya amat saya hargai dan terharu. Mesej tu berbunyi "Kamu antara guru pelatih terbaik yang saya pernah selia. Bila ke sekolah nanti banyakkan bersabar dengan karenah pelajar dan berikan kasih sayang kepada mereka. Didiklah anak bangsa kita dengan ikhlas, Insyaallah segala ganjaran akan datang dengan sendiri. Banyakkan membaca ok. Tahniah saya ucapkan. Tak sabar nak tengok kamu konvo nanti."

huhu.. mmg rasa terharu sgt dpt msj dr pnsyarah seliaan.. huhu tiada kata seindah ucapan SYUKUR n trima kasih.. moga Allah memberkatimu Dr. Faris...

Monday, June 14, 2010

Berita Terkini Untuk Pelajar-Pelajar UPSI Semester 8 (Tamat Praktikum)




Semakan Keputusan Peperiksaan
Tarikh: 16 Jun 2010

Istiadat Konovokesyen
Tarikh: 12-16 Oktober 2010

Permohonan untuk Posting
Hanya boleh diisi setelah cukup detail untuk mengisinya. Tunggu surat daripada senat. Boleh rujuk laman web yang diberikan:

Kawan-kawan, saya doakan yang terbaik untuk anda semua! ^_^

Wednesday, June 2, 2010

Tahniah


Tahniah buat rakan seperjuangan UPSI aku Sasigaran coz dapat result 4.00 untuk pengajian Sarjananya dalam program TESL.. So wat yang terbaik lagi bagi dua semester akan datang ek..
Aku doakan ko dapat buat yang terbaik lagi untuk sem-sem akan datang.. So jangan lupa belanja ya.. hehehehe..

Borang Online Permohonan Temuduga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA


Hari ini borang online Permohonan Temuduga Guru Sandaran terlatih bg Keluaran IPTA telah dibuka di laman http://apps.emoe.gov.my/egst/mohon/index.cfm. Mula-mula hari rasa gembira tetapi tak boleh isi la pulak sebab UPSI belum beri lagi tarikh pengesahan senat dan Tarikh konvo.. Sebab dalam borang online itu pelajar dikehendaki mengisi tarikh pengesahan senat dan tarikh konvo. So terpaksalah bersabar menunggu sidang senat bersidang pada 6 - 9 Jun 2010 ini. Begitu juga dengan result Praktikum pada 16 Jun. Lagi pun tarikh tutup permohonan ini adalah pada 30 Jun 2010. Kira sempat lagi la kot.. hehe.. So jawapannya sabar jak la.. hehe perasaan ada rasa gembira n berdebar-debar pun ada sebab tak tahu apa soklan yang akan ditanya nanti ek time temuduga.. prepare awal2 la apa yang patut kan..?? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...