"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, June 17, 2010

Kempen Tingkat Kerjaya Perguruan


Bagi menarik lebih ramai siswazah cemerlang menyertai profesion perguruan yang ketika ini semakin kritikal, kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi bagi menjadikannya profesion yang berprestij.

Antara langkah yang akan diambil adalah menekankan empat aspek iaitu ganjaran kewangan yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi, pembangunan kerjaya yang menawarkan prospek lebih menarik serta peluang pembangunan profesionalisme lebih luas melalui kenaikan segera pangkat kepada guru cemerlang.

Dalam usaha menjadikan perguruan berprestij, profesion itu menggunakan kriteria pemilihan ketat dan hanya calon cemerlang diterima.

Latihan perguruan juga diperkukuhkan melalui latihan praktikal yang berupaya memberikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Mengambil contoh sistem persekolahan seperti di Finland dan New Zealandm latihan dan pengalaman praktikal guru pelatih dari segi kualiti sentiasa dipertingkatkan.

Sepanjang tempoh rancangan, latihan praktikal ditingkatkan melalui beberapa langkah antaranya melanjutkan tempoh Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada setahun setengah dan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing.

Guru berpengalaman pula diberi kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing dan menjadikan praktikal sebagai sebahagian penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing.

Jika sebelum ini guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dilantik tanpa mengambil kira prestasi, jaminan itu akan dihapuskan sepanjang tempoh rancangan dan hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan ditawarkan jawatan sebagai pendidik bagi memastikan kualiti minimum untuk guru baru.

Kerajaan juga akan melancarkan dan melaksanakan tawaran baru yang menyeluruh bagi menjadikan kerjaya keguruan lebih menarik dan meningkatkan profesionalisme guru antaranya menambah guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% pada tahun 2009 kepada 90% menjelang tahaun 2015, manakala bagi sekolah rendah kadarnya ditingkatkan daripada 28% kepada 60%.

Tawaran baru itu juga meliputi peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi, meningkatkan pembangunan profesional secara sistematik dan melaksanakan kaedah pengurusan prestasi yang lebih mantap.

Sumber : Berita Harian (Jumaat, 11 Jun 2010)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...