"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, August 16, 2011

Renungkan Bersama.......

Bila seronok, aku cari… pasanganku

Bila sedih, aku cari… Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada… pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada… Mak

Bila bahagia, aku peluk erat… pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat… Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa… pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah… Mak

Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu… aku Cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu… aku ingat pasanganku

Selalu… Mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan telefon pasanganku

Entah bila… aku nak telefon Mak

Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan :-

“Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja…

Bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”


Berderai air mata jika kita mendengarnya……


Tapi kalau Mak sudah tiada….

MAKKKKK…. RINDU MAK…. RINDU SANGAT…..


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…

Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…

Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya…

Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…

Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…

Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…


Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…

4 comments:

nini said...

terharunya baca post ni....

♥ Nana BamBam ♥ said...

dah baca kat facebook kawan2..

memang sedey.bile baca...xtau kenapa, mungkin sebab kita dilahirkan kat dunia nie dengan susah payah dengan penuh kudrat sudah tentu lah ibu kita, segala-galanya mesti ibu yang kita cari juga kan..Ibu tiada pengganti..

scha cha said...

tak payah kapel, bleh fokus kat mak je..
:)

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Tanpa disedari.... air mata mengalir ketika membaca post ini. Kebetulan ibu saya disahkan menghidapi kanser rahim tahap 4 (b)pada Hari Raya Korban tahun lepas. Sebagai seorang anak dan satu-satunya anak kepada ibu.... hancur dan luluh melihat ibu menangis. Allah menyedarkan aku betapa sebenarnya ibu terlalu bermakna dan telah berkorban untuk diriku. Aku cekalkan hati... agar ibu terus kuat dan alhamdulilah... hujung julai baru ini... Doktor telah mengesahkan kanser ibu pada peringkat boleh dikawal.... SAYANGILAH MEREKA SEBELUM ALLAH MENGAMBIL MEREKA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...