Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tadi pagi satu rombongan guru-guru SMK Menumbok melawat mangsa kebakaran dengan membawa sekali sumbangan dari warga SMK Menumbok… Hurmm ramainya rakan-rakan guru ikut rombongan tersebut.. Yang sedihnya saya tak dapat mengikutinya.. Huhhu… Hal ini disebabkan saya mempunyai jadual kelas yang padat pada hari ini.. Apa leh buat bukan rezki kot.. Huhuhu
Sayu dan pilu pabila melihat gambar-gambar yang telah di snap oleh rakan-rakan guru mengenai mangsa kebakaran di Kampung Laut Sekalong, Menumbok.. Kejadian kebakaran ini berlaku pada permulaan puasa iaitu 1/8/2011… Masa itu, asap-asap hitam berkepul-kepul dapat dilihat dari sekolah tempat saya mengajar.. Sebanyak 3 buah rumah yang terlibat di dalam kebakaran tersebut.. Sayu dan pilu.. Semoga mangsa kebakaran tabah dan bersabar menghadapi dugaan ini.
Serahan sedikit sumbangan kewangan daripada pengetua kepada mangsa kebakaran
Mangsa kebakaran bersama dengan warga pendidik SMK Menumbok
Dua orang rakan guruku pun tidak melepaskan tuk bergambar di tapak kebarakan.. Habis terbakar.. Sayangnya kereta kancil tu
Kereta kancil yang menjadi mangsa kebakaran
Bekas guruku tetapi dah jadi rakan sekerja (Cgu Janah) pun turut menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran..
Lagi sorang rakan guru iaitu Cgu Rizal..
Oleh itu, kepada mangsa kejadian banyakkan bersabar.. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan pada mereka yang bersabar.. AMIN
1 comment:
sian diorg..ermm...
tabahlah hadapi dugaan..
cegu, ni just my opinion..
saye rase lagu kat blog ni xpayah pn xpe..
saye suke gk terjah2 blog cegu ni, tp lagu ni cm sedikit annoying la..
hehe..sekadar pndapat..
Post a Comment