"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, August 4, 2011

Jangan Bersedih Allah Sentiasa Bersama Kita --> Mencari Sakinah

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib di sini…

Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan…

Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya…

Ramai orang… Tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya… Selalu orang mengaitkan ketenangan itu… Mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta… Dengan faktor kekayaan… Walaupun itu boleh jadi penyumbang… Tetapi itu bukan segalanya…

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar… Tidur di atas katil yang empuk… Tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak.. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk… Kadang2 dia lebih lena daripada kita… Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat… Lauk pauk yang bagus… Tetapi lidahnya tidak enak.. Lebih enak lagi orang yang makan kadang2 dengan satu dua mata lauk.. Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya… Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.. Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah yang besar… Dan makanan yang sedap.. Tentulah hidupnya bahagia dan tenang… Belum tentu !!

Tidak siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT..

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang.. Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang… Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah uruskan urusan kita… Dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita… Walaupun sekelip mata… Dunia boleh berbuat apa-apa… Tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas… Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.. Apa yang orang rasa rugi… Allah akan memberikan keuntungan yang mana… Jalan-jalan manusia tak sangka.. Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah

Rakan-rakan tengoklah dunia ini… Kadang-kadang rakan-rakan… Manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia… Kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya… Saya nak sebut rakan-rakan..

Berapa banyak dalam hidup rakan-rakan telah melalui keperitan hidup?

Cuba ingat !!!

Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya.. Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu… Kita kata, “Habislah aku kali ini” Tapi usia kita telah berjalan Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini

Ketika kita kata…..

“Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah” Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu.. Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur… Di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya. Orang-orang yang diberitahu kepada mereka..

“Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”

“Nun orang nak ambil tindakan kepada hang”

“Nun orang nak ambil tindakan kepada kau”

“Nun ada orang nak bertindak kepada kau”

Kata Allah iman dia tambah.. Bukan kita kata, “Pasal apalah Allah uji aku? Apalah dosa aku?

Tidak.. Tidak… Mereka kata… “Cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”

Pengalaman sering mematangkan kita….

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal.. Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal.. Bila hati insan bulat kepada ya rabb…

“Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah”

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat…

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat… Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil.. Kehidupan ini sangat luas Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim…. Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini… Saya tidak tahu manusia yang paling derita di dunia ini.. Allah ambil dia… Allah masukkan dia ke dalam syurga… Dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga… Kemudian dia dikeluarkan… Lalu ditanyanya.. “Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?” Dia kata, “Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini”.. Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita… Allah ambil manusia yang paling nikmat di dalam dunia ini.. Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka… Lalu dikeluarkan dia… “Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?”.. Dia kata, “Tak!, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini”.. Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka… Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Masih kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini ?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru.. Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini.. Suatu nikmat yang besar.. Satu hamba Allah.. Yang patah kakinya… Yang dia tidak pernah pun sebut.. Dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari yang dia pijak.. Tapi apabila suatu hari dia sakit kaki… Dia kata, “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik”.. Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat.. Kata Hamka, “Yang ada ini semua harapan kita”.. Yang kita ada ini harapan kita… Tetapi insan… Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada… Tetapi jangan lupa yang telah ada !

Bersyukurlah wahai diri ini…

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut.. Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar.. Ramai orang terpaksa sabar… Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur

Bila dia susah, nak kata apa?.. “Sabar je la, nak buat apa”.. Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti rakan-rakan.. Syukur di atas nikmat…

“Ya Allah apa sahaja yang aku alami…

Daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMU.. Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan… Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran”… Subhanallah…

Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya… Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, Kamu tak mampu.. Rakan-rakan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan… Kita akan rasa Masyaallah hidup ini… Apa yang Allah kurniakan kepada kita… Lebih dari harapan kita sebenarnya…

Kalau rakan-rakan ingat daripada hari rakan-rakan dilahirkan… Tempat rakan-rakan dilahirkan, Rumah rakan-rakan dilahirkan.. Sehingga tempat rakan-rakan ada pada hari ini… Masyaallah… Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu…

Pesanan Nabi buat umatnya…

Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia.. Ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar.. Yakni Nabi dan Abu Bakar… Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)…. Ketika dia berkata kepada sahabatnya

“Jangan Bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita!”

5 comments:

MiYOKO SuKi said...

setuju!!

thanks utk entri ini dikala hati sedang sedih....

Ujang9897 said...

semoga ALLAH memberkati kita

Ce'gu JAERA said...

moga kita sentiasa di bawah lindungan Nya

Oh Oeya said...

Sekarang tidak sedih :)
Rindu..

shichi_iza said...

saya insan yg serba kekurangan n saya masih mencari keberkatan daripanaNya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...