Tea atau Teh sudah dibuktikan baik untuk minuman antioksidan. Namun
tidak selamanya pengambilan teh baik untuk kesihatan. Mungkin minuman yang
biasa yang anda akan pilih untuk menemani semasa santai atau selepas makan.
Segelas teh o ais/teh ais yang segar atau air putih ????
Sebuah kajian terbaru yang disiarkan Health News Daily,
menuliskan risiko mengambil teh ais, yang ternyata dapat menyebabkan batu
karang. Kajian ini dilakukan oleh Loyola University Medical Center. Mereka
menjelaskan jika minuman teh yang disediakan sejuk mengandungi oksalat yang
cukup tinggi.
Zat kimia yang menyebabkan pembentukan Kristal-kristal kecil
yang terbentuk daripada mineral dan garam. Tidak hanya teh saja yang
mengandungi oksalat, jenis makanan lain sepeti bayam, rhubarb colat dan kacang
juga masuk dalam senarai makanan tinggi oksalat.
Walaupun Kristal ini tidak berbahaya, namun para penyelidik
mengatakan jika pengumpulan Kristal mungkin terjadi. Ini akan mengganggu aliran
urin dari ginjal ke pundi kencing dan akan menyebabkan rasa sakit yang teruk.
“Bagi orang yang mempunyai kecenderungan memiliki gangguan
fungsi buah pinggang, teh ais adalah minuman paling tidak disyorkan,” papar Dr.
John Milner, pembantu professor urologi di Universiti Loyola Chicago Stritch.