Suatu hari, terdapat 3 orang sekawan… mereka bersahabat sejak
kecil lagi… Mereka ialah Ahmad, Ali dan Abu.. Ketiga-tiganya mempunyai sikap,
mentaliti serta kepercayaan yang berbeza dalam kehidupan… Masing-masing
sekarang berusia 20 tahun…
Ahmad.. Seorang yang berfikiran jauh dan sangat positif…
Mempunyai impian hidup yang tersendiri… Seorang yang sangat manfaatkan setiap
peluang yang melintas di depan mata…
Ali… Dia merupakan seorang yang suka bertangguh… Kerana dia
fikir, buat apa nak sibuk-sibuk fikir tentang kehidupan lagi kerana masih muda…
Masa muda adalah masa terbaik untuk berseronok dan bersantai-santai… Seorang
yang tak berapa kisah dengan peluang yang kerap melintasi dalam kehidupannya…
Abu… Abu merupakan seorang manusia yang suka mengikut arus
perjalanan kehidupan.. Ke laut di bawa, maka ke lautlah dia ada.. Ke sungai dia
dibawa, ke sungailah kehidupannya.. Kerana dia percaya segalanya ditentukan
Allah… Takdir.. Qada’ dan Qadar.. Apa nak kecoh, Allah dah aturkan semua… Itu
kerja Allah, katanya..
Hasilnya, Ahmad telah menjadi seorang manusia yang berjaya,
dikenali ramai, berpengaruh dan kaya pasa seawall usia 30 tahun….
Pada usia 30 tahun, si Ali perasan dan nampah perubahan yang
luar biasa pada sahabatnya Ahmad… Dia sangat teruja dengan kejayaan yang
dikecapi Ahmad… Dia terinspirasi… Dia pun berhasrat untuk menjadi seperti Ahmad
suatu hari nanti… Tetapi si Ali tetap seperti sikap yang lama.. Bertangguh dan
bertangguh.. Alasannya untuk berfikir… Akhirnya si Ali mengambil keputusan untuk
mula bertindak.. Akhirnya si Ali berjaya menjadi seperti Ahmad.. Tapi si Ali
berjaya menjadi seperti Ahmad pada usia 60 tahun…!
Manakala si Abu masih berada pada tahap yang sama.. Terus hidup
seperti seorang manusia biasa… Hidup biasa-biasa sahaja… Kadang-kadang makan
pun cukup-cukup sahaja.. Kadang-kadang pula tak cukup makan.. Dia langsung tak
kisah dengan kehidupannya kerana dia percaya, semua ini urusan Allah… Segalanya
telah ditentukan..
Jadi… anda ingin hidup seperti siapa dalam kisah ini?? Hidup ini
adalah pilihan… Jadi, pilihan adalah di tangan anda… Pilihlah kehidupan yang
macam mana yang anda mahukan.. Jangan salahkan takdir… Jangan salahkan
ketentuan.. Jangan salahkan Allah.. Design your life, Design your world, Design
your future! Take action NOW!!
4 comments:
best citer ni
Betul...pilihan di tangan kita,hidup kita adalah tanggungjawab kita.
@@Nurina Izzati
yer best.. suka dgn citer2 macam ni penuh motivate n nilai.. hihihi
@@Kak Mahh
betul tu kak mahh... akak sihat jg ke ?
Post a Comment