Morrison
menyangkal khabar angin yang disebarkan melalui terjemahan calendar kaum Maya.
WASHINGTON
– Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengeluarkan
amaran serius terhadap khabar angin akan berlaku hari kiamat pada 21 Disember
2012 ini berdasarkan perkiraan calendar kaum Maya.
Astrobiologi
Pusat Kajian Ames Nasa, David Morrison berkata ramalan itu karut kerana ia
mencetuskan ketakutan serta tekanan kepada remaja seluruh dunia.
Menurut
NASA, pihaknya menerima sejumlah besar emel dan surat daripada mereka yang
bimbang mengenai perkara itu.
David
Morrison
“Sebahagian
daripada mereka tidak lalu makan, tidak dapat tidur dan ada yang sanggup
membunuh diri,” kata Morrison melalui rakaman video dimuat naik NASA ke dalam
Google, Rabu lalu.
“Menerusi
cerita disebarkan penulis Azerbaijan, Zecharia Stichin dalam 1976, sebuah
planet asing bernama NIBIRU yang ditemui puak Sumeria akan melanggar dan
memusnahkan Bumi pada tarikh itu.”
“Jika
NIBIRU atau Planet X wujud, ia pasti sudah dikenal pasti sedekad lalu dan pada
masa ini mungkin sedang menuju ke Bumi serta dapat dilihat dengan jelas,” kata
Morrison.
Morrison
turut menyangkal khabar angin bahawa medan magnetic Bumi akan terbalik secara
tiba-tiba dan planet ini akan memasuki lohong hitam yang wujud pada pusat Bima
Sakti – MailOnline
*Sumber Sinarharian
No comments:
Post a Comment