“Abang ni, pakai tu elok-elok la
sikit”, kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum
memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ini”,
Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah”, Liz
dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke
kampong.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Julia hanya tersenyum melihat
suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah
lama kita tak balik kampong macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
dengan urusan perniagaan. Baru kali ini abang ada peluang untuk cuti panjang.”
Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk
Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat
kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak
tiba kat kampong,” Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad
menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin
seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera…. sampai ke kampungnya. Pedal minyak
ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan.
Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia
sekejap pada ank dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju
sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks….
cepat sikit kita sampai kampong nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat
tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad
supaya memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,”
Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
“Haaa… kan, tengok. Tak ada
apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Haa.. tu ada satu lagi bas
ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa…” Ahmad terus masuk gear 3, pedal
minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk
memotong dan….. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah
dan…… BANG!!!!...
“Julia…. bangun nak,” sayup-sayup
terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia
terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya,
mak? Liza, Linda….. mana anak-anak, mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya.
Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di
depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
“Macam mana dengan suami Julia
mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PAANGGGGG!!!!!... Kepala Julia
ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia
macam tu?
“Banyak la engkau punya suami!
Muka dahlah tak cun, asyik dok berangan saja, belajar pun malas, kerja pun tak
mau, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni??? Tu la, tidur lagi
senja-senja macam ni!! Dah!! Bangun pegi sembahyang!! Asar pun dah nak habis!!”
emaknya terus merungut sambil berlalu keluar…… dan Julia tersengih keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!!”
No comments:
Post a Comment