Di hari mulia Syawal ini, umat
Islam adalah amat digalakkan untuk:
i). Mandi Sunat Hari Raya
sebelum keluar menunaikan solat Aidilfitri.
Ulama besar Tabien Said Bin
Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya antaranya; mandi sunat
sebelum keluar solat hari raya”.
ii). Menjamah makanan sebelum
keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas
Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari
yang menyebut: “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya Idul Fitri
sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”
iii). Memperbanyakkan Takbir
dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.
Seharusnya umat Islam jangan
terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang
takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain Kalimah Takbir yang
dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar R.A
keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah
imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
iv). Mengucapkan selamat dan
mendoakan antara satu sama lain
Tiada masalah untuk menggunakan
apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun,
kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabballallahu minna wa
minkum” ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di bulan
Ramadhan) kami dan kamu”.
v). Memakai pakaian terbaik
yang ada
Walaupun demikian, perlulah
mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk
menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi
dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
vi). Menukar jalan ke tempat
solat (pergi dan balik)
Ia berdasarkan hadith dari
Jabir R.A yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan
pergi dan pulang apabila di hari raya (Riwayat Al-Bukhari)
vii). Berziarah dan merapatkan
hubungan baik (ukhuwah) sesama Muslim sempena Musim cuti yang diperolehi.
Nabi pernah bersabda ertinya :
Barangsiapa yang suka untuk memperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan
(dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
No comments:
Post a Comment