"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, September 22, 2010

Pentingnya Mengetahui Salasilah Keluarga



Sebelum mengulas tajuk ini, pernahkah anda terjumpa rakan atau saudara yang anda ketahui asal usul mereka suatu masa dulu tetapi terpisah beberapa tahun kemudian sebelum kembali terjumpa semula tetapi dengan nama lain? Selepas bertemu-balas, akhirnya anda pasti dia adalah orang yang sama.


Atau mungkinkah anda pernah diberitahu oleh mereka yang telah berumur menceritakan asal usul keturunan seseorang tapi enggan mengheboh-hoebohkan kerana bukan urusan peribadi mereka. “Buat apa mahu tahu hal orang?” adalah cakapan yang biasa kita dengar. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia dengan berlakunya perkahwinan campur, tentunya ada keluarga yang tidak kisah dan tidak mahu tahu keturunan masing-masing. Ada juga segelintir yang ingin tahu.


Pada zaman dahulu dan ada sehingga sekarang, dikekalkan keturunan seperti Megat, Puteri, Syed, Syarifah, Wan, Pangeran, Awang, Awangku, Dayang, Dayangku, Raden, dsbnya dikekalkan hingga keturununnya. Dalam masyarakat Cina juga ada yang masih mengekalkannya. Ada juga yang tidak ambil kisah atau ada sebab yang lain, tidak meletakkan gelaran keturunan keluarga di depan nama mereka seperti yang disebutkan. Bila “tidak kisah” berlaku, maka ada juga segelintir orang yang suka menggunakan gelaran berkenaan sebagai satu kemegahan atau “saja-saja” sebab mahu “glamour” atau hendak mendapat keistimewaan tertentu.


Mungkin ada sedikit kekeliruan pada gelaran nama Awang, Dayang, Awangku dan Dayangku. Pada asalnya Awang dan Dayang digunakan pada keturunan Kesultanan Brunei tetapi (kurang pasti bila mula) kemudiannya diperkenalkan Awangku dan Dayangku menggantikan Awang dan Dayang, yang mana Awang dan Dayang kemudiannya menjadi panggilan biasa seperti Encik dan Cik bagi masyarakat Brunei. Kepada mereka yang asalnya bergelar Awang dan Dayang daripada keturunan Kesultanan Brunei, hanya mereka yang mengekalkan atau mengetahui salasilah keluarga sahaja yang tahu bahawa mereka sebenarnya berdarah diraja. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Kita kena rujuk sejarah Kesultanan Brunei dan Pusat Sejarah Brunei adalah tempat yang pertama anda perlu buat rujukan.


Pernahkah anda terjumpa seseorang seperti berikut, contoh:

1) Seorang lelaki Cina berkahwin dengan seorang perempuan Kadazan. Kebiasaannya, anak mereka akan menggunakan nama Cina tetapi boleh bertukar menjadi nama Kadazan. Apakah motif disebaliknya?

2) Seorang lelaki Cina memeluk Islam dan menggunakan nama Melayu dengan “bin Abdullah” berkahwin dengan seorang perempuan Melayu. Anak mereka menggunakan nama Melayu tetapi cucu mereka menggunakan gelaran “Wan” di hadapan nama mereka. Adakah ini dibolehkan?

3) Seorang anak lelaki biasa diambil sebagai anak angkat oleh seorang Pangeran. Adakah anak lelaki tersebut layak menggunakan nama Pangeran di depan namanya dan seterusnya menamakan anak-anaknya berketurunan Pangeran?

4) Seorang keturunan yang diketahui berbangsa Dusun, setelah memeluk Islam menggunakan nama Melayu Islam tetapi cucu mereka dikatakan berketurunan bangsa Brunei.


Sekarang ini pun ada juga diberitakan individu yang menggunakan gelaran Datuk atau Dato’ yang bukan dilantik oleh DYMM SPB YDP Agong, Sultan atau TYT demi untuk kepentingan sendiri. Kalau ini pun orang mahu tipu, gelaran keturunan pun orang lebih mahu.


Jika ada jabatan kerajaan seperti unit salasilah di jabatan sejarah, dan juga mungkin jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara atau Pesuruhjaya Sumpah, harus peka kepada penggunaan gelaran keturunan bangsa yang ingin diubah dalam Surat Lahir atau Surat Beranak.


Di negara barat, kelahiran individu direkodkan dan boleh diperolehi melalui internet. Maka terpulanglah kepada individu berkenaan untuk menjejak asal usul keturunan bangsa mereka. Di negara Cina juga terdapat ramai keluarga yang menggunakan gelaran keluarga untuk menggenali keturunan masing-masing.


Bagi yang berugama Islam, mengenali susur galur keluarga atau salasilah keluarga merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.


Sehubungan dengan ini, pelajaran anak-anak di sekolah telah pun diperkenalkan subjek seperti Kajian Tempatan agar pelajar diajar mencari untuk mengenali salasilah keluarga. Biasanya pada umur muda ini ketika datuk dan/atau nenek masing-masing masih ada (hidup), eloklah bertanya siapakah nama penuh ayah mereka, nama penuh ibu mereka dan seterusnya bertanya nama penuh moyang mereka jika masih ingat untuk kedua-dua pihak sebelah ayah dan sebelah ibu masing-masing.


Umumnya, seseorang akan mengingati nama sehingga datuk dan nenek mereka. Jika maklumat keluarga ini diperturunkan, bayangkan bahawa anda akan mengetahui keturunan anda sekurang-kurangnya sehingga empat (4) generasi sebelumnya iaitu ANDA bin/binti AYAH bin DATUK bin MOYANG bin ???. Jika setiap seorang mengetahui empat (4) generasi kebelakang, maka seorang anak akan mengetahui sekurang-kurangnya tujuh (7) generasi ke belakang.


Bayangkan jika keturunan anda direkodkan sebagai salasilah. Bagi yang beragama Islam, anda telah pun mengikuti sebahagian daripada sunnah Nabi Muhammad S.A.W.


Setiap seorang ada amanah tidak kira di mana peringkatnya. Jika wujud unit salasilah, harap dipastikan kesahihan keturunan bangsa individu berkenaan sebelum direkodkan. Anda akan dihisab dihari kemudian jika maklumat tersebut salah.


Bagi mereka yang sengaja meletakkan gelaran atau menukar nama untuk mencapai sesuatu kepentingan, sudahkah anda bersedia dihisab di hari kemudian?


Sampai sekarang saya berusaha untuk mencari Nasabku.. Saya ingin mengetahui saya ini dari keturunan Brunei yang ke berapa. Yang saya tahu dari pakcik saya yang kuarga saya keturunan dari Pengiran Muda Hashim. Arwah ibu saya berasal dr keturunan PMH tp sebelah bapa saya pulak dari keturunan Pengiran Pemanca.. Saya pun x tau sangat sapa itu Pengiran Pemanca. Sehingga sekarang saya masih lagi mencari kebenaran NASAB kuarga saya ini. Nak tahu kebenaran kena la berusaha tuk mencari salasilah daripada orang2 TUA yang masih ada... setakat ini dah ada tapi saya belum ada masa tuk mencarinya. Hal ini kerana sibuk dengan diri yang pada waktu itu dalam pengajian..

2 comments:

azwa amani said...

ak.....selamat mencari yerrrr....semoga bertemu apa yg dicari..:)

Awangku Johan said...

Insyaallah.. akan d usahakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...