"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, January 3, 2010

++ Isu Pendidikan yang Hangat diperdebatkan ++

Assalamualaikum...



Isu penempatan tempat untuk mengajar bagi lepasan jurusan pendidikan menjadi bual bicara yang hangat pada hari ini. Aku menjadi runsing dan lemah semangat sikit disebabkan isu ini. Hal ini kerana, tinggal berapa hari lagi aku akan menjalani latihan mengajar, hurmm mesti di sekolah tempatku membuat latihan nanti isu ini akan menjadi bual bicara guru-guru di sekolah itu nanti.


Aku berasa heran dan rasa upsi atau ipta ini dianaktirikan disebabkan statement yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Puad Zarkashi yang mengatakan penempatan tempat untuk mengajar diutamakan kepada pelajar IPG dan pelajar tajaan KPM sahaja, maka pelajar yang diberi pinjaman selain daripada KPM hanya boleh menunggu jika ada kekosongan. Hurmm.. jadi takkan la pelajar under KPM & IPG je yang boleh dipostingkan..?? Nampak macam BIAS jak kan.. heran betul...


Lepas itu ada pulak yang mengatakan isu posting ini berdasarkan unjuran.. Apa kejadahnya unjuran itu, takkan la unjuran yang dikeluarkan oleh KPM itu bersesuaian dengan bilangan sekolah yang baru dibuka.. Unjuran yang dikeluarkan hanyalah sedikit padahal banyak lagi sekolah yang baru diwujudkan, lain pulak ada sekolah yang tidak mencukupi bilangan gurunya.. Takkan la kekosongan itu diisi oleh budak-budak GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih). Padahal ada bakal pelajar yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan layak untuk mengisi kekosongan tersebut, tapi di isi oleh budak-budak GSTT... hurmm macam ada udang disebalik batu jak.. bagi aku macam kerajaan nak menjimatkan kos pembayaran gaji. Biasalah budak GSTT pun dapat gaji dalam 3 bulan sekali... hurmm makin heran lagi... Ramai pulak gstt di sekolah ek, ada yang sampai 25 orang gstt... jd kenapa tak diisi jak kekosongan tu oleh pelajar jurusan pendidikan?? so kemana perginya "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan??" betul kata kawan aku Abu di dalam penulisannya, "kerajaan didahulukan,rakyat diabaikan" dan "kapitalis di dahulukan, keuntungan diutamakan"


Di sekolah aku di kawasan Sabah pulak banyak mempunyai kekosongan, kenapa pulak TM Pelajaran mengatakan lambakan guru di pasaran.. Macam mana dia tau ek?? padahal beliau langsung tak turun padang pun.. takkan la main agak-agak jak kot.. Dulu time Zaman Hisyamudin memegang tampuk Menteri Pelajaran mengatakan pada tahun 2010 ada kekosongan guru sebanyak 13,000 yang akan diisi oleh pelajar Jurusan Pendidikan.. Heran pulak ek bila dikatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Dr.Puad lambakan guru di pasaran pada hari ini???? Setiap kali tampuk pemerintahan bertukar tangan ada sahaja isu yang tak kena timbul, macam isu ini la "Lambakan guru"..


Aku rasa isu ini macam saja-saja diadakan, alah macam mencari publisiti.. bgitulah katakan.. Hurmmm aku rasa isu ini takkan ke mana, sebab mahasiswa/mahasiswi adalah tampuk negara, sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan baik confirm mahasiswa/mahasiswi tidak akan mengundi mereka....


AKu harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.. Terima Kasih kepada Naib Canselor UPSI Prof. Datuk Dr. Aminah Bt Ayob kerana beliau memperjuangkan nasib pelajar-pelajarnya... Harap kebenaran akan mengatasi kejahilan.... Insyallah.. sama-sama kita berdoa agar isu ini akan kembali pulih dan kita semua dapat Ber'posting'....

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year & Happy New Sem

Assalamualaikum.....
Kepada rakan2 serta my junior selamat menempuh kehidupan alam universiti.. selamat berkuliah yaa... hehee.. nmpaknya terpaksalah menambah beban di kepala dengan
aktiviti kuliah, assignment, mid test, fieldwork dan exam.. hehehe.. apa2pun buat
yang terbaik.. apa yang penting.. study smart.. target pada assignment ya..
jangan rasa tertekan coz semua itu dugaan hidup lagipun mmg
dah biasakan buat semua benda alah tu... hehehehe...
Malahan itu, sy juga ingin mengucapkan
HAPPY NEW YEAR
2010...
to all my frens..
so apa g niatlah azam ya utk tahun baru ini..
agar semua yang di niatkan itu akan menjadi realiti..
Niat aku ringkas jak iaitu agar dapat POSTING.. hehehehehe..
Doakan ya... AMINNNN
Awangku Masazwan Bin Pengiran Abul
2-3-11
12.45 am

Friday, December 25, 2009

++ Result Exam ++


Aku mula berdebar-debar apabila mengetahui Result dah keluar... huhuhu... Aku amat takut utk memasukkan password UPSI.. sebab aku takut utk melihat resultku... tapi aku terpaksa juga, disebabkan aku ingin mengetahui hasil selama ini yang telah aku tuai...



semasa aku membuka portal mysis upsi, aku melihat result daripada bawah dengan dpn laptop ditutupi dgn kertas,,, hehehe.. aku tgok Latihan Ilmiah ku A serta beberapa paper ku A... tp aku kecewa disebabkan aku tdk mencapai trget 4.++... huhuhuhu.. Aku pasrah dgn trget aku n subjek GIS aku iaitu Geography Information System... huhuhu stakat ckup2 makan jak.. wlupun pasrah, tapi aku bersyukur sbb dpt Dekan List lg.. Alhamdulillah..



Aku jelez dgn rakan2 ku yg dapat 4.++... tp aku x mampu nk berkata-kata, mungkin itu sahaja yg aku mampu hasilkan. mungkin ini bukan rezki aku, mungkin rezki aku semester hadapan.. insyallah... chaiyokkkkk Latihan Mengajar.... tggu kedatangan ku Smk Kubu Gajah, Selama Perak.

Monday, December 21, 2009

BILA DIRI DISAYANGI



Terdengar bisikan mesra
kalimah keramat bermentera
bermulanya siang berakhir malamku
tak akan ku jemu menyebut namamu
tiada batasan waktu
tiada tempat mu tertentu
di gunung, di lembah, di darat, di air
siapa pun hamba keikhlasan doa
keagungan kasih mengubah takdir
bila ku sedari diri disayangi
langkah kaki ini semakin berani
bila terkeliru ku ucap namamu
terasa diriku kembali dipandu
kau yang pertama tiada akhirnya
aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
izinkanlah aku menumpang diri
di bawah naungan kasih dan sayangmu
ku berserah diri



Awangku Masazwan Pg. Abul
2-3-11
UPSI
1.51 AM

Tuesday, December 8, 2009

Fever Attack

huhuhu.. Tatkala aku hendak melelapkan mata, tiba-tiba perutku memulas yang amat sangat. Sakitnya ibarat di cucuk jarum, memang pedih. Aku berulang kali keluar masuk ke dalam tandas. Hurmm... rupa-rupanya aku telah mengalami cirit-birit. Hatiku berbisik, petang tadi apa yang telah aku makan?? Pada petang itu aku hanya menjamah Kuih Pau yang aku beli di depan Telekom Tg.Malim bersama-sama dengan Syahir, pada malamnya pulak aku tak makan nasi hanya menjamah Oat. Aku tak tahu kenapa perutku memulas. Hatiku berbisik lagi, takkan disebabkan kuih Pau, padahal aku selalu membeli kuih Pau di depan Telekom di Pekan Tg.Malim itu. Aku berasa heran... Aku tidak dapat tidur, mataku celik selama 2 jam lebih kerana disebabkan perutku yang amat sakit dan suhu badanku meningkat dengan mendadak. Kejadian ini berlaku jam 1 hingga 3.30 pagi. Aku tidak terdaya hendak mengejutkan rakan serumahku (rakan skim pljr bekerja) iaitu Syahir dan Azron. Aku hadapinya dengan tenang dan menahan sakit serta memohon doa kepada Allah agar disembuhkan sakit ini. Aku muntah beberapa kali. Aku mencari ubat sakit perut (Pill Chi Kit Teck Aun) tetapi tiada, yang ada hanyalah ubat Paracetamol 650mg. Akhirnya ubat Paracetamol ini membantu meredakan sakit perut ini. Aku terlelap kira-kira hampir jam 4 pagi. Aku terjaga pada jam 6.00 pagi, aku terus menyelesaikan ibadat solat Subuh, selepas itu aku menyambung tidurku dengan perutku yang sakit-sakit biasa. Dipendekkan cerita aku bangun pada jam 7.45 pagi untuk pergi membersihkan diri, selepas itu aku pun bersiap untuk pergi bekerja di Pejabat Pentadbiran Kolej Harun Aminurrashid. Aku bekerja dalam keadaan sakit, aku hanya menahan sakit ini, dan akhirnya sakit perutku dan demam panasku reda. Alhamdulillah, thanks god... Hari ini aku tidak banyak melakukan aktiviti seperti hari-hari lain. Aku hanya banyak menghabiskan masa melakukan kerja2 ringan dan tidur.

Friday, December 4, 2009

Skim Pelajar Bekerja VS Research Assistant

Inilah kolejku dan tempat aku menjadi skim pelajar bekerja



Cuti akhir semester ini aku sekali lagi tidak menjalankan rutin yang selalu pelajar lakukan diakhir sem iaitu 'Balik Kampung'. Tiga tahun berturut-turut aku tidak balik kampung halamanku di Sabah. Aku tak balik ada sebab-sebab tertentu. Hanya aku sahaja yang mengetahuinya. Cuti akhir semester di tahun akhir aku bergelar pelajar telah aku lakukan dan manfaatkan dengan memohon menjadi skim pelajar bekerja di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Apabila sahaja cuti menjelang aku akan bekerja part time di Pejabat Pengurusan Kolej Harun Aminurrashid. Tahun ini pengambilan skim pelajar bekerja dihadkan kepada 8 orang sahaja (empat orang lelaki & 2 orang perempuan). Kerja aku di cuti semester ini pada sem ini berbeza dengan semester-semester lepas. Hal ini kerana, aku melakukan 2 tugasan yang berbeza. Pada waktu pagi aku bekerja di Pejabat Pengurusan Kolej Harun Aminurrashid sebagai skim pelajar bekerja manakala pada waktu malamnya aku akan menghabiskan waktu dengan membuat tugasan pensyarah iaitu kajian PhDnya. Aku membatu pensyarahku di dalam penyelidikinnya atau dengan erti kata lain sebagai Research Assistant. Setiap malam aku akan membantu kerja-kerja pensyarah dengan menaip beberapa artikel, jadual, rajah dan sebagainya. Oleh itu, aku melakukan kerja-kerja ini dengan hati yang rela. Melalui penyelidikan pensyarah ini dapatlah aku tahu macam mana cara hendak menjalankan kajian persendirian dengan lebih sistematik. Aku kagum dengan pensyarahku kerana berjaya mendapat Penyelia PhD daripada seorang penulis buku yang terkenal di dalam bidang Geografi di Malaysia khususnya iaitu Prof. Jamaluddin Jahi. Aku minat semua hasil dan kajiannya Prof. Jamaluddin Jahi. Aku telah mengumpul buku-buku yang ditulis oleh beliau. Insyaallah kalau ada rezeki aku juga ingin menyambung pengajianku di dalam Sarjana dan Doktor Falsafah. Di mana ada kemahuan di situ cita-cita akan dikabulkan... AMIN....

Pemandu Teksi Tg.Malim yang tidak jujur

kemarin pada jam 10 pagi saya keluar sekejap dari pejabat pentadbiran kolej Harun Aminurrashid untuk mengepos barang-barang saya ke Sabah. Saya minta excuse selama 2 jam. saya telah menghantar barang-barang saya ke Sabah sebanyak 7 kotak melalui Seamail (Pos Laut), berat ketujuh-tujuh kotak adalah 96kg dengan bayaran sebanyak RM96.00. ini bermakna 1 kg bersamaan dengan Rm1.00, murahkan. Tetapi barang-barang tersebut akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah saya, iaitu selama 2 bulan atau lebih. Selepas menyelesaikan proses penghantaran barang di Pejabat Pos saya pun pergi ke pekan Tanjong Malim. Apa lagi pergi shopping la.. hahaha... saya beli seluar, kasut sukan dan macam-macam lagi alat-alat kelengkapan untuk persediaan Latihan Mengajar yang akan bermula pada Januari nanti. Kemudian, setelah selesai beli-belah saya pun menaiki Teksi untuk balik ke KHAR. Klimaks cerita ini adalah di sini iaitu ketika menaiki teksi mat India. Hurmm saya menunggu teksi dan abang India itu bertanya hendak pergi mana? So, saya pun menjawab ke KHAR. Jadi abang India itu kata, Ok naik. Hurmmm, rupa-rupanya saya berkongsi teksi dengan pakcik yang dah berumur kira-kira 60 lebih tahun gitu.. Destinasi yang dituju adalah sama dengan pakcik tersebut. Di dalam perjalanan tersebut, aku terkejut pakcik itu membayar kepada abang India itu dengan bayaran Rm13. Aku terkejut takkan la perjalanan yang sejauh Pekan ke Bahtera sebanyak tu. Aku tak tau la, sama ada pakcik itu tahu mengira atau tidak. Tapi yang tidak rasionalnya kenapa abang India itu tidak berlaku jujur terhadap pakcik tersebut. Walaupun dia itu buta huruf ke apa ke tapi kenapa tak berlaku jujur dan adil terhadap warga emas... Aku memang terkilan dengan tindakan abang India tersebut. Hurmmm, aku hanya mampu mengeluh. Mungkin, begitu ke cara mereka mencari Nafkah hidup.. Manusia.. Manusia... Inilah dia sifat manusia yang selalu bertuhankan duit.. Insyaallah, harap-harap kita dihindari daripada kelakuan dan sifat-sifat seperti cerita di atas... hurmmmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...