Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman bloggers
sekalian…
Apa khabar ? Harap-harap di dalam keadaan sihat walafiat dgn
hendakNYA…
Haaaa… nak tanya kat korang semua ini, korang dapat tak mesej
yang entah apa-apa, maksud saya mesej berangkai… Hurmmm, saya pun tak tau la
masyarakat sekarang ini suka bebenor sebar mesej yang tak berapa pasti
kesahihannya, yakni tanpa menunjukkan bukti yang kukuh… Ini boleh menjatuhkan
akidah seseorang kan…. Haaa korang tengok la beberapa mesej yang saya terima
pada beberapa hari yang lepas…
“Korea sedang menjatuhkan Islam di seluruh dunia dengan
menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! Lagu dan style itu menghina Nabi Muhammad
S.A.W.. ~Astaghfirullah Al Azim~ Lirik lagu itu ada yang bermaksud ‘kunun ada
binatang BURROQ’, ‘kunun boleh sampai langit ke-7’ kan baginda naik ke langit
mengggunakan BURROQ ??? ~ Penyanyi itu juga buat style silangkan tangan dia,
kan tanda salib tu ?, even baginda penah cakap, BURROQ itu sangat laju dan
tidak sama dengan kuda… jadi penyanyi itu terpaksa silangkan tangan tuk grip
kuat style kuda itu, korang perasan tak? Boleh membawa kepada murtad !!
Sebarkan……”
Ini pulak mesej kedua saya terima pada hari berikutnya…..
“Assalamualaikum. Tolong jangan delete… SMS ini dari ibu SAID
(juru kunci Mekah), ia bermimpi bertemu dengan MUHAMMAD Rasulullah S.A.W. Dalam
mimpi itu baginda berpesan, kuatkan akidah dalam ibadah kerana dunia sudah
goyah dan tua. Janganlah tinggalkan solat setiap waktu. Tolong sebarkan SMS ini
kepada 20 orang muslim. InsyaAllah, dalam masa 10 hari anda akan mendapat
rezeki besar dan bila tidak disebarkan maka anda akan menemukan kesulitan yang
tiada henti-hentinya. Demi ALLAH ia akan terbukti”.
Hurm… ini lah mesej yang saya dapat… huhuhu.. macam la mesej tu
yang menentukan pahala dan dosa, macam la mesej tu yang beri kita bala dan
rezki…. Huhuhuhu
Begitu juga dengan sesuatu musibah yang telah ALLAH takdirkan
bukan kerana SMS atau emel berangkai dari seseorang. Ada seseorang menghantar
SMS kepada saya berbunyi, “Sila forwardkan kepada 10 orang rakan-rakan anda
insyaallah anda tidak akan ditimpa musibah”.
Kepada rakan-rakan sekalian renung-renungkan.. Better kalau
dapat mesej yang seumpama di atas fikir-fikirkan dahulu… SAYA MEMANG TAK AKAN
LAYAN DAN TAK AKAN FORWARD PADA SAPA-SAPA…. Dah la takda bukti yang sahih… Tapi
bagi saya benda-bdan begini langsung tak boleh dipercayai dan syirik kerana
mempercayai sesuatu selain daripada ALLAH adalah syirik. Rezeki, ajal dan maut
telah ditetapkan oleh ALLAH dari azali lagi, Cuma kita harus berusaha mencari
rezeki yang halal, bukan mengharap seperti bulan jatuh keriba.
WALLAHUALAM
3 comments:
deno pun pernah dapat... huhu..
jgn cepat percaya pada SMS atau emel. kena selidik dulu betul2 kan
penah dpt msj mcm ni and sakit ati sgt sbb suke ati je kirim kat sapa2 and ade org y pcaya sgguh2 msj tu.pelik2.selalu nye sy delete and wat mcm x penah dpt.hehe.
Post a Comment