Assalamualaikum w.b.t. kepada rakan-rakan bloggers sekalian…..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..
Macam mana raya anda tahun ini ??? Meriah ke ?? Harap-harap
sambutan raya anda tahun ini meriah la ek… Hurmm rasanya Raya saya tahun ini
macam tak berapa meriah.. Hurmm ntah la.. saya pun tak tahu kenapa ? Macam ada
sesuatu jer, ntah la… aku pun tak tahu.. Tepuk dada Tanya hati… Tahun ini tak
da member2 ex-skol datang rumah.. Yang ada pun just Nurul Aziana dan
Norhafeezah… thanks frens… Hurmm yang lain-lain tak tau p mana.. sibuk kot..
wallahualam…
Nampaknya tahun ini adalah tahun kedua saya menyambut Hari Raya
setelah bekerja sebagai seorang pendidik.. Hurmm duit raya tahun ini saya
sediakan sebanyak RM500.. Cukup la tu kan.. Kalau tahun lepas saya sediakan
sebanyak RM1500 tuk duit raya.. Apa tidaknya tahun lepas adalah tahun pertama
saya mendapat gaji.. Jadi semua saya kena bagi.. termasuk adik-beradik lain
saya bagi duit raya walaupun mereka dah bekerjaya… Tahun ini saya bagi
anak-anak buah saja laaa… hihihi…
Hurmm yang aku malas raya tahun ini ialah pertanyaan yang malas
aku nak jawab.. iaitu “Bila kau nak kawin”, “Ada sudah calon ke”…. Aduh malas
aku nak jawab… Jawapan aku wait and see jer laa… benda tu bukan kita nak on da
spot pun… kalau ada jodoh, ada la… kalau takda berdoa lagi laa.. aku malas ar
nak jawab sangat pertanyaan macam tu… ntah macam esok dah nak kiamat pulak. Nk Tanya
benda-benda macam tu… hurmm sibuk bebenor Tanya jodoh orang.. kalau aku Tanya kang
bila korang nak mati terjawab ke tak… ?????? huhuhuhuhu
Jodoh dan pertemuan itu bukan kita yang tentukan… semua tu dah
ditentukan d La Mahfuz… so bersabaq jer la kan…
Ok, rakan-rakan bloggers sekalian… selamat beraya, selamat
menjamu selera.. jangan makan banyak sangat kang dapat penyakit kencing manis…
hihihi…
Ok Salam Eidulfitri..
2 comments:
Akak dah lalui pengalaman ni.
hurmm tu la kan kak huhuhuhu
Post a Comment