"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, December 30, 2012

Astro Tradisional....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan bloggers…



Haaaa… ni nak share dengan korang… Kalau tak mampu bayar Astro.. cer try buat macam kat dalam pic… Ntah2 dapat semua channel kot ? hihihi.. Kalau dapat Syukur Alhamdulillah… Kalau tak dapat nak buat macam mana.. kena la bayar bil… hihihihi


Mana la tau dapat tarik channel dari rumah2 jiran kan.. hihihi.. sapa tau kan.. So, try la buat… hahaha

Suatu Hari Di Pasaraya




Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.
“Mama, Bolehkah kita balik sekarang?” kata gadis kecil itu...
“Tidak,” jawab ibunya.
“Ma, saya rasa hendak muntah!” kata gadis kecil itu.
“Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas...”
Setelah kira-kira 20 saat, gadis itu kembali ke tempat duduknya.
“Sudah selesai?” tanya ibunya...
“Ya.” Ujar gadis kecil itu lemah.
“Cepatnya?” Hairan si ibu.
“Saya tidak pergi ke tingkat atas... Ma,” kata anaknya lalu menyambung...
“Di tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis “UNTUK ORANG YANG SAKIT”...

Saturday, December 29, 2012

Buat Ukhtiku....




Buat Ukhtiku yang BERTUDUNG LABUH :- Jangan sesekali memandang rendah pada wanita yang tidak bertudung labuh kerana mungkin JAUH DI SUDUT HATI mereka, adanya rasa suci INGIN BERTUDUNG LABUH sepertimu…

Buat Ukhtiku yang TIDAK BERTUDUNG LABUH :- Doakanlah si pemakai tudung labuh itu untuk TERUS ISTIQAMAH bertudung labuh… InsyaAllah, malaikat akan turut membisikkan KEINGINAN DAN KEKUATAN buat dirimu untuk turut merasai keindahan memakai tudung labuh itu…

Sesungguhnya kita TIDAK PERNAH SEMPURNA, tetapi kita sedang CUBA DAN BERUSAHA untuk menjadi yang TERBAIK di mata Ilahi…

InsyaAllah…. 

Citer Tiga Sahabat




Suatu hari, terdapat 3 orang sekawan… mereka bersahabat sejak kecil lagi… Mereka ialah Ahmad, Ali dan Abu.. Ketiga-tiganya mempunyai sikap, mentaliti serta kepercayaan yang berbeza dalam kehidupan… Masing-masing sekarang berusia 20 tahun…

Ahmad.. Seorang yang berfikiran jauh dan sangat positif… Mempunyai impian hidup yang tersendiri… Seorang yang sangat manfaatkan setiap peluang yang melintas di depan mata…

Ali… Dia merupakan seorang yang suka bertangguh… Kerana dia fikir, buat apa nak sibuk-sibuk fikir tentang kehidupan lagi kerana masih muda… Masa muda adalah masa terbaik untuk berseronok dan bersantai-santai… Seorang yang tak berapa kisah dengan peluang yang kerap melintasi dalam kehidupannya…

Abu… Abu merupakan seorang manusia yang suka mengikut arus perjalanan kehidupan.. Ke laut di bawa, maka ke lautlah dia ada.. Ke sungai dia dibawa, ke sungailah kehidupannya.. Kerana dia percaya segalanya ditentukan Allah… Takdir.. Qada’ dan Qadar.. Apa nak kecoh, Allah dah aturkan semua… Itu kerja Allah, katanya..

Hasilnya, Ahmad telah menjadi seorang manusia yang berjaya, dikenali ramai, berpengaruh dan kaya pasa seawall usia 30 tahun….

Pada usia 30 tahun, si Ali perasan dan nampah perubahan yang luar biasa pada sahabatnya Ahmad… Dia sangat teruja dengan kejayaan yang dikecapi Ahmad… Dia terinspirasi… Dia pun berhasrat untuk menjadi seperti Ahmad suatu hari nanti… Tetapi si Ali tetap seperti sikap yang lama.. Bertangguh dan bertangguh.. Alasannya untuk berfikir… Akhirnya si Ali mengambil keputusan untuk mula bertindak.. Akhirnya si Ali berjaya menjadi seperti Ahmad.. Tapi si Ali berjaya menjadi seperti Ahmad pada usia 60 tahun…!

Manakala si Abu masih berada pada tahap yang sama.. Terus hidup seperti seorang manusia biasa… Hidup biasa-biasa sahaja… Kadang-kadang makan pun cukup-cukup sahaja.. Kadang-kadang pula tak cukup makan.. Dia langsung tak kisah dengan kehidupannya kerana dia percaya, semua ini urusan Allah… Segalanya telah ditentukan..

Jadi… anda ingin hidup seperti siapa dalam kisah ini?? Hidup ini adalah pilihan… Jadi, pilihan adalah di tangan anda… Pilihlah kehidupan yang macam mana yang anda mahukan.. Jangan salahkan takdir… Jangan salahkan ketentuan.. Jangan salahkan Allah.. Design your life, Design your world, Design your future! Take action NOW!!

Rinduku Melbourne

Assalamualaikum… ni nak share serba sedikit dengan kerinduanku pada MELBOURNE, AUSTRALIA…. Huhuhuuhu… jejak jer kaki di Bumi Kanggaroo ini memang teruja melihat panoramanya yang indah… InsyaAllah akan kukunjunginya lagi pada masa akan datang… 




12 Apostles at Great Ocean Road. 





Thursday, December 27, 2012

Pegang Kuat-Kuat Nek!


~ sekadar gambar hiasan ~



Hazrizal hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor berkuasa 150cc.

Hazrizal : Mari la naik nek, pegang kuat-kuat ya.. nanti jatuh!
Nenek : Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la ni..
Hazrizal : Jangan lupa pegang kuat-kuat ya nek!!! (kata Hazrizal lagi mengingatkan)
Nenek : Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la ni, takut sangat.
Hazrizal : Ok, kalau begitu kita gerak sekarang ya, nek.

Hazrizal “merempit” motornya, lalu terdengar benda jatuh GEDEBUKK!!!! Dia terperanjat, lalu menoleh ke belakang dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Hazrizal : Laa... Bagaimana boleh jatuh ni, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknya?
Nenek : Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Hazrizal : Nenek pegang kat mana?
Nenek : Pagar rumah.
Hazrizal : ”$%@*(!+?

Adakah anda setuju ?



~ Sekadar gambar hiasan ~




Pengorbanan “MAMA” terlalu besar,
Kesabaran “UMI” terlalu tinggi,
Kasih sayang “MAK” terlalu tulus,
Kewujudan “IBU” terlalu bermakna..  J

Setuju ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...