"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, June 4, 2011

Ubat Tahan Sakit.. Ada Bahayanya...

Sekadar gambar hiasan

Apakah perkara pertama yang anda lakukan sekiranya secara tiba-tiba mengalami sakit kepala dan lenguh-lenguh badan berpanjangan ? Pasti anda akan mencari ubat tahan sakit bukan ?

Tetapi tahukah anda bahawa pengambilan ubat tahan sakit ini ada risikonya ? Menurut Pengarah Klinik Pakar, Hospital Mount Elizabeth Singapura, Dr. Alex Yeo, ada yang beranggapan penyakit “remeh” seperti pening kepala dan sengal-sengal badan mampu diubati dengan pantas melalui pengambilan Panadol dan sebagainya.

Namun, penyakit yang dianggap “remeh” ini berisiko menjadi penyakit lebih kronik dan berbahaya jika pengambilan yang tidak terkawal serta tanpa mendapatkan rawatan yang betul. Kata Dr. Alex, penggunaan ubat tahan sakit secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan masalah buah pinggang.

E.COLI Bakteria Paling Berbahaya

BERLIN/LONDON - Dilaporkan lebih 1,600 orang mangsa telah dijangkiti oleh bakteria E. coli yang telah membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dan mungkin menjadi wabak paling bahaya setakat ini dalam sejarah manusia.

Jerman dikatakan menjadi pusat kepada wabak tersebut. Dengan punca sebenar masih kekal misteri, para pengguna di seluruh dunia kini berada dalam kebimbangan.

Dianggarkan seramai 1,624 orang di negara Eropah seperti Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat (AS) dikatakan sudah jatuh sakit, kemungkinan selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ia merupakan bakteria E. coli yang baharu. Angka kematian juga dijangka meningkat apabila Jerman mengemaskini jumlah pesakit.

Bakteria E. coli normal yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan sebenarnya tidak terlalu berbahaya. Namun, bakteria jenis E. coli yang menyerang di Eropah mempunyai kemampuan untuk kekal pada dinding usus manusia dan mengeluarkan toksin yang dikenali sebagai Shiga (STEC).

Ia kemudian akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut. Seorang pakar, Robert Tauxe dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS yang telah bekerjasama dengan pegawai kesihatan Jerman sejak minggu lalu mengakui E. coli itu sebagai jenis yang paling berbahaya jika dinilai daripada jumlah kematian.

Di Berlin, Canselor Jerman, Angela Markel telah mengarahkan satu satu pasukan khas untuk mengesan punca E. coli ditubuhkan. Para saintis juga bertungkus-lumus mengenal pasti punca pencemaran, sama ada tahap kebersihan yang teruk di ladang, transit atau di kedai di Jerman sebagai punca kewujudan bakteria baharu itu.

Mengulangi amaran supaya rakyatnya tidak memakan sayur-sayuran mentah, para pegawai kesihatan Jerman menyatakan mereka telah merekodkan 199 kes terbaharu wabak tersebut dalam tempoh dua hari.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti kepada 1,733 orang. Wabak itu juga membuatkan hubungan perdagangan antara negara Eropah menjadi tegang.

Rusia mengundang kritikan daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari Eropah dengan mendakwa Belgium gagal menangani krisis tersebut.

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa bakteria itu berpunca daripada timun yang tercemar dari Sepanyol sebelum puncanya yang sebenar dari Jerman diketahui. - Agensi

Arti Dari Sahabat

Sahabat itu kawan
Sahabat itu sobat
Tiada ternilai harganya
Tidak bisa dibeli


Dengan wang, bahan duniawi sekalipun
Hanya boleh dengan cinta kasih yang tulus
Kesetiaan, jujur, itu baru teman sejati
Teman sejati bukanlah musuh
Tetapi sahabat yang mau mengerti
Apa adanya, suka duka dialami bersama
Semangat dan sokongan benar
Jadi senjata untuk teman sejati
Harta yang tidak ternilai itu sahabat
Mahu berteman di kala duka yang mencekam
Bukan di kala senang dan bahagia saja
Umur tidak jadi masalah
Siapa saja bisa jadi sahabat
Tidak terkecuali Tuhan, dan keluarga
Sahabat kita yang paling sejati
Hanyalah Tuhan Yang Maha Esa

Rindu dengan korang semua…



Harap ukhuwah yang terbina biarlah berkekalan

SAYA BLOGGER HIJAU YANG CINTAKAN KEHIJAUAN DUNIA..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat teman-teman sekalian..

Tetiba buka laptop terus saya baca laman blog Abg Ben Ashaari.. Hahaha.. kiranya sudah kemestian kena buka blog beliau… Haaa.. korang nak tau ada segmen terkini yang beliau anjurkan.. Kalau nak pegi la page beliau di SINI….

Dunia berblog ini bermakna bagi saya kerana………….

Dunia blog ini adalah dunia yang tanpa sempadan.. Dunia yang semuanya dihujung jari anda sahaja..Lagi pun di dalam dunia blog ini siapa-siapa sahaja boleh membacanya, mengomen dan berkenal-kenalan di dalamnya.. Dunia blog ini juga memang luas… Kita boleh membuatkan blog ini sebagai teman hidup anda.. Blog ini tempat anda mencurahkan segala isi hati anda, segala pelbagai rasa lagi yang boleh dimuatkan di dalamnya.. Bagi saya dunia blog ini ibarat diari maya anda.. Hehehee…. Lagi pun rata-rata orang berblog adalah untuk memenuhi masa lapang mereka.. Iyolah berbanding mereka melepak sana-sini better dorang berblog kan.. adalah juga hasil mereka.. Boleh la memperbaiki mutu mengarang mereka, bukan begitu heheehe… Harap remaja-remaja sekarang ini dapatlah mengisi masa lapang mereka dengan berblog.. Baguslah berblog ini, banyak kebaikannya.. boleh berniaga, boleh berkenalan, boleh berbincang mengenai pelajaran, boleh wat sesi kaunseling maya, boleh menaikkan tarffik anda – tu pun yang taksub mengejar traffic, boleh kongsi pengalaman sama ada traveling/masakan/pendidikan dan lain-lain lagi.. Bukankah semua itu perkongsian maya dalam berblog… Nahhhh.. itulah kebaikkannya.. Ini baru sikit, banyak lagi kebaikkannya.. Usahlah aku mengulas lebih lanjut.. Anda semua boleh berfikir apa kebaikan dalam berblog.. Konklusinya, berblog boleh memberi makna pada diri seseorang…


Oppsss Abg Ben maafin gua yaaa kalau terlebih.. Rasanya dah terlebih daaaa.. Huhuhu.. Tak sedar.. syok mengarang haaa ter...lajak la pulak..


Untukmu Kawan

Kawan….

Bila rasa ingin menangis… hubungilah aku…

Bukan aku nak suruh kau berhenti menangis…

Tetapi mungkin aku boleh menangis dengan kau…

Tapi tak leh ramai sangat…

Nanti habis air mata aku… huhuhu….


Kawan….

Jika terasa tiba-tiba nak melarikan diri…

Jauh dari masalah…

Hubungilah aku…

Aku takkan suruh kau berhenti…

Tapi…

Mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai…

Tapi jangan laju sangat, aku lari tak larat…

Aku nak kejar…

Kaki aku pendek…


Kawan….

Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia…

Beritahulah aku…

Aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau…

Tapi…

Terimalah segala ketentuan allah…


Kawan….

Jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti…

Ceritalah pada aku…

Aku takkan sebut nama lelaki/wanita itu…

Tetapi…

Cubalah jadi wanita/lelaki yang lebih soleh & solehah…


Tetapi kawan….

Jika suatu hari aku berdiam diri…

Aku tidak membalas mesej kau…

Aku tidak angkat panggilan dari kau…

Hubungilah aku segera…

Sebab waktu itu aku…

Ermmmm…

Aku amat perlukan kau…


ATau aku sudah tiada lagi di dunia ini….

Friday, June 3, 2011

Malam Ini IMAM MUDA mana yang Tersingkir ??

Malam ini tengok program Imam Muda… Hurmm best la jugak tengok imam muda ini.. Sebenarnya saya ini jarang la jugak nak nonton rancangan televisyen ni.. Asyik duk tercegat kat depan laptop je n workout.. Itu je la rutin harian saya selalu..

Ntah tiba-tiba malam ini nonton Imam Muda.. Sebenarnya bukan apa.. Parents saya tengok rancangan itu.. so just follow them laa.. hurm.. Emosi jugak la parents aku tengok imam muda itu.. Haha.. Ibu aku emosi time tengok penyingkiran itu.. Ibu aku kata.. jangan la singkir.. biar la imam-imam muda itu belajar lagi…. Hahaha.. Aku tengok gelagat ibu aku terus tergelak…. Sebab apa.. Imam Muda yang terkeluar itu adalah anak kawan ibu saya… Hehehe

Imam Muda Ali


Imam Muda Fadli


Haaa.. malam ini yang Imam Muda yang terkeluar ialah Imam Muda Ali dari Sabah dan Imam Muda Fadli dari negara Brunei Darussalam… Rupa-rupanya minggu ke-6 ini baru ada penyingkiran.. So, selama 5 minggu berlangsungnya Imam Muda ini tiada penyingkiran.. Tetapi, di minggu ke-6 ini 2 orang pulak yang tersingkir..

Apa-apapun diucapkan tahniah buat Imam Muda Ali dan Imam Muda Fadli sebab berjaya meneruskan pengajian di Imam Muda selama 6 minggu.. Moga mereka berdua banyak belajar…. Kecemerlangan masih menunggu mereka di hadapan.. Moga mereka semua sentiasa cemerlang.. Amin..

Thursday, June 2, 2011

Kerdilnya aku Mesyuarat di PPD Tadi Pagi...

Salam semuaa….

Hari ni aku kepenatan sangat.. dah la balik dari meting di PPD tadi jam 3 petang.. Huhuhu.. Patutnya yang menghadiri meeting di Pejabat Pendidikan Daerah itu adalah Pengetua dan PK Pentadbiran.. Akhirnya kemarin petang aku dapat calling dari PK Pentadbiran suh aku ganti tempat dia di meeting tersebut… Huhu..

Korang tau betapa kerdilnya aku duk meeting bersama-sama dengan pengetua / guru besar dan PK Pentadbiran setiap sekolah rendah dan menengah… Aku yang baru lima bulan bergelar guru ini rasa rendah diri sangat-sangat..

Tapi aku tak kesah.. yang penting hari ini aku banyak belajar dari mereka.. semuanya mengenai HRMIS… Iaitu Human Resource Management Information Systems… Haaa itulah agenda meeting pada hari ini… Biarpun penat hadiri meeting tetapi berbaloi.. Guru-guru lain bercuti aku pulak p meeting bersama-sama dengan sorang lagi rakan guru dari sekolah aku iaitu Cgu Felicity…

Tadi hampir semua pengetua / guru besar dan PK Pentadbiran mengemaskini data dalam HRMIS… Tapi, aku pulak baru nak masuk dalam Laman HRMIS itu dan ingin mengemaskini data tiba-tiba aku tak leh masuk.. coz tiada data id aku.. Huhuhu sedihnya.. Rupanya.. aku guru baru ini belum ada data aku lagi.. So, kena sabar menunggu jer laa.. Tapi tadi aku dah suh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri itu suh masukkan data-data aku.. So, tunggu jer laa huhuhu… Sabar menanti…


Buka sekolah nanti, nak bagi tau kat semua guru-guru sekolah serta KTBM sekolah, mereka semua kena patut kemaskini data mereka dalam HRMIS.....

Apa-apapun pengalaman hari ini amat berguna tuk aku biarpun aku ni masih bergelar guru baru.. Hehehe…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...