"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, May 23, 2011

Selamat Pagi Semua... Dah Sarapan ??

Selamat pagi semuaa…. Apa khabar anda semua.. Harap-harap di pagi isnin ni semuanya sihat-sihat belaka yaaaa…

Haaa.. apa sarapan korang pagi ini… ?? Argghhh sedapnya korang makan.. Walaupun aku tak tau apa korang makan tp ekspresi aku melebih-lebih.. hahahaha..

Korang nak tau aku kepingin nak makan Kek di awal-awal pagi ini.. Nak makan Kek Indulgence Cake.. Alaaa kek yang kat Secret Recipe tu… Aku macam nak minta jak resepi dia… tp tau-tau la kan.. kalau aku minta confirm Restaurant secret recipe tu gulung tikar hehhee… tak pa ar nnti la aku buat Cheese Cake.. bukan susah nk buat pun hehe… Tapi aku benar-benar nak makan kek… Kalau la kat kantin skolah ini ada jual Indulgence Cake confirm dah aku beli pukal habis laaa… Hehehe..

Fuhhh mengiurkan tengok kek dalam pic aku ini.. Macam meleleh-leleh dah liur aku ini.. huhu… Gambar ini masa aku dah habis belajar kat UPSI.. time ini aku spent member-member aku makan… Rasanya time ini aku dah lepas konvo.. So, masih stay d UPSI keje di bahagian Unit Kediaman Hal Ehwal Pelajar.. Hehe.. So, belanja rakan-rakan laaaa…

Tapi kan sekarang ini kena jaga makanan laaa.. coz aku dah serius nak jaga badan dan bina badan.. Hahaha.. Harap-harap tercapai la ek nak buat badan ketaq-ketaq tu… Amin

Alamak hari ini isnin.. kejap lagi aku jaga kelas peperiksaan di tingkatan 1.. Jaga exam bagi kertas Bahasa Melayu tingkatan 1.. Siap sedia kamu budak-budak kalau meniru aku rampas kertas korang… Hahaha….

Sunday, May 22, 2011

Kenapa ALLAH Temukan Kita dengan Orang Yang Salah ??

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ ALLAH knows BESt ! ~

Al-Kisah Si Koboi

Al-Kisah...

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :


Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".


Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :


Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.


Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :


Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.


Si Ular Berkata Dengan Tenang :


"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.


Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :


"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.


Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :


"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.


MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral.

Jual Pulau Bayar Hutang

GREECE negara yang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik terpaksa menanggung akibat berhutang dengan IMF.


NAMA IMF di Malaysia hangat diperkatakan pada 1997 hingga 1998, tahun di mana banyak negara di Asia mengalami kegawatan ekonomi.

Pada masa itu, agensi kewangan berkenaan tampil untuk memberi bantuan berbilion dolar kepada negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand dengan harapan dapat menyelesaikan masalah mereka.

Misi utamanya ialah untuk memberi bantuan kewangan kepada negara yang mengalami krisis kewangan atau penurunan nilai mata wang secara mengejut. Bagaimanapun, Malaysia tidak berminat untuk meminjam daripada IMF kerana tidak mahu badan itu campur tangan dalam dasar-dasar ekonomi negara.

Lagipun, sejak ditubuhkan pada tahun 1945, jarang negara yang mendapat bantuan IMF mampu keluar daripada kepompong kemiskinan atau masalah yang membelenggu mereka. Sebaliknya, status quo yang mencerminkan negara kaya bertambah kaya dan negara miskin semakin tersepit lebih jelas.

Dikuasai oleh negara-negara kaya termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali dan Kanada, mereka dikatakan mempunyai hak dalam menguruskan dana IMF. Malah, menurut laporan akhbar sebelum ini, mereka mempunyai hak suara dalam semua proses membuat cadangan dan keputusan penting.

Dalam sisi yang lain, selepas gawat melanda Asia pada 1998 dan AS pula dilanda masalah sama 10 tahun selepas itu, kini negara-negara Eropah berdepan dengan kemelut ekonomi yang meruncing.

Bermula dengan Greece, negara yang indah dengan pulau dan penempatan persisiran laut itu menjadi negara pertama di Eropah yang menerima pinjaman sebanyak AS$155 bilion (RM333.5 bilion), diikuti Ireland dan Portugal.

Lantaran gawat juga, pemerintah Greece mula menjual pulau-pulau di negara itu sejak tahun lalu untuk membayar balik hutang negara yang mencecah puluhan bilion euro. Turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi paling popular di Greece. Semuanya sebagai usaha mengumpul modal untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan mewah.

Usaha itu terpaksa diambil selepas negara berkenaan semakin terdesak mengumpul dana setelah menerima pakej penyelamatan IMF.

MANTAN Presiden Indonesia, Suharto menandatangani dokumen perjanjian IMF sambil diperhatikan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus di Jakarta pada 15 Januari 1998.

Teknologi 3D Lanun

BERGANDING untuk kali kedua. Sebelum ini Johnny Depp (kiri) dan Penelope bersatu dalam filem Blow.



KHALAYAK menunggu lagi buah tangan atas francais nama Pirates of the Caribbean (POTC). Kali ini dengan format teknologi tiga dimensi (3D) yang melatari penceritaan dan penggembaraan Kapten Jack Sparrow.

Di Malaysia, filem ini mula ditayangkan pada 19 Mei lalu.

Pada Mei 2010, pihak Disney mengumumkan bahawa filem Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides akan menjalani penggambaran dengan menggunakan kamera 3D. Namun efek istimewa filem ini masih menggunakan kaedah dua dimensi (2D) dan ditukarkan kepada 3D atas faktor bajet.

"Saya mengikuti kelas anjuran Sony, untuk kebaikan diri saya. Sedikit komplikated tetapi saya belajar memahami elemen asas dan mempelajari tentang 3D.

"Saya sebenarnya berpendapat bahawa setiap filem tidak perlu ada elemen 3D. Namun kemudian saya fikir bahawa sesetengah filem perlu meminjam elemen ini kerana berada dalam pengembaraan dan dengan 3D penonton akan berada dalam kembara tersebut.

"Kami merupakan pengasas dalam sentuhan ini. Kami merupakan produksi live-action yang membawa kamera sensitif ini ke lokasi bergerak. Secara normal, filem skala 3D ini dilakukan di pentas atau dirakam dalam kaedah 2D sebelum ditukarkan ke format 3D.

"Tetapi kami membawa perkakasan 3D ke dalam hutan, gua dan air terjun. Saya sebenarnya tidak dapat tentukan sama ada kami ini gila atau pengasas. Tetapi kami berjaya dan saya berbangga dengan fakta ini," ujar sutradara, Rob Marshall tentang projek 3D untuk filem Pirates of the Caribbean ini.

Pengarah yang didekati Johnny Depp sendiri untuk projek ini mendefinisikan filem ini sebagai sebuah pengembaraan buat dirinya terutamanya dalam hal 3D. Sewaktu diminta menggambarkan seorang Johnny Depp, jawapan Marshall mudah dan tepat. "Johnny Depp adalah yang terbaik," katanya.

Buat Rob Marshall, kaedah 3D perlu terbatas kepada jalan cerita yang menggambarkan serta bergantung kepada 'dunia yang dimasuki penonton'.

Dalam kes sekuel yang keempat ini, pengarah merasakan bahawa kaedah 3D disediakan sebagai pengangkutan buat penonton untuk masuk ke dalam dunia lanun. Malah dapat mengembara bersama Kapten Jack Sparrow dalam kembara gilanya kali ini.

Menjadikan filem ini lebih manis dan menarik, turut dimasukkan elemen baru dalam pengembaraan para lanun ini dengan kemasukan watak lakonan Penelope Cruz yang merupakan lanun wanita pertama. Dia yang membawakan watak Angelica juga dirasakan sebagai 'lawan' yang ganas buat Sparrow.

Buat aktor paling digemari dan ditunggu-tunggu ramai iaitu Johnny Depp, dia yang membawakan terus legasi karakter Kapten Jack Sparrow menganggap filem ini mudah dicerna.

"Satu hal dalam Pirates 4 ini, saya seperti berhutang dengan para penonton. Pirates 2 dan 3 selama ini cenderung berbelit. Sangat matematik. Ramai yang harus menontonnya dua atau tiga kali untuk benar-benar memahaminya. Tetapi untuk Pirates 4, lebih cenderung kepada filem yang pertama. Lebih berkarakter dan subjeknya lebih kuat. Lebih segar dan tidak terlalu matematik," komentar aktor yang digilai ramai ini.

3x Jer...

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.


Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"


Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"


"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"


Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"


"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."


"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"


"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."


"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak?", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Kesan Meminum Ais

Kesan Minum AIS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah

akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak

yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada

serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...