"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, April 22, 2011

RINGANKAN BEBAN SAUDARA KITA.....!!!!

Buat semua rakan-rakan bloggers tidak kira dari latar belakang mana sekalipun hulurkan sumbangan buat sahabat saya yang kini telah mengalami KOMA hampir 9 bulan akibat kemalangan di Sarawak…..

Beliau juga adalah seorang guru… Semoga sumbangan yang diberikan dapat menambah ringan beban keluarga beliau… Maklumat lanjut sertailah pungutan derma ini di <SINI>

Monday, April 18, 2011

CINTA Kepada Sesuatu Yang Indah


Siapa tidak cinta kepada keindahan? Semua cinta pada yang indah. Cinta kepada keindahan itu terbahagi kepada dua.


Pertama, cinta kepada keindahan yang mampu dijangkau oleh pancaindera – bau, rasa, penglihatan, sentuhan dan pendengaran. Kedua, cinta kepada keindahan yang hanya dapat dijangkau oleh hati.


Cinta yang pertama adalah cinta ‘kelas bawah’ kerana ia dapat juga dijangkau oleh kanak-kanak dan haiwan, tetapi cinta kedua yang hanya dapat dijangkau oleh manusia yang mempunyai mata hati adalah cinta ‘kelas atas’. Mata hati dapat ‘melihat’ yang tersirat daripada yang tersurat, dapat melihat PEMBERI nikmat di sebalik nikmat dan dapat melihat rupa batin di sebalik rupa lahir.


Cinta ini adalah cinta tahap tinggi berbanding cinta yang pertama. Dengan cinta inilah seorang individu akan dapat mencintai Nabi Muhammad s.a.w., para Sahabat dan para ulama ul-amilin. Rijalullah (lelaki-lelaki ALLAH) ini dicintai bukan kerana wajah lahiriah mereka tetapi lebih kerana wajah batin mereka. Keindahan inilah yang menambat orang yang melihat mereka dengan ‘mata hati’, yang tertawan oleh ilmu, didikan dan akhlak mereka yang tinggi dan terpuji, bukan oleh wajah dan susuk tubuh mereka.


Namun mari fikirkan, apalah ilmu, didikan dan akhlak orang-orang yang hampir dengan ALLAH itu jika dibandingkan dengan ilmu, didikan dan sifat-sifat kebaikan yang ada pada ALLAH s.w.t.? Di sudut ilmu sahaja, bukankah ALLAH telah mengingatkan bahawa ilmu seluruh hamba-hambaNYA adalah sedikit berbanding ilmuNYA? Himpunan seluruh ilmu para sarjana dan ulama, hanyalah sekelumit debu saja jika dibandingkan dengan ilmu ALLAH.

FirmanNYA: “Kamu hanya diberi ilmu sedikit sahaja.” (Al-Isra' 17:85)


Oleh yang demikian, semakin ketara keindahan yang bersumberkan daripada manusia dan segala isi alam, maka semakin terserlahlah sepatutnya PENCIPTA keindahan itu – ALLAH. Jika benarlah kita mencintai keindahan, maka kita pasti mencintai ALLAH. Percayalah, yang kita tuju apabila mencintai sesuatu, sebenarnya adalah ALLAH. Segala sesuatu itu sebenarnya hanya jalan untuk menyampaikan pada tujuan – yakni ALLAH.


Sayangnya, ramai manusia hanya kagum dengan keindahan alam (yang memang indah), tetapi terlindung daripada ‘melihat’ keindahan ALLAH yang jauh lebih indah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “ALLAH itu indah, dan cinta pada keindahan.” (Riwayat Muslim)


SUMBER: Buku ‘Tentang CINTA’ karya Ustaz Pahrol Mohd. Juoi

Sunday, April 17, 2011

Bloglist 1 Bulan Bersama Dunialelakimaskulin.Com

Salam Sejahtera semuaa…. Diharapkan sihat dgn kehendakNYA..

Amin….

Ini nak citer kat korang semua ini.. ada rakan bloggers yang berani tag saya.. Hahaha.. apa2pun thanks ya atas tag nyaa… Terima kasih wahai cik sea_lavender


Haaa.. kat atas ni la Header Blog yang nak wat Bloglist tu.. Hehehe.. Dunia Lelaki Maskulin.. Arakiannya, memang saya selalu terjah blog ini.. Ala baca-baca isu mengenai dunia maskulin kan.. Hehe.. Dah fevret saya selalu beli dan baca majalah maskulin.. so, sebab tu saya selalu singgah ini.. Hehehe… Ok.. Kalau kamu orang nak tau Maskulin itu dianggap khas tuk laki-laki sahaja.. Secara umumnya, Maskulin itu adalah sesuatu atau seseorang yang memiliki sifat-sifat kejantanan, baik rupa, kepribadian, perilaku, pekerjaan, benda atau lainnya. Oleh itu, saya memang suka baca info yang diketengahkan oleh blog DLM ini.. Sebab isu dia memang mengenai dunia lelaki maskulin pada masa sekarang ini.. Lebih-lebih lagi dalam kategori lelaki dan kesihatan, Fesyen lelaki maskulin, Rahsia lelaki, dan yang paling saya suka baca ialah tips Fitness… Biasalah lelaki ini memang suka menjaga badan.. Macam saya.. saya suka jaga badan dan pemakanan… Nak dapatkan bentuk badan yang tough so kena la usaha selalu tuk buat workout….

Oleh itu, Nak tau lebih lanjut mengenai segmen ini sila terjah <SINI>…..

Cannot Deliver Water Promise... Apa Nak Jadi Dah.. !!


Lagi2 Isu Air.. MP Beaufort, sudah sebatikah dengan laporan-laporan HOTLINE seperti ini? Keratan akhbar hari ini Daily Express 17hb April 2011

Beginilah isu air yang sentiasa berlarutan di daerah Menumbok, Kuala Penyu dan Beaufort… Huhuhu… Tak tahu apa lagi usaha penduduk setempat nak buat.. Pelbagai rungutan, aduan, rintihan telah dibuat.. Tetapi hasilnya tetap sama… AIR BERSIH MASIH TIADA….

Kalau korang nak tau.. Kami di sini menggunakan air hujan sahaja tuk mandi, air minum dan pelbagai kegunaan lagi..

Inilah mimpi ngeri yang dihadapi oleh penduduk di sini… Dah berpuluh-puluh tahun tak pernah selesai…

Saturday, April 16, 2011

Hakikat Hidup Pasangan Berlawan



Pertelingkahan tidak akan membawa perubahan yang positif kepada mana-mana aliran pun. Kanan atau kiri, itu pilihan masing-masing dan tiada paksaan untuk itu semua. Sekiranya orang atas memulakan sengketa, akibatnya orang bawah akan berdepan dengan masalah besar yang tiada tahu bila selesai episod ceritanya!!

Dalam dunia

Tiada satu pun dari semua benda

Yang di wujudkan Tuhan

…. Tanpa pasangannya

Setiap satu dari seluruh benda

Tak kira yang bernyawa atau yang tiada

Wujud berteman berlawan

Ini bermakna

Kita semua saling bersama

Lupakanlah hal sakit asbab cubit-mencubit

Kerana sakit paha kanan, hanya kanan tahu akan sakitnya

Hairan sekali, mengapa kita tak mampu bersatu

Dalam dunia yang haru-biru

Dinding tembok kulihat

Di conteng cek orang berwatak dungu

Lupakah kalian akan sesuatu

Lihat ke bait atas mula kataku

Kita wujud dalam dunia berpasang-pasangan

Kewujudan kita akan kembali dilenyapkan

Apabila detik itu telah sampai

Hidup yang tak pernah patah dahulu itu

Bakal patah jua, lalu sekarang kita mahu memikir apa ??

Jawablah sesuatu dari hati luhur

Bukan dari fikir sehancing air dan sebusuk angin

Yang keluar dari lubang qubul dan dubur !!

Friday, April 15, 2011

Syirik Cinta

“Aku cinta padamu,”

Lafaz cintaku untuk siapa

Demi apa dan mengapa

Bermula dan berakhir di mana ?

Cintaku istimewa buat siapa ?

Pernahkah diriku memasang niat

Menyintai dia demi Dia Yang Esa ?

Andai tiada

Beringatlah sentiasa

“Syirik Cinta”

Juga menduakan Dia

Murkalah Dia kerananya

P/s : Tanpa sedar kita sebenarnya menduakan Tuhan dengan menyatakan cinta bukan kerana Dia (Allah SWT). Sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dengan fungsi tubuh dan akal maka lengkaplah sifat kita mengikut ketentuan Allah. Persoalannya di sini, kita mencintai siapa sebenarnya ?? Maha Pencipta (Allah) atau hamba Allah (manusia) ?.... Jikalau benar cinta kita kepada dia, bagaimana pula dengan cinta kita kepada fitrah kita (kehendak lelaki kepada wanita, sementara wanita berkehendak kepada lelaki) ?.. Kedua, adakah fitrah mencintai seseorang itu kerana Allah semata-mata atau sekadar mengikut hawa nafsu kita kepada mereka ?... “Syirik Cinta” menjawab persoalan bahawa dalam tak sedar kita sebenarnya menduakan Allah SWT. Begitulah adanya……

Kita Sebenarnya.....

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari drpd 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari drpd 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???



WALLAHHUALLAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...