"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, July 8, 2012

SELAMATKAH BERCINTA DI ALAM MAYA ??



Ramai orang terpedaya untuk memulakan hubungan dengan kenalan alam maya kerana terpengaruh dengan imej baik yang sengaja dicipta dan ditunjukkan – Gambar hiasan




Kes pasangan bercinta melalui alam maya bukan lagi isu biasa. Isu ini ada pro dan kontranya.

Realitinya, individu tidak kira lelaki atau wanita mudah terpedaya dengan cinta alam maya kerana mereka ini terlibat dengan perhubungan tidak nyata.

Secara khususnya, mereka ini tertipu dengan kebaikan diri pasangan yang tidak dikenali secara zahir dan berterus-terang.

Lazimnya, setiap individu akan berusaha untuk menonjolkan yang terbaik bagi menambat hati rakan baharu yang dirasakan sesuai menjadi teman istimewa.

Hubungan siber jadi lebih indah apabila pasangan baharu untuk memahami kekalutan yang dihadapi, kononnya sedia berkongsi apa sahaja permasalahan.

ZINA SIBER

Terdapat kes pasangan yang bermasalah disebabkan si suami berzina menerusi internet, menggunakan e-mel untuk mengirimkan gambar-gambar bogel kepada pasangan.

Perhubungan bertemu muka tidak berlaku dan sekadar bertukar gambar bogel masing-masing (secara spesifik, gambar alat sulit masing-masing sahaja, tanpa wajah) disertakan dengan ayat-ayat yang merangsang nafsu.

Si isteri yang terjumpa kesemua e-mel itu pastinya tidak dapat bersabar apatah lagi menerima.

Bukan saja suami, satu kes hujung tahun lalu, perkahwinan berusia enam bulan berakhir apabila suami mendapat tahu kerja jahat si isteri bermesej lucah dengan rakan-rakan siber.

Hakikatnya, walau secara siber, tanpa pertembungan dua jasad, arahan syarak agar jangan mendekati zina telahpun berlaku dalam kes-kes di atas.

Bukan saja berdosa, malah ia boleh merosakkan kebahagiaan perkahwinan dan diri sendiri. Mereka yang mendapat kepuasan melalui seks alam siber ini boleh dikategorikan sebagai melakukan onani dan boleh memberikan kesan kepada hubungan seksual suami isteri juga.

BERTINDAK PROFESIONAL

Tidak ada salahnya suka berinternet atau mencari rakan di alam maya, Cuma perlu pastikan anda bertindak profesional dengan menjadikannya sebagai satu kemudahan untuk mempertingkatkan keperibadian dan kecemerlangan, bukan untuk merosakkan diri sendiri dan insan sekeliling.

Internet boleh digunakan untuk memudahkan segala urusan hidup seharian selain dapat merapatkan hubungan suami isteri yang berhubungan jarak jauh malah suami isteri yang tinggal serumah.

Ikhlaskan niat anda untuk menggunakan kemudahan teknologi yang ada ini dan berusaha untuk tidak merenggangkan hubungan suami isteri atau keluarga. Pastikan biar apa jua yang dilakukan, pasangan dan anak-anak lebih diutamakan.

Anda juga boleh berkawan semula dengan bekas kekasih atau bekas pasangan anda di alam maya. Tiada masalah kerana perpisahan yang berlaku dalam hubungan cinta atau perkahwinan bukan satu alasan untuk terus memutuskan silaturahim.

Apa yang penting adalah anda perlu bijak dalam berkomunikasi dan tidak melampaui batas sebagai seorang rakan semata-mata. Pastinya anda tahu menghargai individu yang lebih utama dalam hidup anda.

Kalau daripada kawan boleh menjadi kekasih, kenapa tidak kekal berkawan selepas kasih berakhir?

Perlu profesional dalam berkawan, bukan hanya kerjaya.

Bagi pelayar laman-laman jalinan sosial ini, anda perlu ikhlas dan fokus terhadap tujuan anda melayari laman tersebut. Jangan saja-saja melayarinya tanpa matlamat.

Kalau nak cari kenalan, pastikan hubungan betul-betul berjalan dalam keadaan yang dibenarkan oleh syarak dan moral masyarakat yang lazim bukan yang luar biasa hingga meminggirkan amalan budaya tradisi.


Saturday, July 7, 2012

Mulianya Sifat Haiwan Ini...




SubhanAllah!!! Seems like this crow is smarter than most of us!! :D
Let’s keep ourselves and our surroundings clean because:

à“CLEANLINESS IS HALF OF FAITH…”

~Said the Messenger of Allah – SallAllahu ‘alyhi wassalam-
(Recorded in Sahih Muslim 2:432)

Tuesday, June 12, 2012

Tersalah Ayat Punya Hal...




Seorang jejaka yang tak berapa kacak bernama Saadon ingin meng’ayat’ kekasihnya bernama Rozana supaya dia dapat tidur dengannya…

Saadon : Awak, saya ada satu teka-teki ….
Rozana : Apa dia?
Saadon : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?
Rozana : Ish, tak tau lah, I give up.
Saadon : Itulah cinta saya pada awak ....
Rozana : Betul ke... he he he. (rasa bangga)
Saadon : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ini ?
Rozana : Bole, tapi awak kena jawab teka-teki saya dulu.
Saadon : Ok
Rozana : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?
Saadon : Emm.., tak tau lah.
Rozana : Itulah tapak tangan saya (lalu Rozana melempang muka Saadon dan terus berlalu pergi). 

Saturday, June 9, 2012

Seri La Pulak... !!



Fuhhh… gila la aura EURO 2012 ni… Tak sangka boleh menyebabkan aku jugak terpengaruh tuk menontonnya… Aku sokong Sepanyol… hahaha… Apa-apapun semua itu tak leh dijangka sapa yang akan menang… Sebab bola itu kan bulat… hahahaha…

Malam ini perlawanan Group A antara Poland VS Greece…. Nampaknya seri la perlawanan dari Group A malam ni 1-1….

Hurmm apa g.. jom tidoq laaa.. mengantuk dah.. Esok aku nk bangun awal nk solat subuh.. lepas tu menunggu sarapan dari member aku.. dia kata nk buat nasi lemak.. hihihi.. n then lepas ni nk amik pasport yg aku RENEW... dah nk tamat tempoh pada 13 Januari 2013... So kena la RENEW awal.. sbb.. aku nk p Melbourne dan Sydney bulan 11 ni.. So, 6 bulan sebelum tamat pasport tak boleh kuar negara dah.. sbb tu RENEW... So, esok nk beli peti sejuk kecik tuk simpan d dlm pejabat asrama aku.. hihihi.. HAK MILIK PERSENDIRIAN tauuuu hahahaha...

Ok aku dah nk beradu dah ni... hurmm Zzzzz.... 

Jawapan Yang Sangat Bernas... :-)


“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?”....
“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak....”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu...”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah s.w.t”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah...”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tengok perlawanan bola dalam TV ?”
“Pernah.... selalu...”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la...”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak...?”
“Memanglah tak da... tapi itukan gambarnya ada...”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola... betul tak?”
“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu...”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yang ada hanya wayar je berselirat..”
“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm... jadi tak peliklah ni..?”
“Ya... tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah s.w.t, walaupun dalam Kaabah tak ada Allah...”

Friday, June 8, 2012

Cara-Cara Cover Malu


Cara2 Cover Maluuuu...



1. Kalo tersepak batu : 
Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal :
Cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga : 
Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang : 
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas : 
Jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop : 
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin : 
Tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Ada-Ada Saja !!!!


Rajin Bercakap, Rajin Bekerja
BAGUS SEKALI

Rajin Bekerja, Malas Bercakap
KENA BULI

Malas Kerja, Rajin Bercakap
WAYANG CINA

Malas Bekerja, Malas Bercakap
TAK GUNA

Malas Bekerja, Suka Mengadu
NYANYUK

Malas Bekerja, Selalu Ponteng
BAIK BERHENTI

Malas Bekerja, Suka Menyibuk
BAIK MATI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...