"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, September 9, 2011

Persiapan Ulang Tahun 9/11 ......

Beberapa pekerja mengubah kedudukan lampu dalam ujian persembahan cahaya di New York, kelmarin



NEW YORK : Beberapa ujian dilakukan oleh sekumpulan pakar cahaya di tapak bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) bagi membuat persembahan sempena dengan ulang tahun kesepuluh serangan pengganas yang berlaku di sini.

Ujian itu dilakukan menjelang sambutan ulang tahun serangan tersebut yang akan disambut pada Ahad ini.

Dalam serangan pengganas itu, bangunan WTC runtuh akibat dirempuh oleh dua pesawat yang dirampas pengganas sehingga mengakibatkan 2,753 orang terbunuh pada 11 September 2001.

Serangan itu kemudian dikenali sebagai 9/11.

Seorang penerbit terater yang mengendalikan acara persembahan cahaya itu, Michael Ahern berkata, apabila lampu tersebut bercahaya, ia akan memberikan suasana yang amat indah.

Sementara itu, kebimbangan rakyat Amerika Syarikat (AS) berhubung satu serangan pengganas semakin berkurangan.

Maklumat didedahkan dalam satu tinjauan pendapat yang disiarkan semalam.

Seramai 36 peratus responden menyatakan mereka berasa amat bimbang bahawa akan berlaku satu serangan pengganas.

Serangan pengganas itu didakwa dirancang oleh bekas Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden sehingga dia menjadi orang paling dikehendaki oleh AS.

Namun, Osama mati ditembak anggota komando AS di bandar Abbottabad, Pakistan di sebuah rumah persembunyian pada 2 Mei lalu semasa berusia 54 tahun.

P/S : hurmmm sapa la sebenarnya pengganas yer… tau2 jer la.. tepuk dada tanya selera.. Huhuhu

Wednesday, September 7, 2011

Kibar Bendera FILIPINA di Ambang Merdeka ??

Apa kibar bendera Filipina, Eh biar betul ???

Sebenarnya saya terbaca artikel ini dari laman ini di laman www.sabahkini.net.

Gambar pertama bertarikh 25 Ogos 2011 telah diambil oleh pengarang di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu yang menunjukkan bagaimana perangai pemandu bas mini dan “penghormatan” yang diberikan kepada “Jalur Gemilang” yang keadaannya comot dan koyak rabak.

Manakala gambar kedua yang pengarang artikel tu ambil pada 26 Ogos 2011 di Jalan Tuaran – Simpang Jalan Pasir yang menunjukkan pula penghormatan pemandu bas mini kepada bendera Filipina, dengan niat melakukan provokasi di saat kita berada di ambang kemerdekaan. Nampaknya keadaan bendera mereka kelihatan bersih pula.

Kini timbul beberapa persoalan. Bagaimana kita boleh mengambil tindakan terhadap “penghinaan” yang diberikan ke atas Jalur Gemilang serta sentiment kewarganegaraan ? Siapakah sebenarnya pemandu bas mini ini ? apakah kerakyatan mereka ? Bagaimana mereka boleh mendapat lessen pengangkutan penumpang ?

Saya semakin risau kerana merasakan Sabah bukan negeri kita lagi !!!

Salam Hormat

P/S : Kalau korang nak tahu bendera yag di atas tu ialah bendera Wilayah Persekutuan Labuan, tetapi sengaja memaparkan tulisan asal untuk menunjukkan kurangnya pengetahuan tentang bendera di Malaysia dan semangat nasionalisme yang fanatic, apatah lagi ada trauma berhubung masalah PATI di Sabah… Hehehe… Ok, jelas yer.. Bendera kat atas tu adalah Bendera Wilayah Persekutuan Labuan… Hehehe


Lawak 1 : Hassan Naik Motorsikal

Hassan penternak itik yang berjaya. hasil pendapatannya yang pertama Hassan membeli sebuah motorsikal. Apabila Hassan menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Zamri pun menegur, “Oii.. Hassan, gunalah gear dua, tiga atau empat.” Hassan menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Hassan. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei…. kenapa belum jalan ?” “Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Hassan memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Hassan kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Hassan?” tanya polis. “Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”

Pssttt : Hahahahaa…. Ada ke patut boleh lupa… Memang tak patut laaa…

Tersalah Ayat Punya Hal......

Seorang jejaka yang tak berapa kacak bernama Saadon ingin meng’ayat’ kekasihnya bernama Rozana supaya dia dapat tidur dengannya.

Saadon : Awak, saya ada satu teka-teki…..

Rozana : Apa dia ?

Saadon : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Rozana : Ish, tak tau lah, I give up.

Saadon : Itulah cinta saya pada awak…

Rozana : Betul ke… he he he. (rasa bangga)

Saadon : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni ?

Rozana : Boleh, tapi awak kena jawab teka-teki saya dulu.

Saadon : Ok

Rozana : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap ?

Saadon : Emm, tak tau lah.

Rozana : Itulah tapak tangan saya (lalu Rozana melempang muka Saadon dan terus berlalu pergi)…

Hahahahahaah… Tu laaa.. Len kali jangan buat lagi…..

Saturday, September 3, 2011

Mana Penting Rakyat Miskin, Tambah Isteri....

Pokhing dengar khabar di Kelantan kerajaan negeri nak beri bantuan kepada lelaki yang nak tambah “cawangan” terutama jika nak berkahwin dengan ibu tunggal. Bentuk bantuan belum ditentukan sama ada dalam bentuk kewangan atau cara lain.

Alangkah bahagianya lelaki Kelantan, sudahlah dapat tambah bini, dapat bantuan pulak tu. Kepada suami di negeri lain tak jealous ke ?

Sejak isu itu disebarkan melalui media pelbagai polemik timbul di kalangan orang ramai, ada yang menyokong dan ada yang menghentam. Kepada kaum wanita pasti mereka menghentam habis-habisan manakala kepada kaum lelaki ada yang terdiam diri walaupun berminat dan ada yang terus terang menyokong.

Kepada Pokhing, dalam soal perkahwinan jangan jadikan alasan kononnya ramai ibu tunggal perlu bantuan dan juga untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat dalam masyarakat. Alangkah terdesaknya alasan berkenaan.

Dalam soal perkahwinan sama ada pertama kali atau kali seterusnya, pokok yang perlu difikirkan ialah kemampuan. Jika seseorang tidak mampu dari segi zahir dan batin mereka tidak diwajibkan berkahwin. Tidak berkahwin itu bukan satu dosa dan tidak masuk neraka sekiranya ada yang membujang sampai mati.

Perkahwinan dalam Islam adalah digalakkan atas beberapa perkara termasuk untuk menambahkan zuriat, mengelakkan daripada melakukan maksiat dan mengeratkan hubungan di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

Pokhing tidak tahu tujuan sebenar Kerajaan Negeri Kelantan yang mengeluarkan isu berkenaan. Mungkin untuk memancing undi atau mereka yang mengeluarkan pendapat berkenaan ingin popular.

Memang tidak dapat dinafikan, membantu orang yang ingin mendirikan masjid sangat besar pahalanya dan digalakkan oleh Islam. Tetapi bagaimana selepas perkahwinan itu berlaku soal kebajikan zahir dan batin tidakkah juga diwajibkan oleh Islam.

Banyak sangatkah wang Kerajaan Negeri Kelantan untuk membiayai perkahwinan berkenaan. Atau pemerintah negeri Che Siti Wan Kembang itu sudah menjalankan tugas kebajikan sepenuhnya terhadap rakyat seperti air, bantuan persekolahan, kemiskinan dan lain-lain lagi.

Pokhing lebih suka melihat kerajaan Tuan Guru Nik Aziz. Lebih menumpukan kepada perkara yang lebih utama lain. Ramai berpendapat bantuan kepada suami untuk tambah isteri bukan suatu keutamaan.

Walaupun dalam banyak ceramah politik, kebanyakan pensyarah mengatakan Kelantan lebih baik daripada dulu, tetapi mereka tidak pernah menafikan masih ramai rakyat Kelantan yang miskin dan berada di bawah garis kemiskinan berbanding negeri-negeri lain.

Kalau dengan bantuak kepada lelaki untuk tambah isteri dapat mengeluarkan rakyat Kelantan daripada garis kemiskinan Pokhing sangat bersetuju. Tetapi jika ia hanya sekadar acah-acah penyedap mulut lebih baik tumpukan kepada persoalan lain yang masih banyak perlu dibuat.

Cuba kita tanya wanita negeri Kelantan, adakah mereka bersetuju cadangan Kerajaan Negeri Kelantan itu. Jangan tanya wanita Arqam kerana mereka lebih redha suami kahwin lebih daripada satu dan baru-baru ini ada satu pertubuhan buka persatuan isteri taat suami.

Pokhing yakin dariapda 10 wanita ditanya cadangan berkenaan pasti tidak ada seorang pun yang bersetuju, tetapi jika tanya lelaki sembilan daripada 10 akan bersetuju..

LINK

Friday, September 2, 2011

Berfikirlah....

Tatkala bibir berkata-kata mengenai PENGORBANAN….

“Hidup memerlukan Pengorbanan,

Pengorbanan memerlukan Perjuangan,

Perjuangan memerlukan Ketabahan,

Ketabahan memerlukan Keyakinan,

Keyakinan pula menentukan Kejayaan,

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”

Fikirlah....

“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.”



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...