"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, July 23, 2011

Berani Mati Menyelam di Mulut Ikan Yu Gergasi

SEORANG penyelam berada dekat mulut seekor ikan yu gergasi di luar pantai Isla Mujeres, Mexico baru-baru ini.



BANDAR RAYA MEXICO - Seorang penyelam bertindak berani dengan menyelam dekat mulut seekor ikan yu gergasi di luar perairan Isla Mujeres, di Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej penyelam itu dirakamkan oleh seorang jurugambar, Mauricio Handler.

Handler menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk merakamkan gambar yang menakjubkan di dasar laut.

Ikan yu gergasi mempunyai mulut selebar 1.5 meter dan 350 barisan gigi.

Panjang haiwan itu boleh mencecah lebih 12.65 meter manakala beratnya lebih 21.5 tan.

Namun, ia tidak berbahaya kepada manusia. - Agensi

Bencana Lidah

Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.


Allah telah berfirman:


"Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji." (Surah l-Maidah : 1)


Allah s.w.t. telah memberikan setinggi pujian ke atas Nabi Ismail a.s. di dalam kitab-Nya yang mulia dengan firman-Nya:


"Sesungguhnya dia (Ismail) adalah benar janjinya." (Surah Maryam : 54)


Apabila Saiyidina Abdullah bin Umar telah hampir menemui ajalnya, beliau berkata: "Sebenarnya dulu ada seorang Quraisy telah meminang puteriku, dan aku telah mengikat suatu perjanjian untuk menikahkan puteriku itu kepadanya. Demi Allah aku tidak gemar menemui Tuhan, sedang sepertiga dari sifat nifaq itu ikut bersama-samaku. Oleh itu saksikanlah, bahawasanya aku telah menikahkan si Fulan itu dengan puteriku."


Diceritakan dari Abdullah bin Abul-Khansa’, katanya: "Saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diangkat menjadi nabi. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat yang telah dipersetujui, tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan juga esoknya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga, dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya. Bila saya sampai, maka baginda berkata:


"Wahai pemuda! Engkau telah menyakiti aku dengan janjimu, sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu."


Ibnu Mas’ud r.a. pula bila berjanji, niscaya dia akan berkata: "InsyaAllah."


Cara beginilah yang lebih baik. Sesudah berkata InsyaAllah, jika ia memang faham bahawa menepati janji itu adalah wajib, maka hendaklah ia menepati janji itu, kecuali jika dihalangi oleh keuzuran. Akan tetapi jika ketika membuat janji itu, hatinya telah bertekad untuk memungkirinya.


Maka itulah yang dinamakan sifat nifaq.


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri dan bila menerima amanah dia khianati."


Sabda Baginda yang lain:


"Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga dia menjauhinya lagi: Jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mungkiri, jika membuat pengakuan dia belot dan jika menuntut dia curang."


Sifat-sifat ini hampir-hampir tertimpa ke atas orang yang ketika berjanji, dia siang-siang telah berazam untuk menyalahi janjinya ataupun yang memungkiri janji tanpa apa-apa keuzuran.


Adapun orang yang berazam untuk menepati janji, tiba-tiba tanpa disangka-sangka pula timbul suatu keuzuran yang menghalangnya dari memenuhi janjinya, maka orang itu tiadalah terkira seorang munafik meskipun pada lahirnya sifat kemunafikan itu berlaku atas dirinya.


Namun sebaik-baiknya, hendaklah dia cuba menghindarkan diri dari terkena sifat kemunafikan itu sebagaimana dia menjauhkan dirinya dari hakikat kemunafikan juga; iaitu
apabila berjanji, cari jalan supaya keuzuran tidak akan berlaku tanpa ada sebab yang benar-benar dharurat.


Sahabat.. ketahuilah. Apabila dimungkiri, ia sakit dan pedih. Jadi hindarilah dari memungkiri janji.

Saturday, July 16, 2011

Hari Keluarga Kelab Guru SMK Menumbok

Hari ini hingga esok aku dan rakan-rakan guru akan berada di Binsulok Beach Resort.. Ini adalah program dari Kelab Guru khas tuk guru-guru SMK Menumbok.. Yang aku guru baru ini pun join.. Lagi pun baru jer di lantik menjadi Timbalan Bendahari.. So, kutip-kutip duit laaa… haha..

Ohh ya program ini akan mengambil masa selama 2 hari 1 malam… Guru-guru yang dah berumah tangga mereka semua tinggal di chalet dengan harga RM70 – RM110.. So, saya dan guru-guru bujang yang lain yakni guru-guru bujang lelaki survive sendiri.. haha.. bawa khemah or tido dalam dewan or surau jer.. hehe jimat katakana… hahahaha…

Banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan khas tuk guru-guru.. Antaranya perlawanan futsal guru lelaki antara guru bujang dengan guru berkahwin.. Perlawanana Bola Tampar antara guru-guru perempuan, membuat sand castle khas tuk anak-anak guru dan treasure hunt, pertandingan tarik tali di dalam air laut, aktiviti memancing, aktiviti menuntul (mencari siput/tuntul), aktiviti memasak… Haaaa aktiviti memasak ini dilakukan oleh guru-guru lelaki.. guru-guru perempuan hanya sediakan bahan-bahan jer n guru lelaki yang memasak… Hahahaha.. habis laaa.. kalau terlebih garam, or terkurang jangan bising yaaa.. diam2 jer.. redha jer dengan masakan dari air tangan guru lelaki… hahahaa…

Rasanya.. program ini akan happening coz guru-guru dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim dengan guru-guru yang lain.. sama ada yang dah berkahwin or yang bujang…





Thursday, July 14, 2011

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.


Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:


"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."


Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?


Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :


"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)


MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..


Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"


Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.


Apa kata Allah dalam hadis tersebut?


"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"


Maka Jibril pun membuat pengumuman :


"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."


Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.


Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.


Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.


Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?


Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

Wednesday, July 13, 2011

Trip Ke Pulau Mantanani II

Gambar-gambar ini adalah kesinambungan daripada gambar sebelum ini… So, hayatilah panorama indah di Pulau Mantanani di Daerah Kota Belud, Sabah








Monday, July 11, 2011

Trip To Mantanani Islands...

Ohhh.. aku masih tidak dapat melupakan keindahan Bentuk Muka Bumi dasar laut PULAU MANTANANI yang memukau sesiapa sahaja yang mengunjungi pulau ini…

Masih boleh kubayangkan keindahannya yang terlalu menenangkan jiwa sesiapa sahaja… Really… Kalau korang tak percaya pergilah bercuti ke Pulau Mantanani yang berada di Koordinat blaa.. blaa.. blaaa.. Kota Belud, Sabah.. Hehehe…

Tapi aku berasa menyesal sebab tidak join rakan2 guru ku membuat lesen menyelam… Huhuhu.. Arghh betapa ruginya diri ini tidak dapat mengecapi pemandangan di dasar laut yang mempunyai pelbagai jenis hidupan yang pelbagai bentu… Huhuhuhu….

Insyaallah.. dalam masa terdekat ini akan saya kunjungi lagi Pulau Mantanani…

Ini adalah sedikit sebanyak gambar yang sempat saya ambil di pulau mantanani






Gambar2 lain akan myusul hehe

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Malaysia !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Selamat pagi semuaa…..

Hari ini Sabtu, patutnya bercuti tetapi rasa-rasanya semua sekolah di Malaysia bersekolah hari ini..

Apa tidaknya hari ini adalah pelancaran Larian 1 Malaysia iaitu Larian 1 Murid 1 Sukan.. Semua sekolah menyahut seruan kerajaan ini.. Guru-guru dan semua pelajar di kehendaki berlari bersama-sama bagi menyahut seruan kerajaan ini.. Huhuhu.. Letihnya..

Yang tak bestnya.. sekolah aku ini tak pulak bercuti pada hari isnin… Tetapi ada pulak sekolah kawan-kawan saya bercuti pada hari isnini… Wah bestnya.. Apa leh buat.. Ikut orang atasan laaa.. bila orang atasan kata cuti.. cuti laaa.. kalau tiada, telan liur jer… Huhuhu

Ok la sekejap lagi dah nak bersiap sedia p sekolah… k Salam…

Jom berlari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...