"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, June 3, 2011

Malam Ini IMAM MUDA mana yang Tersingkir ??

Malam ini tengok program Imam Muda… Hurmm best la jugak tengok imam muda ini.. Sebenarnya saya ini jarang la jugak nak nonton rancangan televisyen ni.. Asyik duk tercegat kat depan laptop je n workout.. Itu je la rutin harian saya selalu..

Ntah tiba-tiba malam ini nonton Imam Muda.. Sebenarnya bukan apa.. Parents saya tengok rancangan itu.. so just follow them laa.. hurm.. Emosi jugak la parents aku tengok imam muda itu.. Haha.. Ibu aku emosi time tengok penyingkiran itu.. Ibu aku kata.. jangan la singkir.. biar la imam-imam muda itu belajar lagi…. Hahaha.. Aku tengok gelagat ibu aku terus tergelak…. Sebab apa.. Imam Muda yang terkeluar itu adalah anak kawan ibu saya… Hehehe

Imam Muda Ali


Imam Muda Fadli


Haaa.. malam ini yang Imam Muda yang terkeluar ialah Imam Muda Ali dari Sabah dan Imam Muda Fadli dari negara Brunei Darussalam… Rupa-rupanya minggu ke-6 ini baru ada penyingkiran.. So, selama 5 minggu berlangsungnya Imam Muda ini tiada penyingkiran.. Tetapi, di minggu ke-6 ini 2 orang pulak yang tersingkir..

Apa-apapun diucapkan tahniah buat Imam Muda Ali dan Imam Muda Fadli sebab berjaya meneruskan pengajian di Imam Muda selama 6 minggu.. Moga mereka berdua banyak belajar…. Kecemerlangan masih menunggu mereka di hadapan.. Moga mereka semua sentiasa cemerlang.. Amin..

Thursday, June 2, 2011

Kerdilnya aku Mesyuarat di PPD Tadi Pagi...

Salam semuaa….

Hari ni aku kepenatan sangat.. dah la balik dari meting di PPD tadi jam 3 petang.. Huhuhu.. Patutnya yang menghadiri meeting di Pejabat Pendidikan Daerah itu adalah Pengetua dan PK Pentadbiran.. Akhirnya kemarin petang aku dapat calling dari PK Pentadbiran suh aku ganti tempat dia di meeting tersebut… Huhu..

Korang tau betapa kerdilnya aku duk meeting bersama-sama dengan pengetua / guru besar dan PK Pentadbiran setiap sekolah rendah dan menengah… Aku yang baru lima bulan bergelar guru ini rasa rendah diri sangat-sangat..

Tapi aku tak kesah.. yang penting hari ini aku banyak belajar dari mereka.. semuanya mengenai HRMIS… Iaitu Human Resource Management Information Systems… Haaa itulah agenda meeting pada hari ini… Biarpun penat hadiri meeting tetapi berbaloi.. Guru-guru lain bercuti aku pulak p meeting bersama-sama dengan sorang lagi rakan guru dari sekolah aku iaitu Cgu Felicity…

Tadi hampir semua pengetua / guru besar dan PK Pentadbiran mengemaskini data dalam HRMIS… Tapi, aku pulak baru nak masuk dalam Laman HRMIS itu dan ingin mengemaskini data tiba-tiba aku tak leh masuk.. coz tiada data id aku.. Huhuhu sedihnya.. Rupanya.. aku guru baru ini belum ada data aku lagi.. So, kena sabar menunggu jer laa.. Tapi tadi aku dah suh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri itu suh masukkan data-data aku.. So, tunggu jer laa huhuhu… Sabar menanti…


Buka sekolah nanti, nak bagi tau kat semua guru-guru sekolah serta KTBM sekolah, mereka semua kena patut kemaskini data mereka dalam HRMIS.....

Apa-apapun pengalaman hari ini amat berguna tuk aku biarpun aku ni masih bergelar guru baru.. Hehehe…

Menanam Benih-Benih Muda Keemasan

Sebelum kita memperbaiki orang lain hendaklah kita memperbaiki diri kita terlebih dahulu, wahai para pendidik! Lakukanlah kebaikan di hadapan anak didik kita dan tinggalkanlah keburukan. Perilaku yang baik dari para pendidik dan orangtua di hadapan anak-anak merupakan pendidikan yang paling utama.


Maka yang wajib dilakukan (oleh orangtua dan pendidik) antara lain:

1. Mengajarkan anak mengucapkan Laa ilaaha illallah Muhammadur rasulullahdan memberikan pemahaman tentang maknanya ketika mereka dewasa (telah mampu diajak berpikir, serta membezakan baik dan buruk -red muslimah.or.id), yaitu: “Tidak ada Ilah (Penyembahan) yang berhak diibadati atau diperbuatkan ibadat kecuali Allah semata-mata kepada Allah SWT.”

2. Menanamkan rasa cinta kepada Allah dan keimanan kepadaNya ke dalam hati anak, bahawasanya Allah adalah Zat Yang Menciptakan kita, Pemberi rezeki, Penolong kita dan tidak ada sekutu bagiNya.

3. Memotivasikan anak untuk mengejar atau mancapai syurga, bahawasanya syurga itu diperuntukkan bagi orang-orang yang solat, puasa, mentaati kedua orang tua dan mengamalkan perbuatan yang diredhai Allah serta memperingatkan mereka tentang neraka yang diperuntukkan bagi orang-orang yang meninggalkan solat, derhaka kepada orang tua, melakukan perbuatan yang membuat Allah murka, berhukum dengan selain syariat Allah SWT, memakan harta manusia dengan cara menipu, berdusta, riba dan yang lainnya.

4. Mengajarkan anak agar sentiasa berdoa dan memohon pertolongan hanya kepada Allah. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam kepada anak saudaranya:

5. إذَا سَأَلْتَ فَسْأَلِ اللهَ وَ إذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.

Ertinya: “Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan maka pohonlah pertolongan kepada Allah.”(Hadits riwayat At-Tirmidzi dan dia berkata “hadis hasan shahih”)


By Menuru Redha Ilahi

Isteri Derhaka

Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”


Huraian

1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.


2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)


3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.


4. Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).

Maafkan Saya

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Wednesday, June 1, 2011

Menu Aku Malam Ini...

Selamat Malam semua… Korang dah dinner ke ???

Haaa… Saya dah dinner tadi jam 7 malam.. Kat Sabah ini dinner kena la awal.. Hehehe.. Dinner malam ini just makan seketul Paha Ayam dan 1 packet susu W.O Protein.. Hehe.. Iyalah tadi petang dah guna banyak tenaga berjoging lebih 6 km lepas itu buat workout dalam 1 jam.. cukup la kan rutin harian sebegitu…

Haaa… Korang tengok la ayam yang aku masak dalam microwave oven tu.. Masak stim ke tu ?? hahaha… Itu jak la aku makan hari-hari.. Nasib baik tadi pagi aku p beli-belah kat pasaraya… Beli paha ayam 3 kg, Susu Yogurt 6 botol dan telur 3 kotak… Tu semua tuk menu aku hari-hari… Aku just amik nasi (carb) pada waktu lunch jer…

Haaa… ini lah susu yang selalu aku minum.. Aku beli susu W.O Protein ini just RM115 sekotak yang mengandungi 30 packet. Lebih murah dari GNC.. Hehehe.. Tapi Lepas habis susu ini aku nak cuba minum susu protein lain iaitu Serious Mass… Rasanya dah betul-betul focus pada jaga badan.. Harap-harap azam tahun ni tercapai.. Amin…

Alkisah Mat Punk

sekadar gambar hiasan


Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...


Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...


Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"


Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..


dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."



p/s: Layan.....umpama mimpi dalam mimpi Hehehehe…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...