"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, May 6, 2011

Cinta Palsu


Mereka berbicara tentang cinta...

Meluahkan segenap isi hati...

Kononnya cinta itu berkekalan sampai mati...

Sedangkan tiada ikatan yang menghalalkan...

Saling bersentuhan penuh kemesraan...

Kononnya ingin membuktikan kecintaan...

Batasan aurat hanyalah sebuah tanggapan...

Tidak salah jika ditinggalkan...

Dua insan lalu melayari bahtera cinta...

Yang nakhodanya si syaitan durjana...

Layarnya dari nafsu yang dicela...

Hanyutlah mereka ke lautan kemaksiatan...

Hukum Tuhan tidak lagi dipedulikan...

Yang difikirkan hanyalah kenikmatan...

Setelah madu puas dimamah...

Yang dibuang hanyalah bayi tidak bersalah...

Itulah cinta palsu...

Cinta yang bukan lahir dari jiwa hamba...

Yang bukan lahir dari rasa berTuhan...

Melainkan hanyalah dari bisikan syaitan...

Namun Tuhan itu Penerima taubat...

Bagi hambaNya yang bergelumang dosa...

Raihlah kembali Cinta Tuhan...

Kerana hanyalah syurga kenikmatan abadi...

Selagi nyawa dikandung badan...

Selagi matahari terbit dari timur...

Selagi sangkakala belum ditiupkan...

Sedarlah diri raihlah Keampunan Tuhan...

Kehebatan Neraka

Sekadar gambar hiasan


Diceritakan neraka jahanam itu adalah gelap-gelita. tidak ada sedikit pun cahaya dan mempunyai 7 pintu dan pada setiap pintu terdapat 70,000 buah gunung… pada 70,000 gunung itu terdapat 70,000 buah lereng dari api dan dari setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang terdiri daripada api, pada setiap belahannya pula ada lembah dari api..


Diriwayatkan dalam hadis terdapat 70,000 buah gedung daripada api, daripada gedung itu terdapat 70000 bilik api dan daripada bilik api itu terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala jengking.. setiap kala jengking mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor mempunyai 70,000 ruas. pada setiap ruas itu tdpt 70,000 sengat berbisa


Pada hari akhirat nanti, akan dibuka pintu neraka jahannam, maka selepas pintu neraka terbuka maka keluarlah asap datang mengepung mereka diseblah kiri, lalu datang asap mengepung disebelah depan muka mereka serta sekumpulan asap mengepung di atas kepala mereka dan dibelakang mereka..dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil "Ya Tuhan kami, selamatkanlah" diriwayatkan sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : "akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka jahannam, dan neraka jahannam itu mpunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat dan berkenaan dgn malaikat penjaga neraka besarnya ada diterangkan oleh Allah swt dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bmaksud "sdang penjaga nya malaikat-malaikat yang kasar lg keras"

Thursday, May 5, 2011

Pesanan PDRM


Pesanan PDRM :-

Jika anda sedang memandu di waktu malam dan cermin kereta anda dilempar telur ayam. Jangan on wiper @ pancut air. Terus sahaja memandu dengan apa yang mampu dilihat, hingga tiba di tempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur dengan air ia akan jadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan mata kita, yang akan memaksa kita berhenti di tepi jalan dan di situlah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik terbaru yang digunakan perompak... berhati-hati ya…..

(Sebarkan)

10 Cara Mengelak Gangguan Syaitan

Sekadar gambar hiasan


10 PESANAN RASULULLAH

Ada sepuluh pesan Rasulullah saaw yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan ;


1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".

2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".

6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya.

Allah S.W.T Penolong Hakiki

APABILA kita katakan adalah dibenarkan memohon syafaat daripada Nabi SAW, ini tidak menafikan kepercayaan kita dengan keyakinan yang kuat dan lazim, tanpa syak dan ragu bahawa asal sesuatu pertolongan, permohonan, doa dan permintaan itu hanyalah kepada Allah SWT.

Pada hakikatnya, Dialah Maha Penolong, Maha Pembantu dan Mengkabulkan sesuatu permintaan.

Prinsip ini ditegaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah; yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia. (Yunus: 106-107)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (daripada dunia) hinggalah hari kiamat. (al-Ahqaf: 5)

Jadi, segala bentuk ibadah semestinya ditujukan kepada Allah sahaja. Tidak harus sesuatu ibadah itu ditujukan kepada selain Allah SWT, dalam apa jua bentuk sekalipun.

Maka tidak ada nazar yang boleh dibuat kecuali kerana Allah; tidak ada doa yang dipanjatkan kecuali kepada Allah; tidak ada sembelihan yang dilakukan kecuali untuk-Nya; tidak boleh memohon pertolongan dan perlindungan kecuali kepada-Nya; tidak ada sumpah kecuali atas nama-Nya; dan tidak boleh bertawakal atau berserah diri, kecuali kepada Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi daripada apa yang disifatkan oleh golongan yang mensyirikkan-Nya.

Kita mempercayai bahawa Allah adalah Pencipta semua hamba-Nya dan segala perbuatan mereka. Tidak ada satu makhluk pun selain Allah; baik yang masih hidup, mahupun yang telah mati, yang mempunyai pengaruh dan kesan dalam penciptaan tersebut.

Maka Pengurus dan Pentadbir sebenar di dalam alam ini hanyalah Allah SWT. Tidak ada satu makhluk pun yang memiliki dan menguasai walau sedikit kecuali jika Allah memberikan milik dan kekuasaan itu kepadanya dan memberikan keizinan kepadanya untuk menguruskannya.

Tidak ada seorang manusia pun yang mampu memiliki suatu manfaat atau mudarat untuk dirinya. Apatah lagi untuk orang lain, begitu juga untuk mematikan dan menghidupkan atau membangkitkan, kecuali atas apa yang dikehendaki oleh Allah mengikut keizinan-Nya.

Justeru, kemampuan memberikan manfaat atau menolak kemudaratan, semuanya itu dibatasi dengan had ini dan diikat dengan ikatan ini (kehendak dan izin daripada Allah).

Penisbahan atau penyandarannya kepada makhluk, hanyalah sebagai tasabbub (penyebab) dan takassub (pengusaha). Bukannya sebagai pencipta atau yang mengadakan, atau yang mempunyai kesan, atau sebab, atau kekuatan.

Penisbahan atau penyandaran ini pada hakikatnya hanyalah penyandaran atau penisbahanmajazi (simbolik), atau kiasan belaka, bukan menurut hakikatnya.

Namun demikian, manusia berbeza-beza cara dalam mengungkapkan hakikat perkara ini. Ada di antara mereka yang keterlaluan menggunakan dan menggambarkan ungkapan majazisehingga terjerumus ke dalam kesamaran lafaz.

Namun, ia berlepas diri daripada lafaz yang samar-samar dan tidak jelas maksudnya itu dan hatinya juga bersih serta berpegang atas tauhid yang sempurna dan menyucikan Allah daripada segala sifat yang tidak layak bagi-Nya.

Ada pula di antara mereka yang berpegang teguh dengan hakikat lafaz secara berlebihan daripada had sederhana. Maka dengan ini, sampai menyusahkan, membingungkan dan mengusutkan pemikiran orang lain untuk mengikut mereka.

Bahkan, mereka membawa orang lain kepada maksud yang tidak sebenarnya dan memaksa mereka melakukan sesuatu yang tidak diingininya. Lebih teruk lagi, mereka menghukum orang lain dengan suatu hukum yang tidak benar, sedangkan mereka membebaskan diri daripada perkara tersebut.

Sepatutnya, mereka ini mengambil sikap pertengahan, bukan sikap yang ekstrem seperti itu. Maka sikap seperti ini lebih menyelamatkan agama dan lebih berhati-hati dalam menjaga kedudukan tauhid. Wallahu a'lam.

Wednesday, May 4, 2011

CINTA

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sunggupun anda akan berasa seolah-olah anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untok melengkapkan kehidupan ini.

Selamat Pengantin Baru Buat Musuhku UJANG...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Terasa gatal jer jari jemari runcingku ni tuk menulis sesuatu… Hahaha.. runcing la sangat… Sebenarnya gini, saya ingin meminta maaf buat Ujang @ Azfar Roslan.. sebab tak dapat nak attend tuk Majlis Perkahwinannya…

Padahal Ujang ni la musuh ketat dalam dunia blog ni.. haha.. kenal dalam segmen Abg Ben Ashaari laa… Akhirnya menjadi rapat.. tetapi di dalam maya ini sahaja laa.. Saya tak sempat nak berjumpa, berhadapan dengan c Ujang ni.. Ada masa, ada kelapangan dan ada waktu akan bersua juga kan…?? Hehe…

Gambar ini saya curi dari Man Yusoef.. Hehehe


Saya rasa jelez dengan rakan-rakan bloggers berkunjung ke majlis ujang bersama-sama rakan-rakan bloggers yang lain… Waaaaaa….. Nasib baik saya ini jauh di seberang laut China Selatan… Kalau tidak, sayalah insane pertama yang akan datang… hehehe…

Ini pun saya curi dari man yusoef… jeleznya


Apa-apapun saya doakan Ujang dan Isteri sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.. Dunia rumahtangga ini macam-macam asam garamnya… So, hadapilah dunia baru ini dengan tenang dan sentiasalah bertolak-ansur ya Ujang… Hehehehe… Ceh, saya pulak nk bagi nasihat.. padahal saya belum g mengecapinyaa… hehehe.. tak salah kan.. Ujang Tahniah yaaa…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...