"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, May 3, 2011

Kesusahan dan Kegelisahan Dapat Menghapus Dosa


Banyak diantara kita yang merasa sedih dan murung dengan datangnya ujian dalam hidup, sebahagian daripada kita ada yang meronta-ronta dan berteriak di atas musibah yang menimpa diri atau keluarganya. Namun tahukah anda wahai saudaraku sesungguhnya kasih sayang Allah SWT akan hadir disetiap siri kehidupan kita, suka mahupun duka.

Rasulullah SAW bersabda "Seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegelisahan, kesedihan, sakit mahupun dukacita sehingga tertusuk duri sekali pun , dan pasti Allah SWT akan memberi pahala setiap dosa telah yang menimpa " (Mutafaq alaih)

Dalam hadis yang lain, hadis yang dianggap sahih oleh Tirmidzi dan disepakati oleh Syeikh Nasirudin Al-Albani, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Sesiapa redha maka Allah akan meredhainya dan sesiapa murka maka Allah akan memurkainya."

Juga hadis yang diriwayatkan Ahmad dalam Musnad, dianggap hasan oleh Al-Arnauth, " Orang mukmin lelaki dan perempuan akan sentiasa mendapat cubaan baik menimpa tubuhnya, hartanya mahupun anaknya sehingga dia menghadap Allah tanpa membawa dosa."

Sujud Yang Betul Untuk Wanita

Saya kat sini nak bgtau kepada sume2 wanita tentang cara sujud yang betol.

Cara sujud yang betol :-

· Dahi mestilah kene kat sejadah.

· Telapak tangan semestinya sentuh sejadah tu. Maksudnya, perempuan kan pakai telekung kan. Bila sujud, mesti tapak tangan tu akan belapis dengan kain telekung. Tapi sebenarnya KULIT TAPAK TANGAN tu kena sentuh kat sejadah.

Bimbingan Solat

Rukuk yang betul gambar ditengah

Sujud Yang Betul gambar paling atas

Sujud yang betul adalah sujud lelaki berjubah


Duduk yang betul disebelah kiri


Solatlah dalam keadaan menutup aurat


Jangan mendahului imam dalam rukun fekli

Duduklah dengan betul jangan meniru gambar di atas


Rukuklah dengan betul jangan tiru aksi di atas


Solatlah dengan penuh beradab, Jangan tiru perangai-perangai di atas

Pantun Selamat Malam

Berhati-hati ketika pendakian

Terjatuh gaung membawa padah

Selamat malam ku ucapkan

Moga diulit mimpi indah.


Hebat sungguh cerita Predators

Semua pelakon berbakat tinggi

Selamat malam para moderators

Moga ceria di esok pagi.


Di mana tukul dengan paku

Tuan hendak membuat titi

Selamat malam sahabatku

Kalian semua sahabat sejati.


Malam gelap rasa kaku

Bagai ada dengan tiada

Selamat malam kekasihku

Moga esok masih ada.

Monday, May 2, 2011

TALKIN JENAZAH : Buat Aku dan Kalian Semuanya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Kenapa aku buat entri pasal kematian ini ????... Ini adalah untuk kita saling ingat-mengingati dengan Kematian.. Akhir-akhir ini kita terlalu huha huha dengan kehidupan kita yang mewah dan senang lenang ini, sehinggakan kita lupa mengingati kematian.. Oleh sebab itu, saya membuat entri ini tuk kita bersama-sama mengingati alam kematian kelak….

Segala sesuatu akan mati kecuali Allah. Allah yang punya perintah dan kepada-Nya kamu dikembalikan.

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian, dan bahawasanya pahala untukmu akan dihisab di hari akhirat. Orang yang beruntung ialah orang yang dijauhkan darinya Api Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan bukannya kekal hakiki…..

“Dari tanah Kami jadikan kamu, kepada tanah Kami kembalikan dan dari tanah juga kamu akan Kami hidupkan sekali lagi.” (Thaha : 55)

Dari tanah Kami jadikan kamu (untuk mencari upah dan pahala) kepada tanah Kami kembalikan kamu (untuk dimakan ulat dan tanah), dan dari tanah kamu akan dikeluarkan (untuk menghadiri padang Mahsyar dan untuk melakukan pemeriksaan).

Dengan nama Allah, dan dengan Allah, dan dari Allah dan kepada Allah dan nama agama Rasulullah. Inilah yang dijanjikan Tuhan dan benarlah perkataan Rasul-rasul.

“Hanya dengan satu suara keras, lantas semua orang di bawa ke hadapan-Ku.” (Yasin : 52 – 53)

Hai Awangku Johan Pengiran Abul (Gantikan dengan nama kalian sendiri), hai hamba Allah anak hamba Allah, mudah-mudahan Allah mengasihani kamu, dunia dan segala kemegahannya sudah habis untukmu, sekarang kamu sudah dalam permulaan alam barzakh, maka janganlah engkau lupakan ikrar yang telah engkau ikrarkan di dunia untuk menempuh hari akhirat, iaitu pengakuan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad SAW, Rasulullah. Kalau datang kepadamu dua orang malaikat dan kepada kawan-kawanmu yang sama dengan kamu dari umat Nabi Muhammad SAW maka janganlah engkau terkejut dan takut kerana keduanya adalah makhluk Allah serupa kamu juga.

Kalau mereka sudah datang dan mereka dudukkan engkau dan mereka bertanya siapa Tuhanmu, apa agamamu, siapa nabimu, apa iktikadmu, dan apa yang engkau bawa mati, maka jawablah : “Allah Tuhanku.”

Kalau mereka tanya lagi maka jawablah : “Allah Tuhanku.”. Kalau mereka tanya lagi yang ketiga kali, dan itulah kesudahan yang baik, maka jawablah dengan suara yang lantang, tidak takut dan gelisah : “Tuhanku Allah, Islam Agamaku, Muhammad Nabiku, AL-Quran imamku, Kaabah Kiblatku, Solat kewajipanku, kaum muslimim saudaraku, Nabi Ibrahim bapaku, dan aku hidup dan mati di atas Kalimah LAA ILLAHA ILLALLAH, MUHAMMADAR RASULULLAH.”

Pegang teguh hai hamba Allah hujah ini, dan ingatlah bahawa engkau akan menetap di alam barzakh hingga sampai hari kebangkitan.

Kalau kamu ditanya lagi tentang orang yang dirasulkan untukmu dan untuk sekalian makhluk maka jawablah bahawa beliau itu adalah Nabi Muhammad SAW yang membawa kepada kami Al-Quran dari Tuhannya maka kami mengikut dia, kami imam dengan dia, kami membenarkan kerasulannya. Andai kata orang tidak mahu mengikut dia maka apa boleh kami buat, kami hanya akan mengatakan : “Pemimpin kami Allah, tiada Tuhan selain Allah, kepada-Nya kami tawakal dan Dialah Tuhan Arasy Yang Benar.”

Ketahuilah, wahai hamba Allah, bahawasanya mati itu adalah benar, turun ke kubur itu benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu benar, bangkit sesudah mati itu benar, dihitung dosa dan pahala itu benar, timbangan itu benar, Titian Siratul Mustaqim itu benar, neraka itu benar, syurga itu benar, hari kiamat pasti akan datang tidak ragu lagi, dan bahawasanya Allah akan membangkitkan kembali sekalian orang yang berada di dalam kubur, dan kami menitipkan kamu kepada Allah.

P/S à Sedarlah Aku; sedarlah Kamu…. Ingatlah Dia pemegang nyawa… Kuasa mutlak terletak pada ketentuan Dia juga.. Kembaliku, Kembali kamu pada-Nya.. Pasti..!!!

Mati Itu Pasti ........

Perasaan Insaf Menyelubungi…

Asaalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blog followers n viewers.. Lately, rasa nak muhasabah diri sangat.. nape eh.. Then, asyik nak dengar lagu-lagu nasyid yang penuh keinsafan.. Sedangkan lagu background saya ini pun berbau keinsafan dan mendayu membuatkan saya sedih ketika membuka blog sendiri… Ya ALLAH… Aku bersyukur kerana kau meniupkan rasa kehambaan dalam diri ini..

Kekadang aku ingat untuk jaga diri, kadang-kadang aku lalai.. Ya Allah.. Ampunkan aku.. Kadang-kadang aku ingat untuk mempercepatkan menunaikan solat, kadang-kadang aku leka dengan hiburan dunia.. maafkan kekhilafan ku Ya Allah.. Kadang-kadang aku ingat untuk membuka lembaran kitab MU, kadang-kadang aku letakkan Al Quran hanya sebagai perhiasan.. Ya Allah.. Malunya aku untuk berhadapan dengan MU.. Kerana aku tau, diri MU tak pernah lupa akan setiap hamba MU walau sesaat..


Ya Allah.. Berikan aku kesempatan untuk perbetulkan kesilapanku.. Berikan aku kesempatan untuk bertaubat kerana aku tau mati dan pertemuan dengan MU itu PASTI !!!

Berikanlah petunjuk dan hidayah MU ya ALLAH.. Aku malu untuk bertemu dengan MU kerana selama ini aku bongkak dengan apa yang ada padaku, walhal aku tau ianya bersifat sementara..


Ya ALLAH.. Aku sedar, sedar dan sedar bahawa MATI ITU PASTI !!! tidak tergambar oleh ku sakitnya MATI.. Nauzubillah.......

Bagaimana Anda Sujud ??

Perhatikan gambar di atas…. Selalukah anda solat begini???

“…. dan janganlah seseorang di antara kamu membentangkan kedua lengannya (di lantai) seperti anjing yang membentangkan (kedua kaki depannya)”

[Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad]

P/S : Ingat, janganlah kita cuba-cuba meniru atau menyamai atau mahu menjadi wof wof wof Grrrr!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...