"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, February 2, 2011

Contest Kami Pose Comey!!!


Salam semua…

Tak sangka ada rakan bloggers tag saya tuk join contest Blogger Amni… Thanks ya mr_right coz tag Awang… Rajin sungguh awak tag saya ek.. Dah orang tag so saya kena la join kan.. Hehehe



haaa..beminat ke tidak??kalau berminat jom baca syarat-syaratnya dahulu ya..

1~macam biasa korang kenalah follow blog ni dulu..tp kalau tak nak follow pon takpe..taknak paksa-paksa..tapi susahlah bila update nanti..so,lebih baik followlah

2~taip 1entri mengenai contest ni..dan jangan lupa ambik banner di atas dan letakkan didalam entry tersebut..sidebar kan contest ni di blog anda..dan link kan ke blog ini!!

3~korang mesti menghantar gambar kepunyaan korang sendiri..gambar tersebut mestilah ada ANDA bersama MEMBER-MEMBER ANDA...pose anda bebas..

4~korang mestilah membuat ayat yang paling simple tentang "kenapa anda join contest ni..

CONTOH:::saya join sebab suka_suki jee...

5~tag contest kepada 4 rakan blogger korang ye..


So.. gambar apa yang patut saya pertaruhkan tuk contest Blogger Amni ni… Rasanya nak pilih pose comey tak do kot… So, saya pilih pic ini la ek… Harap-harap la boleh dipertimbangkan… Mudah-mudahan menang ek… Hehehehee….

Awang join segmen ini disebabkan pic saya ini ada unsur ketomelannya… Betul ngak???.... Hehehehe..


So, Awang nak tag rakan-rakan yang awang rasakan mereka pun boleh menang… Sapa yaaa….

- Kak Shida

- Nazirulhazwan

- Ujang

- Qaseh Dahlia


Semua yang di tag ini adalah musuh-musuh Awang dalam segmen Ben Ashaari… Hehehehehee…. Oppppsss.. terlazer pulak.. Sorryyyy..

Tuesday, February 1, 2011

Jom Makan Steambot di Windbell Restaurant..


Makan Steambot bersama rakan-rakan guru dan sorang pelajar…

Haaa.. Korang pernah makan Steambot ker?? Haaa.. tak pernah?? Rugi taw.. sedap giler-giler ar.. hehehe.. Saja jer nak bagi jelez kat korang semua… Hahaha…

Alkisahnya begini.. Selepas jer saya dan rakan-rakan guru yang lain selesai berurusan di Jabatan Imigresen Putrajaya Likas Kota Kinabalu.. Kita orang p la shopping-shopping kat One Borneo di tempat pusat beli-belah terbesar di Sabah depan UMS jer..

Eh… ini baru intro.. gini citernya.. selepas jer p shopping tu kita orang p la Ke Tanjong Aru.. Kawasan tempat Lapangan Terbang Air Asia di KK… Sebenarnya tujuan kita orang p sana bukan nak p airport.. Kita orang nak p sana nak makan Steambot di Windbell Seafood Restaurant, No.20 Jalan Selangor, Tangjung Aru 2nd Beach.. Hehehe..

Pelbagai jenis makanan laut ada di sini.. just pilih jer.. layan diri… Sup steambot yang kita orang minta adalah Tom Yam.. Makan tuk 6 orang.. 5 orang guru dan sorang student kami bawa jalan-jalan p KK ni.. Hehe.. Alaaaa.. murah jer RM27 tuk sorang.. So, makan je apa-apa yang korang nak.. yang penting kena habiskan..

Semasa kami menjamu selera memang restoran tu penuh dengan pelanggan.. rata-ratanya adalah kuarga Cina dan pegawai-pegawai askar.. Fuhhh.. udangnya memang segar.. apatah lagi ketam.. kalau dah celup dalam sup Tom Yam yang panas-panas tu lembut jer kulit cengkerang ketam tu.. fuhh.. sedap ar.. memang menyelerakan makan kat Restoran Windbell ini.. Halal tau.. coz pelayannya majoriti melayu…

So… kita orang dah plan nak wat hari kuarga tuk guru-guru kat tempat tu.. memang sedap dan menyelerakan… Mesti best nanti pabila guru-guru wat dinner kat restoran tu….

Nak tau kita orang makan 6 orang just RM185.35 jer.. Murah ke mahal??? Rasanya murah kan.. hehehe.. so, ajak la rakan-rakan n kuarga korang merasa Steambot kat restoran ni..

Kepada anda semua yang berminat mai la datang ke restoran ini…

Hehehee.. mahal ke???


Khusyuknya nak murid kami ni makan (Baju Merah) berebut g tu.. Hehehe


Jom melahap sama-sama.. Hehehe


Semuanya kekenyangan… haha (Abg Sumardy yg baju biru tu lebih2 kekenyangan)


Jom Melancong --> Passport Dah Siap


Sapa minat melancong, angkat idung tinggi???? Wah ramai jugak ek yang angkat idung.. Hehehe… Aku pun minat juga bab melancong-lancong ni.. Bukan Melencong taw… MELANCONG… Hehehe…

Kemarin passport aku dan beberapa rakan guru-guru lain dah siap.. Dalam satu jam gitu jer siap passport tu.. Ramai juga la yang nak buat passport baru, ada yang nak membaharui passport dan pelbagai lagi la adegan di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu tu…

So.. Sekarang ini happy la dah buat passport sendiri.. Nak p mana-mana pun boleh dah.. Sebenarnya 12 Februari ini nak p kenduri kawin kazen di Brunei Darussalam.. So, ajak rakan-rakan guru Semenanjung ini join sekali ke Brunei… Bestnya tak sabar nak p 10 Februari ini.. Tapi tak plan lagi sama ada nak jalan laut atau jalan darat… Kalau jalan darat boleh jejak Sarawak dulu pastu baru masuk Brunei.. Harap-harap 11 Februari tu janganlah ada sekolah ganti… Amin…

Lagi pun saya dan beberapa orang guru lagi nak planning p melancong ke Hongkong dan China pada June nanti.. Masa itu kan cuti sekolah.. boleh la p jalan-jalan ke negara orang.. Tengok budaya dan macam-macam lagi la… Banyak betul planning kami ini nak p jalan-jalan.. Harap-harap semuanya tercapai la ek… amin… Dah dua kali aku mengamin ni.. Mudah2an jadi.. amin.. Nah… tiga kali.. makbul la ni.. Hehehehe…


Aku Tak Sihat Tetap Bersemangat...


Arghhh tak sempat nak update blog tuk pagi tadi.. Huhuhu.. Pagi tadi bangun-bangun terus kepala terasa sakit, panas badan, suara serak dan selsema.. Maybe kena sampuk kot.. Coz semalam balik lewat hampir jam 12.30 tengah malam dari Kota Kinabalu..

Pagi ini pulak jam 9 pagi dah p sekolah.. Biarpun dalam keadaan tak sihat kena p jugak.. Guru-guru lain bercuti tapi saya dan beberapa orang guru sedang bekerja keras tuk melatih stamina pelajar-pelajar yang wakil sukan acara padang dan balapan ke peringkat daerah… seramai 52 orang yang terdiri daripada 25 orang pelajar perempuan manakala pelajar lelaki seramai 27 orang…

Pergi ke sekolah stay di Pejabat Am borak-borak dengan PK Kokum dan borak-borak dengan guru-guru lain.. Jam 2.30 baru start bawa pelajar-pelajar jogging ke pantai.. So, berkampung di pantai selama 3 jam tuk melatih stamina mereka.. Biarpun tak sihat join jugak jogging dengan pelajar-pelajar tu .. kuarkan peluh jantan yang tak sihat tu.. Hehehe…

Penat la jugak join sekali bersama pelajar-pelajar.. Seramai 9 orang guru melatih pelajar-pelajar ini dari segi stamina, kawal pernafasan dan lain-lain lagi ar.. Esok bermula la latihan dari awal pagi jam 7.30 pagi hingga ke petang..

Ok la.. saya ada kat sekolah ini.. Sat g dah nak kelik rumah dlu.. Nak mandi-mandi, solat dan makan.. pastu datang p sekolah meninjau pelajar-pelajar agar mereka mendapat rehat yang secukupnya…

Huhuhu.. Inilah pengorbanan guru yang mengorbankan cuti rehat Chinese New Year…

Luna Maya Pengsan Di Mahkamah


LUNA MAYA kelihatan sebak di dalam mahkamah.


ARIEL memeluk kekasihnya, Luna Maya sebelum keputusan ke atasnya diumumkan.


BEBERAPA anggota sebuah kumpulan penentang Ariel bergaduh dengan peminat penyanyi itu di luar Mahkamah Daerah Bandung semalam.



BANDUNG - Aktres Luna Maya pengsan selepas hakim sebuah mahkamah memutuskan kekasihnya, Ariel Peterpan didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Bandung di sini kerana membuat dan mengedar dua video pornografi, lapor laman berita Liputan6.com semalam.

Dua klip video itu melibatkan Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dengan Luna Maya dan bekas kekasihnya, Cut Tari.

Hakim Singgih Budi Prakoso di Mahkamah Daerah Bandung menjatuhkan hukuman hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) ekoran kesalahannya itu.

Klip video itu tersebar pada Jun lalu.

Luna Maya yang memakai baju yang mempunyai tulisan Freedom Ariel itu pada mulanya menangis semasa mendengar hukuman dijatuhkan hakim ke atas Ariel.

Luna Maya kemudian pengsan selepas hukuman ke atas Ariel dijatuhkan dan dia terpaksa dipimpin turun dari tingkat dua Mahkamah Daerah Bandung.

Ariel yang ditemui selepas hukuman itu dijatuhkan tidak banyak mengulas mengenai hukuman yang diterimanya selain menegaskan dia tidak bersalah dan sedang berfikir untuk membuat rayuan.

"Ya nggak (tidak bersalah) lah, dituduh mengedarkan...ya nggaklah (tuduhan itu tidak benar)," kata Ariel. - Agensi


P/S : Fuhhh… lamanya kes ni mahu selesai…. Kredit to Kosmo


Blog Saya dalam Entri Mat Gebu????


Selamat pagi semua…. Apa khabar moga pagi ini semuanya sihat-sihat ceria… Dah bersenam ker?? Kalau belum mulakan dengan slow-slow… hehehe….

Ni nak citer ni kalau korang nak tau kan…..

Patut la kemarin saya tak keruan masa nak p buat passport di Jabatan Imigresen di Kota Kinabalu.. Rupa-rupanya blog saya di promote oleh Abg Mat Gebu dalam entry MAKARONI ala MAMAFAMI....PROMOT BLOG 7.… Terima kasih daun keladi yaaa abg Mat Gebu atas promote blog saya yang tak seberapa ini… Jasamu akan sentiasa dikenang…


Nak tau lebih lanjut,,,,,,, mai terjah SINI


Terima kasih sekali lagi atas susah payah abg Mat Gebu mempromote blog saya…. Memang tak sangka blog saya boleh di promote oleh Abang.. Terima kasih sekali lagi ek… Hurmm dah berapa kali dah sebut Terima Kasih ini… Hehehe

Penat dari Kota Kinabalu


Penatnya… baru jak tiba kat rumah ni.. Datang-datang terus on my lappy n buka blog… Hahaha… Nak citer yang saya baru jak balik dari Kota Kinabalu…

Fuhh.. lama giler buat passport.. sampai kat Jabatan Imigresen di Bangunan Putrajaya Likas dekat dengan UMS tu kira-kira jam 11.30 pagi.. datang-datang terus amik borang tuk buat passport dan amik gambar… saya amik pakej passport international tapi just amik 2 tahun dengan bayaran RM100 jerr… Di pendekkan cerita passport kita orang siap jam 4.00 petang.. waaa… banyak masa habis kat jabatan imigresen jer.. huhuhuhu…

Selepas itu, kita orang p jalan-jalan ke One Borneo.. Pusat beli-belah terbesar di Sabah.. berhadapan dengan UMS… Aku happy.. coz dah jumpa kedai yang jual alat-alat senaman.. hahaha.. aku gila dengan benda-benda alah macam ni.. So, dah plan nak beli alatan gym maybe nak amik jenama Kettler.. hehe… nasib baik la tiada bayaran kos penghantaran.. So, dah tanam niat tuk beli benda alah tu.. Wait n see nanti saya akan wat entri khas tuk alat-alat tu.. Hehehe…

Ok la.. kesinambungan citer ni aku akan habaq esok la ek.. coz hari dah jauh malam ni.. tak lama g subuh menjelma.. so tak baik tuk kesihatan tubuh badan dan wajah.. kalau nak awet muda kena lah tidor n rehat yang cukup.. Betul kan..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...