"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, February 1, 2011

Aku Tak Sihat Tetap Bersemangat...


Arghhh tak sempat nak update blog tuk pagi tadi.. Huhuhu.. Pagi tadi bangun-bangun terus kepala terasa sakit, panas badan, suara serak dan selsema.. Maybe kena sampuk kot.. Coz semalam balik lewat hampir jam 12.30 tengah malam dari Kota Kinabalu..

Pagi ini pulak jam 9 pagi dah p sekolah.. Biarpun dalam keadaan tak sihat kena p jugak.. Guru-guru lain bercuti tapi saya dan beberapa orang guru sedang bekerja keras tuk melatih stamina pelajar-pelajar yang wakil sukan acara padang dan balapan ke peringkat daerah… seramai 52 orang yang terdiri daripada 25 orang pelajar perempuan manakala pelajar lelaki seramai 27 orang…

Pergi ke sekolah stay di Pejabat Am borak-borak dengan PK Kokum dan borak-borak dengan guru-guru lain.. Jam 2.30 baru start bawa pelajar-pelajar jogging ke pantai.. So, berkampung di pantai selama 3 jam tuk melatih stamina mereka.. Biarpun tak sihat join jugak jogging dengan pelajar-pelajar tu .. kuarkan peluh jantan yang tak sihat tu.. Hehehe…

Penat la jugak join sekali bersama pelajar-pelajar.. Seramai 9 orang guru melatih pelajar-pelajar ini dari segi stamina, kawal pernafasan dan lain-lain lagi ar.. Esok bermula la latihan dari awal pagi jam 7.30 pagi hingga ke petang..

Ok la.. saya ada kat sekolah ini.. Sat g dah nak kelik rumah dlu.. Nak mandi-mandi, solat dan makan.. pastu datang p sekolah meninjau pelajar-pelajar agar mereka mendapat rehat yang secukupnya…

Huhuhu.. Inilah pengorbanan guru yang mengorbankan cuti rehat Chinese New Year…

Luna Maya Pengsan Di Mahkamah


LUNA MAYA kelihatan sebak di dalam mahkamah.


ARIEL memeluk kekasihnya, Luna Maya sebelum keputusan ke atasnya diumumkan.


BEBERAPA anggota sebuah kumpulan penentang Ariel bergaduh dengan peminat penyanyi itu di luar Mahkamah Daerah Bandung semalam.



BANDUNG - Aktres Luna Maya pengsan selepas hakim sebuah mahkamah memutuskan kekasihnya, Ariel Peterpan didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Bandung di sini kerana membuat dan mengedar dua video pornografi, lapor laman berita Liputan6.com semalam.

Dua klip video itu melibatkan Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dengan Luna Maya dan bekas kekasihnya, Cut Tari.

Hakim Singgih Budi Prakoso di Mahkamah Daerah Bandung menjatuhkan hukuman hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) ekoran kesalahannya itu.

Klip video itu tersebar pada Jun lalu.

Luna Maya yang memakai baju yang mempunyai tulisan Freedom Ariel itu pada mulanya menangis semasa mendengar hukuman dijatuhkan hakim ke atas Ariel.

Luna Maya kemudian pengsan selepas hukuman ke atas Ariel dijatuhkan dan dia terpaksa dipimpin turun dari tingkat dua Mahkamah Daerah Bandung.

Ariel yang ditemui selepas hukuman itu dijatuhkan tidak banyak mengulas mengenai hukuman yang diterimanya selain menegaskan dia tidak bersalah dan sedang berfikir untuk membuat rayuan.

"Ya nggak (tidak bersalah) lah, dituduh mengedarkan...ya nggaklah (tuduhan itu tidak benar)," kata Ariel. - Agensi


P/S : Fuhhh… lamanya kes ni mahu selesai…. Kredit to Kosmo


Blog Saya dalam Entri Mat Gebu????


Selamat pagi semua…. Apa khabar moga pagi ini semuanya sihat-sihat ceria… Dah bersenam ker?? Kalau belum mulakan dengan slow-slow… hehehe….

Ni nak citer ni kalau korang nak tau kan…..

Patut la kemarin saya tak keruan masa nak p buat passport di Jabatan Imigresen di Kota Kinabalu.. Rupa-rupanya blog saya di promote oleh Abg Mat Gebu dalam entry MAKARONI ala MAMAFAMI....PROMOT BLOG 7.… Terima kasih daun keladi yaaa abg Mat Gebu atas promote blog saya yang tak seberapa ini… Jasamu akan sentiasa dikenang…


Nak tau lebih lanjut,,,,,,, mai terjah SINI


Terima kasih sekali lagi atas susah payah abg Mat Gebu mempromote blog saya…. Memang tak sangka blog saya boleh di promote oleh Abang.. Terima kasih sekali lagi ek… Hurmm dah berapa kali dah sebut Terima Kasih ini… Hehehe

Penat dari Kota Kinabalu


Penatnya… baru jak tiba kat rumah ni.. Datang-datang terus on my lappy n buka blog… Hahaha… Nak citer yang saya baru jak balik dari Kota Kinabalu…

Fuhh.. lama giler buat passport.. sampai kat Jabatan Imigresen di Bangunan Putrajaya Likas dekat dengan UMS tu kira-kira jam 11.30 pagi.. datang-datang terus amik borang tuk buat passport dan amik gambar… saya amik pakej passport international tapi just amik 2 tahun dengan bayaran RM100 jerr… Di pendekkan cerita passport kita orang siap jam 4.00 petang.. waaa… banyak masa habis kat jabatan imigresen jer.. huhuhuhu…

Selepas itu, kita orang p jalan-jalan ke One Borneo.. Pusat beli-belah terbesar di Sabah.. berhadapan dengan UMS… Aku happy.. coz dah jumpa kedai yang jual alat-alat senaman.. hahaha.. aku gila dengan benda-benda alah macam ni.. So, dah plan nak beli alatan gym maybe nak amik jenama Kettler.. hehe… nasib baik la tiada bayaran kos penghantaran.. So, dah tanam niat tuk beli benda alah tu.. Wait n see nanti saya akan wat entri khas tuk alat-alat tu.. Hehehe…

Ok la.. kesinambungan citer ni aku akan habaq esok la ek.. coz hari dah jauh malam ni.. tak lama g subuh menjelma.. so tak baik tuk kesihatan tubuh badan dan wajah.. kalau nak awet muda kena lah tidor n rehat yang cukup.. Betul kan..??

Monday, January 31, 2011

Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.



SUARA YANG DIDENGAR MAYAT...


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;.

1) Keluarga

2) Hartanya

3) Amalnya Ada Dua Yg Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu ;

- Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

- Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,

" Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Apakah Kau Yg Tlh Mninggalkn Dunia, Atau Dunia Yg Mninggalknmu

· - Apakah Kau Yg Telah Mgumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yg Telah Mgumpulmu

· - Apakah Kau Yg Telah Mengagungkan Dunia, Atau Dunia Yang Telah Mengagungkanmu

· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

" Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Mana Badanmu Yg Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

· - Mana suaramu Yg Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bisu Tak Bersuara

· - Mana Telingamu Yg Dahulunya Mdengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yg Dahulunya Setia, Mengapa Kini Indah Dari Khabar"


Ketika Mayat Siap Dikafan ...

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan

· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dgn Ridha

· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dgn Murka Allah

· - Kini Kau Tengah Berada Dlm Sbuah Pjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Kluar Dri Rumahmu Dan Tdk Akan Kembali Selamanya

· - Kini Kau Tengah Bingung Pd Sbuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."


Ketika Mayat Diusung. ...

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat

· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dgn Taat."


Ketika Mayat Siap Disolatkan ....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Stiap Pkerjaan Yg Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

· - Apabila Baik Maka Kau Akan Mlihatnya Baik

· - Apabila Buruk, Kau Akan Mlihatnya Buruk."


Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat ....

Terdengar Suara Memekik Dari Langit,

"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Apa Yang Telah Kau Siapkan Dri Rumahmu Yg Luas Di Dunia Utk Khdupan Yg Pnuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dlm Perutku Kau Mnangis

· - Dahulu Kau Bgembira,Kini Dlm Perutku Kau Berduka

· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dlm Perutku Kau Bisu Seribu Bahasa."


Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .

Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku ....

. - Kini Kau Tinggal Sorang Diri· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

· - Di Sbuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

· - Mrk Pergi Meninggalkanmu. . Sorang Diri

· - Padahal , Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku


Hari Ini,....

· - Akan Kutunjukkan Kpdmu· Kasih Syg-Ku

· - Yang Akan Takjub Seisi Alam· Aku Akan Menyayangimu

· - Lebih Dri Ksh Sayang Sorang Ibu Pd Anaknya".


Kpd Jiwa-Jiwa Yg Tenang Allah Berfirman ,

" Wahai Jiwa Yg Tenang· Kembalilah Kepada Tuhanmu

· - Dgn Hati Yg Puas Lagi Diredhai-Nya· Maka Masuklah Ke Dlm Jamaah Hamba2Ku

· - Dan Masuklah Ke Dlm Jannah-Ku"


Semoga Kematian akan mjadi plajaran yg bharga bg kita dlm menjalani hidup ini. Rasulullah SAW mganjurkan kita utk senantiasa mengingat mati (maut) dan dlm sbuah hadithnya yg lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!


Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....


Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca mesej ini . Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita . kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???


WALLAHUALAM...



Jom Buat Passport --> Brunei


Assalamualaikum semua…

Selamat pagi semua… Apa khabar.. harap anda semua dalam keadaan sihat… Yang bekerja itu selamat bekerja.. Bagi guru-guru selamat bercuti… Begitu juga dengan mahasiswa/i dan pelajar-pelajar selamat bercuti…

Sekarang ni dalam perjalanan p ke Kota Kinabalu bersama rakan-rakan guru… Motip utama nak p Kota Kinabalu ini adalah nak buat passport… Hehehe… Nak p Brunei kan so kena la buat passport… p kenduri kawin kazen di Brunei.. Bestnya.. tak sabar nak berkumpul semua kuarga-kuarga di Brunei.. Tak sabar nak p jalan-jalan ke Istana Nurul Iman dan ke Masjid Emas Omar Ali Saiffudin… Best2

Pergi Kota Kinabalu ini ibarat sambil menyelam minum air.. Hahahaha.. Selepas buat passport apa g shopping sakan la kita orang, makan-makan dan maybe tengok wayang kot… Hehehehe…

Aku Yang Keseorangan...


Tik.. Tik.. Tik.. Hujan la pulak.. Huhuhu.. Sebenarnya saya baru jak balik dari rumah kenduri kawin…. Jiran kampung sebelah wat kenduri kawin so kena la p kan.. Nanti apa pulak kata mereka kalau tak p.. Kecik pulak ati mereka kan…

Saya p sorang dan balik pun sorang la kan… Tak kan la p sorang balik berdua di malam-malam buta ni.. dah la drive sorang-sorang… Kalau p sorang balik berdua tu len macam jer.. tu di panggil punti… arghhhh malas ar nak sebut.. nanti korang meremang bulu roma pulak.. bulu roma je tau.. bulu lain tak yah nak join… Hahahaha…

Aishhh apsal pulak aku mencarut-marut ini.. Ini disebabkan sindrom mengantuk la ni.. Haaa.. aku dah nak tutup kedai ini.. Sekarang ni pun dah hujan.. Best ni tau kalau tido.. lebih-lebih hujan turun macam ni.. sedap jer tido.. tenang jer aku baring atas katil tu nanti.. Hehe….

Esok nak berkelana ke Kota Kinabalu dengan rakan-rakan guru yang lain.. Saya dan rakan-rakan guru lain nak buat passport.. Hahaha.. Awat aku gelak ni.. Gelak suka katakan.. Suka, sebab nak p Brunei Darussalam.. Coz ada kazen aku kawin ala keturunan Awangku, Pengiran macam aku juga la.. So, aku ajak rakan-rakan guru senior dari Semenanjung join p Brunei.. So, nanti la aku citer d entri lain pasal jemputan kawin d Brunei tu….

Ok.. saya dah nak lelap ni.. korang hati-hati la ek.. Kalau rasa meremang bulu roma cuba tonggeng kat bawah... ada berani??? Hahahahaa.. Ok.. salam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...