"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Friday, January 28, 2011

Akhirnya... Penatku Berakhir....


Alhamdulillah… maka hari ini berakhirlah sudah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-39 di sekolah tempat saya mengajar ini… Semuanya berakhir dengan kejayaan dan keletihan.. Hahaha…

Akhirnya… rumah hijau dapat naib Johan… Johan adalah rumah merah, manakala rumah Biru di tangga ketiga dan rumah kuning nombor empat.. hahahaha…

Hari ini memang meriah ar.. semangat kesukanan yang tinggi pabila budak-budak ini berusaha nak mendapat juara… Horeeyyyy… yang bestnya aku bersama-sama pelajar menghias pondok rumah sukan.. semuanya tercabar.. sehinggakan ada guru-guru rumah sukan yang lain balik rumah cari kain langsir tuk tambah hiasan pondok mereka.. Hahahaha….. tercabar dengan hiasan rumah yang aku hias bersama pelajar.. cantik woo dengan ada pintu gerbang.. Tema yang aku beri adalah “Nature Of Life”… Sayangnya aku tak da kamera.. so tak dapat nak amik pic… Hanfone N71 pulak rosak.. so guna hanfone biasa-biasa jerr… tpi puas ati wooo….

So… tahun depan nak rumah Hijau JOHAN…. So kena train atlet rumah hijau tuk tingkatkan pingat rumah Hijau… hahahaha

Thursday, January 27, 2011

Kepenatan + Mengantuk = Zzzzzzz



Huaaaaaaaaaa,,, mengantuknyaa… Aku baru jak balik dari sekolah ini.. Ada wat keje kat skolah dengan guru-guru senior (Abang Fadil dan Abang Ishak)..,…..

Disebabkan mengantuk kami bertiga balik secara berjemaah.. racing berjemaah… huhuhu.. Apa tidaknya mengantuk.. kami bertiga kepenatan yang amat sangat.. coz dah 2 hari sukan sekolah berlangsung.. Esok penutupan sukan sekolah… Mungkin akibat kepenatan yg amat sangat kami bertiga mengalami sindrom mengantuk berlebihan.. huhuhuhu…

Tadi masa kat dalam bilik guru.. semasa menaip nampak kami bertiga semuanya ala-ala tido ayam…. Menaip tapi mata tertutup… Huhuhu.. last-last amik keputusan tuk balik berjemaah…

Tadi petang juga membantu pelajar-pelajar hias pondok… sebab ada pertandingan rumah sukan tercantik.. macam-macam dibuat la dengan menggunakan barang-barang terpakai… Akhirnya siap dengan cantik berserta pintu gerbang.. yeahhh… harap-harap rumah hijau menang esok…

Ok la rakan-rakan bloggers sekalian.. awang dan nk tutup kedai tuk hari ini atas sebab-sebab seperti dia atas tu… Esok nak bangun awal jam 5 nak buat workout, solat dan prepare ke skolah….

Niat Wudhu


UTK AMALAN BERSAMA..


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglahdaku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukantempat-tempat maksiat".


Penjelasannya:


1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala

6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll

7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yangdituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

WALLAHUALAM..


BEN ASHAARI BLOG


Salam buat rakan-rakan bloggers… kalau korang nak tau Abg Ben Ashaari nak bubarkan blog list.. huhuhu so saya berusaha buat entri ni tuk termasuk dalam Kabinet Menteri Fassola dia.. biar apapun terjadi nak masuk juga…

Sorry terlewat hantar coz tadi pagi saya ada tugas iaitu menjadi hakim d Arena Lontar peluru di Kejohanan Sukan Sekolah di Sekolah saya… Huhuhuhu….



Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini?

Saya update sehari dalam 3 – 5 kali… Jumlah entri saya sehingga kini adalah 432 entri….

Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..

- Saya minat berada dalam blog list Ben Ashaari adalah nak mengeratkan hubungan Silaturrahim dan mencari teman baru sesame bloggers…

- Salah satu lagi sebab Blog Ben Ashaari ini ibarat blog contoh buat bloggers Malaysiaa….

Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?

- ingin menjadi seperti Abg Ben tuk membantu blogger-blogger yang baru

- sentiasa memberi kepuasan kepada reader-readers saya (Eh ada ke readers saya).. hehehe

- Akhir sekali Awang akan kekalkan blog saya ini macam sekarang.. Biarlah orang kenal Awang ini macam mana diorang kenal Awang sekarang ini.. Betul kan…..

Wednesday, January 26, 2011

Saya Menang Segmen Abg Ben d GEGAR BLOG : Soalan 4


Assalamualaikum…

Ya Allah.. Saya tak sangka yang saya menang dalam segmen abg Ben Ashaari tuk GEGAR BLOG : Soalan 4 (Prepaid Rm30)… Hehehe.. Syukur Alhamdulillah coz saya menang lagi.. Tak tahu dah kali ke berapa menang dalam segmen Abg Ben ini..



Muka saya terpampang di dada entry blog abg Ben.. Maknanya saya menang.. yeahhhh..

Apapun.. jutaan apresiasi penghargaan saya hulurkan kepada Abg Ben coz telah membuat segmen yang best sebegini.. Seterusnya, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara blogger-blogger lain serta adminnya iaitu abg Ben…

Terima kasih sekali lagi buat abg Ben…. Awang dah tinggalkan no.fon dalam Inbox abg Ben di Facebook…

Terima kasih juga buat penaja hadiah iaitu Syafiq Sulaiman

Perhatian Buat Rakan-Rakan Sekalian

Ini ada aku baca dari Entry abg Ben.. ada rakan blogger ini minta ihsan dari kita semua tuk berdoa dan solat hajat tuk adik dia yang mengalami ketumbuhan di dalam kepala.. dan nak kena operate… Ketumbuhan tu dah membesar.. Mari kita rakan-rakan bloggers berdoa dan solat hajat agar adik rakan blogger kita ini selamat dan dapat menjalankan kehidupan seperti orang lain..

Ok ini aku copy n paste dari entry abg Ben

"adik aku ada ketumbuhan dalam kepala dia.. baru tau semalam... minta tulun bro doakan kesihatan adik aku jer... itu jer... aku sedih.. aku risau... sebab ketumbuhan tu besar... nak kena operate... macam-macam aku pikir.. aku cuba taknak pikir yg bukan2... cuba aku berharap.. doa dan solat hajat dari kawan-kawan untuk kesihatan yang baik untuk adik aku.. itu sahaja... terima kasih sgt2 bro... atas doa bro..."

Nak lebih lanjut.. boleh baca entrinya di SINI… Sama-sama kita berdoa agar adik rakan kita ini selamat menjalani pembedahannya nanti.. Insyaallah….. Amin…

Jika Dunia Ini Tiada Lelaki????


Salam.. ha! terkejut tak baca tajuk di atas? huh! kaum ADAM jangan berpakat ramai-ramai nak belasah aku plak? ni bukan entry sindir la tapi ni cuma andaian jika kat dunia ni perempuan je yang tinggal lelaki semua ke planet marikh buat sementara? hehe inilah yang bakal terjadi...

1.BATWOMAN

bila lelaki dah takde semua superhero jadi superheroin.. hehe


2.KASUT SPORT TUMIT TINGGI

kasut sport semua berubah jadi tumit tinggi! hehe


3.METER KERETA BERUBAH JADI EMOSI

kalau dulu kereta ada 10,20 sampai la 100 kan? tapi kalau laki takde semua jadi macam gambar ni kalau tak nampak klik bagi besau..


4.BOWLING FOR GIRL

wa! jadi macam taman bunga la plak? hehe


5.GIRL STATION

wah! siap ada berkaler-kaler lagi.. hehehe


6.STERING MAKE UP

tengok! kat stering kereta pun dorang lekat make up1 hehe


7.WOMEN FOOTPRINT ON THE MOON

ha! tengok! dorang menjejak kaki ke angkasa lepas pun pakai kasut tumit tinggi.. hehe


8.TANDAS PEREMPUAN

wah! cantiknyer purple kaler lagi....


9.PLAYSTATION GIRL

PS2 pun bertukar jadi kaler pink! game pun bertukar...


10.PENUKUL DAN SCREWDRIVER

penukul nampak macam kasut tumit tinggi? screwdriver plak macam pisau potong roti jer.. hehe




P/S=nampak macam tak best kan? kalau perempuan je yang mendiami bumi ni? hehe jadi sebab tu tuhan jadikan lelaki dan perempuan sebab kita semua saling memerlukan barulah dapat hasilkan barangan yang menarik seperti hari ini! Jadi Nick Irfan ingin menyeru kepada lelaki hargailah perempuan dan perempuan pun hargailah lelaki kerana walaupun kita berlainan jantina tapi kita semua saling 1 malaysia.... hehe


kredit to 1001 Kesah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...