"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, January 1, 2011

Koleksi Komikku


Ok.. ada rakan blogger suh saya post komik2 dalam blog.. Haa.. ni la koleksi-koleksi komik saya semuanya dalam keadaan rapi.. Tapi ada beberapa komik saya di makan anai-anai.. Huhuhu.. Masa saya di UPSI, semuanya dah tak terurus sebab 3 tahun saya tak balikSabah.. So, sekarang ni semuanya dah terurus.. Hehe

Tapi yang sadisnya semasa saya wat spotcheck pada almari komik-komik saya..

Ada beberapa puluh komik saya hilang? Yang herannya sapa yang menghilangkannya, sapa yang mencurinya? Huhuhu.. Hasil pengumpulan komik ini adalah dari saya darjah 2 lagi shingga saya Upper Six.. huhu.. Nampaknya kena order kembali komik-komik yang hilang.. Saya suka memesan pos kat syarikat Comic House. Sdn. Bhd dan Komik dari syarikat Tora Aman Enterprise.. Tak minat Doraemon tapi komik selain Doraemon..

Komik-Komik dari syarikat Comics House Sdn. Bhd yang aku kumpul :-

- Mutiara Naga (Dragon Ball) - Full Set

- Misteri Naga (Dragon Quest) - Full Set

- Penyiasat Remaja

- Pakar Judo

- Kajika

- Juara Bola Keranjang

- Anak Sateria

- Panggung O Akira Toriyama

- Budak Getah (One Piece) - Komik ni la yg banyak hilang.. sapa curik.. my fevret anime

- Hunter X Hunter - Komik ni jg ada bbrp yg hilang.. sapa curik..

- Penyiasat Remaja Sekolah Q

- Yu-Gi-Oh

- Rave

- Yuyu Hakusho - Full Set

- GS Mikami - Full Set

- Dr Slump - Full Set (Fevret Anime)

- Juara Bola Keranjang

- Naruto


Komik-Komik dari Syarikat Tora Aman Enterprise :-

- Sarkas Karakuri

- Gash Emas

- Ushio dan Tora

- Bara Api Recca (Flame of Recca)

- RANMA

- Ideju

- MAR

- Peraturan Ueki

- Malaikat Nakal

- Devil-Devil

- Anak Kungfu Komang

- Ragnarok

- Raja Demon

- Pemburu Naga

- Pedang Sumpahan

- Rebirth


Komik dari syarikat lain :

- Fullmetal Alchemist

- Death Note

- Magic Teacher

- Satan

- Kyo Samurai Deeper

- Shaman King

- EyeShield

- Bleach

Huhuhu.... Akan ku kembalikan minatku tuk membaca komik...








SAYA CADANGKAN ...


Nampaknya Abg Ben dah wat segmen terkini… Saya nak try la juga.. Hurrmm rupa-rupanya HARIMAU MALAYA ini menjadi isu sensitiviti juga ek?? Alahai boleh sampai ke situ pula.. Saya tak kisah, biar pun saya orang Sabah saya masih boleh menerimanya.. Tapi kalau hanya saya seorang berfikiran begitu mustahillah kan.. Mungkin ramai lagi di luar sana berfikiran lain..

Ok, cadangan saya ialah JAGUAN MALAYSIA.. hahaha.. saya pilih bukan berdasarkan nama haiwan.. Bagi saya Jaguh ini jugak boleh dirujuk atau dikonotasikan sebagai Harimau.. So, saya suka cadangkan dengan nama itu.. JAGUAN MALAYSIA itu juga adalah akronim untuk Jaguh Pasukan Malaysia.. So.. ini just cadangan yaa.. jangan pulak ada yang diluar sana salah fahaman.. Huhuhuhu..

Hurmm.. itu saja la Abg Ben…

Baca Komik

Hurmm rasanya peratus keboringan ku meningkat lagi.. Apa patut saya buat?? Haaaa.. kalau nak tau sekiranya saya boring just blogwalking jak la.. hahahaha…

Tapi ada satu lagi.. sekiranya saya boring.. saya baca komik saja.. Haa.. kat rumah saya ni banyak koleksi komik.. tapi semua dah di baca.. Koleksi dari sekolah rendah lagi..

Baru-baru ini ada beli komik baru "Hunter X Hunter" bil.27... Belum terbaca lagi.. Maybe tak da masa kot.. Kiranya nak baca la ni.. Ok.. mari membaca komik..

"Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway"




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alamak nampaknya ada rakan blogger pelawa aku tuk join GA Izamir Ridzwan…. Haaa nk tau sapa yg tag aku tu..??? sapa lagi, ni Nurul Nadia Mamat laa…. Trima kasih la buat Nurul Nadiah Mamat coz pelawa saya tuk join GA Izamir Ridzwan… huhuuhu.. sedih.. coz ada orang pelawa saya.. huhu

Haaa... p tgok tuan punya GA ni... Izamir Ridzwan. Haaaa… korang nak tau apa adiah dia??

##Spesifikasi hadiah :

- Kingston Data Traveler 101 G2 ( IR akan gantikan dengan latest model, kalau keluar baru laa)

Kingston tu Beb.. Hehehe

- Berkapasiti 4GB setiap satu

- 4 Pemenang.. Pemenang akan ditentukan melalui Random.org... Ala-ala macam cabutan bertuah gitu..


Nak tahu lebih lanjut mengenai Syarat2 dan hadiah?? Klik SINI


Ni ada beberapa aku tag :

- Ateh

- Bib

- Mia

- Awin

Mari Koreksi Diri Kita




Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah, kurniaan yang melimpah ini kadangkala membuatkan aku terlupa untuk mensyukuri nikmatMu. Dalam kesibukan mengejar dunia ini, pernahkah kita terfikir untuk memperbaiki diri? Adakah cukup amalan kita?


Bagaimana dengan perhitungan di akhirat yang pasti terjadi? Bersediakah kita? Mungkin kita biasa mendengar perkataan muhasabah, terutama apabila kita berada di akhir sesuatu program, kita diajak untuk bermuhasabah. Namun, sejauh mana penghayatan kita terhadap maksud muhasabah tersebut? Muhasabah. Berasal dari perkataan hisab, iaitu menghitung. Mengapa kita perlu menghitung amalan kita? Firman Allah dalam Surah Al-Hasyr (59:18):


18. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan), bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.

Jelas daripada ayat ini kita memang dituntut untuk menghitung amalan kita. Andai dalam kehidupan harian kita sibuk merancang dan menghitung budget dan merancang untuk pelbagai perkara, mengapa pula kita terlupa untuk menghitung bekal amalan di akhirat kelak?. Dalam ayat seterusnya (59:19) Allah memberi peringatan untuk kita tidak melupakan perintah-perintahNya.


19. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka).


Perkaitan antara kedua-dua ayat ini menunjukkan bahawa kita menghitung diri adalah dengan mengikuti perintah Allah. Islam sebagai agama petunjuk kepada penganutnya. Ia bukan hanya teori tapi praktikal untuk setiap urusan manusia. Yang membezakan seorang muslim dan mukmin adalah pada amalannya. Sepertimana Allah menekankan dalam ayat seterusnya (59:20):


20. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang diingini).


Memang berbeza antara dua golongan ini. Ibarat langit dan bumi. Jurangnya sangat ketara antara penghuni syurga dan neraka. Salah satunya dalam rahmat dan satu lagi dalam kelaknatan. Jadi timbanglah dengan neraca iman, ke mana lebihnya kita? Ke jalan redha atau kebencian Allah? Jadi di sini saya ingin berkongsi beberapa
cara untuk bermuhasabah, semoga dapat memberi manfaat.


01.Mengingati mati. Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.


02.Mengingati kelemahan diri. Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.


03.Tidak membesarkan kekurangan orang lain. Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.

04.Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita. Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.


05.Menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama. Sangat jelas bahawa Nabi junjungan mulia contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan perkara-perkara yang menjadi sunnah baginda.


06. Berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri. Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita untuk suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya jua.


Sahabat-sahabatku, Marilah kita sama-sama bergerak dan bertindak ke arah perubahan yang InsyaAllah mengundang redha Allah, biiznillah. Doakan moga kita berjaya bermujahadah ke arah kebaikan dan kekal istiqamah dalam beramal..ameen. Wallahualam...

Selebriti Indonesia Terpikat dengan Bintang Bola Malaysia


Rahma Azhari



JAKARTA - Bintang sinetron dan model Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengakui terpikat dengan penyerang skuad bola sepak Malaysia yang dikenalinya sebagai Safee, lapor sebuah akhbar semalam.

Rahma, 29, atau nama sebenarnya, Rahma Syahidah Azhari, merupakan adik kepada aktres popular Indonesia, Ayu Azhari, 41.

Dia mencurahkan isi hatinya itu di akaun Twitter miliknya sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu lalu.

"Sasaran saya seterusnya ialah SAFEE…," katanya.

Penyerang Malaysia yang dimaksudkan oleh bintang sinetron itu dipercayai ialah Mohd. Safee Bin Mohd. Sali.

Rahma dalam komennya di Twitter memberitahu, dia mahu keluar menonton wayang bersama Safee.

Sebelum ini, Rahma telah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan intim dengan beberapa lelaki tersebar di Internet. – Agensi

p/s : Femes betul c Safee Sali ni.. shinggakan selebriti Indonesia minat kat beliau.. hehehe..

Mitos NIBIRU, Kiamat 2012...?


Ihsan dari Mr.Google


Persoalan tentang bilakah berlakunya kiamat adalah antara perkara samiyat. Umat Islam wajib percaya kiamat akan berlaku cuma tarikhnya yang menjadi rahsia Allah SWT. Bagaimanapun, kebelakangan ini, masyarakat disogokkan dengan berita kononnya akan berlaku perlanggaran besar antara bumi dan planet Nibiru. Mitos perlanggaran planet Nibiru bukan perkara baru.

Sejak beberapa tahun lalu sudah terbit beberapa buah buku berkaitan ramalan tentang 2012 ini. Buku-buku ini dikarang oleh penulis kontemporari, menjelaskan pendapat daripada banyak pakar dan bidang. Apa yang menarik, buku-buku ini mendapat perhatian umum dan laris seperti pisang goreng panas. Buktinya, ada judul yang berjaya menduduki tangga teratas buku paling laris di rumah-rumah penerbitan dan rangkaian kedai buku utama.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Biro Multimedia & Penerbitan Sekretariat Ulama Muda UMNO, Mohd. Riduan Khairi bagi mengupas isu ini.

MEGA: Siapakah yang bertanggungjawab mengutarakan kisah ini?

RIDUAN: Individu yang bertanggungjawab pertama kali mengutarakan kisah ini ialah Notramadus, seorang ahli falsafah Perancis pada tahun 1535.

Beliau terkenal kerana membuat ramalan mengenai masa depan. Asal perkataan Nibiru diambil daripada nama tuhan dalam bahasa Babylon. Menurut ramalan asal Notramadus, perlanggaran itu sepatutnya berlaku pada tahun 2003. Kemudian ia ditukar kepada tahun 2012 berdasarkan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah.

Ini kerana ramalan Notramadus dibuat berdasarkan kalendar ini, dan tarikh kalendar ini berakhir ialah pada 21 Disember 2012. Setakat ini sahaja pun sudah menunjukkan betapa fatalnya dakwaan perlanggaran Planet Nibiru. Oleh kerana tidak ada apa-apa berlaku pada tahun 2003, maka ia ditunda hingga tahun 2012. Alasannya mudah, kerana 2012 merupakan tarikh terakhir dalam kalendar.

Sebenarnya, ramalan-ramalan tidak berasas begini mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat umum dan umat Islam secara khasnya.

Apakah kesan ramalan begini kepada umat manusia?

RIDUAN: Mengadakan ramalan begini sudah semestinya menimbulkan keresahan di kalangan manusia. Persis seperti mana yang berlaku pada tahun 1999 menjelang tahun 2000. Ketika itu heboh dikatakan tentang virus Y2K.

Kononnya semua peralatan elektronik akan mengalami gangguan. Ini bukan perkara kecil, kerana ia akan melibatkan sistem kerajaan, perjalanan pesawat penerbangan, sistem lalu lintas dan banyak perkara lain lagi.

Kemudian alaf baru pun menjelma, sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku melainkan beberapa perkara kecil sahaja yang bersifat teknikal. Ternyata propaganda ini disebar-luaskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti syarikat pengeluar anti virus dan syarikat yang menjalankan penyelenggaraan sistem. Namun kita masih belum dapat mengesan apakah agenda di sebalik tersebarnya berita perlanggaran Planet Nibiru ini.

Apakah produk yang akan dikeluarkan untuk menangani atau menghadapi peristiwa besar ini? Ataukah ada pihak yang akan menyediakan kem perlindungan berbayar atau pesawat untuk menyelamatkan diri seperti yang dilukiskan dalam filem-filem animasi?

Apa pula hujah ahli astronomi dalam hal ini?

RIDUAN: Dakwaan dan ramalan tentang ruang angkasa dan apa yang berlaku di luar ruangan atmosfera, mungkin dapat dipercayai ribuan tahun dahulu. Namun pada hari ini, sudah ada satelit dan alat pencerap untuk menyemak kebenaran dakwaan ini.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Fairos Asilan menjelaskan: “Jika benar Planet Nibiru ini akan melanggar bumi pada tahun 2012, sudah tentu ia sangat hampir dengan bumi dan kita sudah lama mengesannya.”

Tambah beliau: “Dunia mempunyai banyak program pemantauan angkasa dan sistem teleskop kita boleh mengesan benda yang jauh sehingga beribu-ribu tahun cahaya.”

Kenyataan beliau disokong oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili ketika berucap di Dewan Negara. Beliau memberitahu bahawa dakwaan Planet Biru akan melanggar bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012 adalah tidak benar. Kewujudan Planet Biru pun masih diragui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...