"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, September 4, 2010

Rinduku Padamu Ibu

Rinduku padamu kuarga dan sanak-saudara yang byk memberi smgat dan dorongan
Rinduku amat pada anak2 buah d hari lebaran yg bakal menjelang
Rinduku pada arwah ibu yang berada d alam yang lain
Rinduku pada arwah ibu susah nak di gambarkan dengan filem-filem yang diterbitkan
Aku amat rindu padamu ibu, hampir 10 tahun kau telah meninggalkan aku dan anak2mu yang lain
Apa boleh buat semua tu telah takdir yang menentukan
ibuku aku telah merealisasikan IMPIAN mu untuk melihat salah seorang anakmu ke Menara Gading,
Aku juga telah merealisasikan HARAPAN mu tuk melihat salah seorang anakmu menjadi pendidik,
Tapi sayangnya semasa aku mengecapi kejayaan kau (Ibu) tiada di sisiku
Aku jugak telah merealisasikan IMPIAN ayah tuk menggantikan tempatnya sebagai seorang PENDIDIK,
Ibu biarpun kita di sempadani oleh alam yang berlainan hanya DOA kubekalkan untukmu Ibu di sana
Aku amat dahagakan kasih sayangmu tapi apakan daya semuanya dan ketentuan Ilahi,
Hari ni Ibu Tirilah tempatku mengadu kasih sayang dan tempat bermanja,
Biarpun ibu tiri aku dah menganggapnya sebagai ibu sendiri

Ibu, di hari lebaran yang bakal menjelang ini
Pusaramu akan kami (semua adik beradik) kunjungi bersama
deliran air mata mengingatkanmu kembali kenangan bersamamu ibu
Kami adik bradik ibarat benang emas yang tak kan putus dari hubungan kekeluargaan
Wahai Ibu, moga kau damai di sana
ku doakan kau berbahgia dalam golongan beriman..
Al-Fatihah
AMIN.....



Aku sayang arwah ibuku
Dk. Sauyah Binti Pg. Hj Mohd Yassin
1948 - 2001

Semangat Nak Balik Raya..

Hurrmm..
esok adalah 5hb September..
Esok pagi aku dah berangkat ke LCCT jam 8 pagi menaiki bas SKS dr KHAR..
Yang herannya flight aku 6hb September..
hahaha..
punyalah bersemangat nak balik raya kat Sabah..
Awal sehari datang p airport..
hahahaha...
tak pa ar..
dah lama aku tak menaiki Air Asia, so boleh ar stay lama-lama di LCCT..
boleh surf tenet, boleh makan bubur ayam kat McD time berbuka and bersahur..
(dah buang tebiat agaknya)...
bagasi aku pun tak la banyak.. coz banyak dah baju-baju kat kampung aku pos smasa praktkal aritu..
so just bawa barang-barang yang tak d perlukan.
Maybe nnti aku seharian d airport tu just tgok muvie, baca Quran, Ym, dan FB jak la..
oh ya kena cntinue baca novel yg baru aku beli tu Bumi CInta.. hahaha
so tak la boring sangat kan..

k la skrg ni nk p berkemas dlu ar..
bye.. bye..
salam

Wednesday, September 1, 2010

BuMi CIntA


Akhirnya novel "Bumi Cinta" karya Habiburrahman El Shirazy sudah berada di dalam genggamanku. hehehe... Sudah lama ku tinjau-tinjau buku ini di kedai buku, tetapi masa tu aku tak sempat membelinya disebabkan sambutan hangat dari peminat-peminat novel. Oleh itu, aku telah mem'book' buku ni pada toko kedai kat depan Kampus tu "Kedai Kak Yati".. Alhamdulillah, aku dah memperolehinya.. betapa terujanya nak membeli novel ini.. Aku memang meminati hasil karya penulisan Habiburrahman yang penuh dengan pembangunan jiwa dengan bait-bait ayat yang di karang amat kemas sekali dari segi nahu bahasanya.. biar pun dah di alih bahasa kepada Bahasa Melayu tapi aku faham dan mengerti juga sekiranya dalam Bahasa Indonesia.. Aku telah mendapat diskaun, mula-mula harga buku ini adalah Rm25.90, so pabila dapat diskaun Rm23.30 so terus je aku rembat.. hehee...

Aku mencari Novel Perjalanan Hidup Natrah juga.. Pada bulan lepas di UPSI ada buat pameran dan sesi soal jawab mengenai Novel Natrah oleh penulisnya, sayangnya masa itu aku mengalami kekangan kerja di pejabat pntadbiran kolej kediaman harun aminurrashid.. apa boleh buat bukan rezki ku time tu... tak pa, sabar.. akan aku perolehi juga Novel Natrah tersebut.. Insyaallah.. hehe.. so banyakkan membaca biar pun bukan dalam akademik.. yang penting latih otak kita tuk berfikir n sntiasa membaca...

Saturday, August 21, 2010

Ujian di Bulan Puasa...

Bulan puasa adalah bulan yg penuh dgn Magfirah dan bulan yg wajib memperbanyakkan amal ibadat.. Kita sebagai umat-NYA adalah wajib mengerjakan amal ibadat yang disyariatkan dan menjauhi perkara yang dilarang serta yang boleh membatalkan puasa. Hari ini adalah puasa yang ke-11, hari ini juga aku mengalami keadaan yang tidak sihat.. Diriku mengalami sakit kepala + batuk + selsema + panas badan. Walaupun tidak sihat tapi aku kerna meredahi semua ini kerana puasa tu adalah wajib. Yang paling aku tak tahan adalah bersin yang tak henti-henti.. Aku tertanya-tanya, adakah Resdung ku makin teruk??? aku tawakal jak kepada yang maha ESA.. agar di beri kesihatan di bulan puasa ini.. Agar kesihatanku beransur pulih.. Agar aku dapat melakukan amal ibadatnya dgn penuh khusyuk.. Tadarus Al-Quran sudah berapa hari aku tinggalkan.. harap2 hari2 esok kian berseri agar aku dapat meneruskan Tadarus Quranku.. Insyaallah, smuanya yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T... Ya Allah berikanlah aku kekuatan tuk menghadapi ujianmu ini.. AMIN....

Wednesday, August 4, 2010

SiLa PerKeNalKan DiRi........



Semalam 2hb Ogos 2010, saya sudah selesai satu seksaan dunia. Temuduga untuk menjadi cikgu. Penat belajar selama 4 tahun, tapi tetap perlu ditemudugakan. Adakah patut?
.
Tapi tidak mengapalah. Sebabnya soalan yang ditanya kepada saya tidaklah begitu menakutkan. hurmmm tp ada juga soklan yg di tanya saya anggap sbagai soklan Killer.. interview byk soklan x d jangka.. ikut panel la.. dr mood dia jg.. mula2 ak d suruh perkenalkan diri, pastu d suruh ceritakan kokurikulum d skolah smpai u, n then jwatan2 tertinggi dr skol smpai u, pastu dia suh citer pgalaman kerja n mgajar, n then dia bg soklan pasal guru disipli.. skiranya ak sbagai guru disiplin bagaimana cara nk atasi atau mgurangkan masalah kes buli, gangsterisme d skolah, pastu dia soal pasal sbjek geo smakin d pgirkan, apakah cara terbaik tuk menarik minat pljr bljr geo, pastu strategi pagajaran geo, n then soklan killer bg ak iaitu apakah syarat guru dg41 n dg48 masuk dlm politik, n last soklan dia tnya sama ada ak ni warganegara malaysia atau brunei... kan ak ni kan suku kaum brunei...
apa2pun semuanya dah berlalu.. just doa n tawakal..
.
Nama saya yang ke 11 pada sesi kedua. tp saya dah masuk pun pada sesi 1... hahaha.. aku x follow nama tu pun, aku masuk jak p bilik ujian insak... Perlu menjawab ujian Insak. Ohh..dugaan lagi. semasa nk jawab ujian INSAK tu ramai yg d halau terutama budak2 UMS n UUM coz surat pgesahan senat mereka xsah n blm kompem.. so rmai la yg d halau kuar dari dewan.. tp ada jg sebilangan pljr UPSI yg d halau coz lupa bawa dokumen ori spt Sijil Beranak, surat pgesahan senat n dokumen2 yg d kehendaki... kesian jugak tgok mereka penat lelah datang tuk hadiri temuduga tp d halau balik... nasib baik la dokumen aku semuanya lengkap...
.
Saya menarik nafas lega. Duduk dengan tenang menjawab soalan Insak. "Jangan tinggalkan satu pun". Pesan Helmi, Kak Ina, Manimaran, Kak Huda dan seniorku yg lain. Berkali-kali saya kira jumlahnya. Dan bukannya mengira jawapan yang dirasakan tepat. mengira semuanya dah d hitamkan... hahaha
.
setelah selesai temuduga tu aku berasa sedikit x lega coz dgn soklan killer yg diajukan padaku aku berasa macam kureng... aku takut soklan tu mmpgaruhi interview ku..
.
Segalanya sudah berakhir. Saya berasa sedikit lega. Tidak lega sepenuhnya. Selagi keputusan tidak diketahui. Mudah-mudahan...segala dugaan ini membawa petunjuk yang baik. mudah2an apa yg aku kehendaki semuanya berhasil............... Amin.

Thursday, July 15, 2010

Bodyweight Exercises

Monday, July 5, 2010

Pelajar UPSI Belum Tentu Jadi Guru?


JIKA anda bercita-cita menjadi guru dan ditawarkan belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jangan cepat teruja. Ini kerana, anda belum tentu lagi menjadi guru sekalipun anda berjaya mendapat segulung ijazah dari universiti ini.

Masyarakat masih beranggapan bahawa nasib graduan ijazah pertama UPSI sama seperti graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu mereka akan menjadi guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah Malaysia. Anggapan ini salah. Semakin hari, UPSI semakin melupakan peranannya mendidik dan melahirkan guru Malaysia dan semakin ghairah menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru.

UPSI meminggirkan bidang pendidikan siswazah guru secara sistematik dengan berselindung di sebalik nama perancangan penjenamaan dan penstrukturan semula fakulti. Semua kursus-kursus yang berkaitan dengan subjek mata pelajaran sekolah di kesemua lapan fakulti yang ada sebelum ini mula dipinggirkan dengan melonggokkannya di satu fakulti saja iaitu Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
Tindakan peminggiran ini jelas apabila pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus-kursus Sains dan Matematik untuk bakal-bakal graduan guru sekolah dikeluarkan dari Fakulti Sains dan Teknologi serta dilonggokkan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

Alasannya, pensyarah-pensyarah ini fokus kepada subjek Sains dan Matematik yang akan diajar di sekolah-sekolah dan seharusnya dipindahkan ke fakulti berkenaan. Saki baki Fakulti Sains dan Teknologi yang tertinggal diberi penjenamaan semula dengan nama Fakulti Sains dan Matematik.

Jika berasaskan kepada sebab yang diberikan, ini bermakna Fakulti Sains dan Matematik hanya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka bukan guru sahaja. Jika UPSI membuat pengkelasan berdasarkan kriteria sebegini, kesannya nanti, hanya tinggal Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia sahaja yang mendidik graduan bakal guru manakala lapan fakulti lain yang selebihnya akan menawarkan kursus-kursus untuk pasaran terbuka.

Layakkah UPSI terus memegang gelaran universiti pendidikan jika nanti hanya satu daripada sembilan fakultinya yang fokus kepada pendidikan guru? Apa akan jadi dengan tujuh fakulti lama yang tinggal dan satu fakulti baru yang telah ditubuhkan? Semuanya untuk pasaran terbuka bukan guru?

Sebenarnya, penstrukturan semula fakulti lebih kepada gimik pihak pengurusan untuk mengaburi mata masyarakat yang kononnya telah berlaku perubahan besar di UPSI. Kenyataannya, perubahan hanya kepada kedudukan bilik-bilik pensyarah akibat dipindahkan ke ‘fakulti longgok’. Mereka masih mengajar mata pelajaran yang sama kepada pelajar. Tidak ada apa-apa nilai tambah yang diperoleh daripada penstrukturan ini, selain menyusahkan pihak-pihak yang terlibat. Inilah penjenamaan semula dan penstrukturan semula fakulti yang UPSI banggakan sekarang.

UPSI kini berhasrat untuk menggadaikan warisan tradisinya mendidik guru. Sedangkan universiti-universiti lain berusaha untuk menawarkan lebih banyak kursus pendidikan tetapi UPSI sendiri mula meminggirkan bidang pendidikan guru yang menjadi darah daging UPSI sejak zaman SITC tahun 1922 lagi.

Inilah salah satu contoh masalah yang berlaku.

Barangkali UPSI berpendapat, hak untuk menawarkan sebarang kursus adalah hak UPSI. Masalah untuk menempatkan graduannya di sekolah-sekolah adalah masalah Kementerian Pelajaran. UPSI tidak perlu fikir itu semua sebab yang paling penting, UPSI boleh nampak gah menawarkan kursus-kursus yang tidak ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru atau mana-mana IPTA lain. Masalah penempatan guru untuk graduannya, biarlah kementerian berkenaan yang selesaikan.

Nyata sekali, UPSI tidak pernah mengkaji sedalam-dalamnya pasaran guru untuk kesemua graduannya. Semakin hari, semakin galak UPSI merancang dan menawarkan pelbagai kursus yang tidak relevan dengan keperluan kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia. UPSI semakin lupa diri dan merasakan ia perlu sama dengan IPTA lain. Sebab itulah UPSI ingin sama-sama berlumba dengan IPTA dan IPTS lain dalam menawarkan lebih banyak kursus untuk pasaran bukan guru.

Sifat angkuh UPSI sekarang yang enggan memahami keperluan kementerian adalah punca utama masalah penempatan graduannya di sekolah-sekolah.

Untuk mengubat hati, UPSI mengatakan bahawa graduannya masih boleh menjadi pensyarah di politeknik.

Sebenarnya, peratusan graduan UPSI yang berjaya menjadi pensyarah di politeknik amatlah kecil. Jika benar peratusannya tinggi, hebahkanlah jumlah peratusannya kepada masyarakat supaya boleh menjadi kebanggaan. Masyarakat di luar sana berhak tahu kerana mereka yang akan menghabiskan banyak duit menghantar anak-anak mereka belajar di UPSI.

Kepada anda yang benar-benar bercita-cita menjadi guru, anda berhak membuat pilihan yang lebih tepat. Ketika ini, pilihanterbaik anda adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana selain mendapat bantuan elaun semasa belajar, peluang untuk ditempatkan di sekolah-sekolah juga jauh terjamin berbanding graduan UPSI. Setidak-tidaknya, anda tidak akan menganggur untuk satu tempoh yang lama sambil menanggung beban dengan hutang PTPTN. Semak semula surat tawaran anda jika ditawarkan ke UPSI dan fahamilah erti sebenar ‘kursus terbuka’ jika tertulis di dalamnya. Pilihan sebenar di tangan anda.

link biru-->sangat setuju,,sangat sangat sangat setuju...da lama sy pendam berkaitan isu ni.,sbg slh seoram mahasiswi di UPSi,,yg msh menuntut di upsi skang,,sy sgt2 xsetuju ng tindakan ni,,law nk bt open market,,pasni,tukar je la nama upsi ni,,xyah ltk universiti pendidikan lg da..ntah pape je~

link warna pink-->ni pm sy setuju,,pd adik2,kakak,dan syape2 je kt luar sana,,law nk bt pilihan nk msk U,xyah la amek upsi,,upsi xmenjamin koram utk jd cikgu da..
law u olzz nk sgt jd cikgu,minta IPG,,elaun pm dpt,,
kt upsi u ollz xdpt pape..da r kena bt pnjmn,,nk dpt biasiswa punya r ssh..
pas2 mcm2 isu skang,,terutama isu posting..sy dan kawan2 yg dlm thn akhir ni,,
xtau la cmne nasib kami nnt,,ntah ade ntah tidak penempatan utk posting,,
nk xnk,,tpksa pujuk hati ni,didik dr skang,,supaya trimer dgn hati terbuka if kena ngaja kt sabah or sarawak..
tu je cara tbaik nk senang dpt posting,,mnta tmpt pedalaman,,sabar je la..

ni lom sebut sal isu dak DPLI..law sebut sal ni..lg la saya angin 1 badan,,rs cm nk nyumpah2 je sal isu DPLI ni..siyes..xsabar nk kua dr upsi ni..

nasihat sy pd anda diluar sana,,xyah la msk upsi,,upsi xmenjamin koram utk jd cikgu da~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...