"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Monday, March 12, 2012

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri

1. Selalu Bangun Sebelum Subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Kesegaran udara subuh baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif Menjaga Kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3. Tidak Pernah Makan Berlebihan

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda; Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan.

4. Gemar Berjalan Kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

5. Tidak Suka Marah

Nasihat Rasulullah ‘Jangan Marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Saturday, March 3, 2012

Jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit


Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama. Ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama. Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Friday, February 10, 2012

Ambillah Sedikit Waktu .... !!

“Ambillah waktu untuk berfikir itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu bermain itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal itu adalah kunci menuju Syurga…”

Fikirkanlah seberapa banyak kita ambil semuanya mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi.. Oleh itu., hargailah semua itu…

Wednesday, February 8, 2012

Aku Ditimpa Kemalangan... Syukur Allah Kerana Melindungi Aku...

keadaan kereta bapaku yang remuk…


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasa syukur ke atas Mu ya ALLAH.. kerana masih memelihara ku dan melindungiku tatkala aku mengalami kemalangan pada 6 Januari 2012 jam 7.45 malam… masa itu aku ingin solat berjemaah di surau SMK Menumbok.. Ingin berjemaah solat Isyak bersama-sama pelajar asrama… Tiap2 malam saya kena ke asrama.. iyalah dilantik jadi warden kan.. so kena lah galas tanggungjawab tu….

Ok..

Kejadian ini berlaku berdekatan dengan kawasan sekolah.. Kisahnya bermula begini.. Saya keluar dari rumah pada jam 7.40 malam dan memandu kereta bapa saya dalam lingkungan 60 km/j… setibanya saya menghampiri kawasan sekolah… tetiba ada 2 ekor kerbau meluru dari tepi kereta aku.. lalu merempuh habis kemek depan kereta.. Fuhh aku yang berada di dalam tu punya terkejut badak.. Nasib juga kerbau tu tak menghimpit pecah cermin depan kereta.. Kalau tidak habis aku dihimpit teruk oleh kerbau… Lepas tu ramaila orang-orang kampung berlari mengerumi aku…

Syukur Alhamdulillah ALLAH masih melindungiku dari malapetaka ini.. Lepas ini aku kena berhati2 lagi di kawasan tu… Sebenarnya kawasan itu memang banyak kerbau… Ntah la ada tuan tapi kerbau itu dibiarkan berkeliaran dan membahayakan nyawa penduduk kampung… Sebenarnya dah ada kemalangan maut berlaku di kawasan Mempakul itu… akibat terlanggar kerbau… huhuhuhu… Masyaallah….

Tu la pelik tapi benar… Mesej yang dihantar oleh rakan ex-classmate d UPSI… berbunyi begini….

“Biasanya kita dengar manusia yang langgar lari binatang tapi kes di Menumbok binatang yang langgar lari manusia.”

Huhuhuhuhu… sudah QADA dan QADAR nya… kita terima saja…

kereta boleh di beli tetapi nyawa sukar dicari ganti… huhuhu

Monday, January 30, 2012

Khas Untuk Yang Single-Mingle jer.. Hihi

Untuk Yang Single-Mingle

P/S : Juga Untuk yang asyik dok bertanya jodoh si bujang-bujang…


Bila nak kawin ??

Di sini orang bertanya

Di sana orang menyoal

Tak kira teman mahu kenalan

Asyik-asyik itu je yang jadi bualan

Begitulah nasib orang bujang

Tak kira lelaki mahupun perempuan


Bila nak kawin ??

Keluarga pun dah mula risau

Si teruna. Emak bimbang jadi bujang terlajak

Si dara. Ayah takut bergelar Andalusia


Bila nak kawin ??

Jiran turut sama menumpang tanya

Bila dijawab jodoh belum ada

Kata mereka, kita kenalah usaha

Mandi bunga salah satu caranya

Tak pun mandi ais boleh dicuba

(hehehe… ini cadangan pelik kawan saya)


Bila nak kawin ??

Aduuuhhhh…. Aku disoal lagi

Kawin ??? Nak kawin dengan sapa ?

Calon pun takde

Hah !!! Awak tu memilih sangat agaknya

Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata


Bila nak kawin ??

Akan ku kawin jam-jam ni juga (haa.haa.haa)

Andai memilih isteri semudah bershopping di pasar malam

Atau semudah membeli VCD cetak rompak

Atau sesenang memakan twisties..


Bila nak kawin ??

Aaahhh, sungguh aku bosan

Banyak yang lain boleh jadi persoalan

Kenapa astik itu yang dihadapkan

Apa kita nak heran

Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan..


Bila nak kawin ??

Pada yang masih bujang

Biarkanlah mereka terus bertanya

Usah ditunggu letih mulut mereka

(Takkan letihnya sampai bebila…)

Kalau ada jodoh

Insya-Allah takkan ke mana…


Bila nak kawin ??

Usah dirisaukan jodoh orang

Jaga masjid sendiri agar tidak goyang

Lain orang lain rezekinya

Syukurlah dengan apa yang kita ada



*** Setelah puas memandang orang lain… Pandanglah pula diri sendiri. Cari jati diri…


Jadi diri sendiri, orang lain suka mengkeji.. dan memuji.. hakikatnya kita lebih tahu diri kita. Memuaskan hati semua orang adalah mustahil. Lagi kita mencuba lagi kita terseksa…. So, kita enjoy.. aku… pahit.. sedih… muram.. dan … sepi…


Huhuhu kekadang malu juga ar orang duk sibuk tanya itu dan ini.. Lebih-lebih lagi pabila adik aku yang duluan kawin dari aku.. Iyo laaa aku ni sibuk belajar 4 tahun kat U… Adik aku tu tak sambung study n terus keje, lepas tu terus kawin.. dah tu bulan November ini adik aku dah bergelar AYAH… lagi la orang sibuk tanya aku bila nk jadi ayah ni.. Adik dah bergelar ayah.. aku ni kawin pun belum huahuahua… tak pa, rezki masing-masing kan.. so wait n see jer laaa

Tuesday, January 24, 2012

Blogku Yang Kesepian... !!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat teman-teman bloggers dan readers sekalian…

Sedihnya saya pabila melihat blog yang dihias cantik, di create kemas tapi sepi tanpa pengunjung ?.. Maaf buat teman-teman sekalian dalam beberapa minggu ini saya sibuk dengan aktiviti-aktiviti sekolah.. awal-awal tahun kan so mesti sibuk… lebih-lebih lagi saya pegang jawatan ketua warden asrama dan ketua Panitia Geografi (untuk tahun ke-2)…

Hurmm.. ceritera saya mengenai travel ke Korea Selatan pun belum saya kongsikan bersama di dalam blog ini.. sekiranya ada masa.. Insyaallah akan saya kongsikan bersama buat teman-teman…

Hurm.. mungkin saya sibuk sehingga bulan Mac.. Sebab saya dapat arahan dari Ketua Bidang saya untuk membuat soalan Geografi PMR bagi seluruh kawasan daerah Kuala Penyu.. Oleh itu, saya dikehendaki membuat soalan Geografi PMR ujian bulan Mac berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)… Fuh…. Saya memang ada simpanan soklan-soklan yang berdasarkan JSU… Insyaallah akan saya siapkan juga soklan tersebut.. Hurrmm.. kena ikut aras la ni… huhuhuhu…

Apa-apapun kena siapkan dan laksanakan dengan jadual kerja yang ditetapkan.. Hal ini kerana, semua itu adalah berbalik kepada “Lillahi Ta’ala” serta “Nawaitu”… Dengan erti kata lain, bagi kita yang bekerja di jabatan kerajaan ini apa yang kita pegang ialah prinsip “Yang Menurut Perintah”… Hahahahahaa…..

Ok…. Laaaa… sekiranya ada yang saya nak kongsi.. ada la saya buat entri-entri terkini tu.. wait n see jer laaaa…

Tuesday, January 3, 2012

Santapan Rohani

Santapan Rohani sebelum lena diulit mimpi…

“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.”

Fikir-fikirkan wahai saudaraku sekalian….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...