"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, October 30, 2012

Korang Pernah Dapat Mesej Berangkai Ke ?




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman bloggers sekalian…
Apa khabar ? Harap-harap di dalam keadaan sihat walafiat dgn hendakNYA…

Haaaa… nak tanya kat korang semua ini, korang dapat tak mesej yang entah apa-apa, maksud saya mesej berangkai… Hurmmm, saya pun tak tau la masyarakat sekarang ini suka bebenor sebar mesej yang tak berapa pasti kesahihannya, yakni tanpa menunjukkan bukti yang kukuh… Ini boleh menjatuhkan akidah seseorang kan…. Haaa korang tengok la beberapa mesej yang saya terima pada beberapa hari yang lepas…
“Korea sedang menjatuhkan Islam di seluruh dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! Lagu dan style itu menghina Nabi Muhammad S.A.W.. ~Astaghfirullah Al Azim~ Lirik lagu itu ada yang bermaksud ‘kunun ada binatang BURROQ’, ‘kunun boleh sampai langit ke-7’ kan baginda naik ke langit mengggunakan BURROQ ??? ~ Penyanyi itu juga buat style silangkan tangan dia, kan tanda salib tu ?, even baginda penah cakap, BURROQ itu sangat laju dan tidak sama dengan kuda… jadi penyanyi itu terpaksa silangkan tangan tuk grip kuat style kuda itu, korang perasan tak? Boleh membawa kepada murtad !! Sebarkan……”

Ini pulak mesej kedua saya terima pada hari berikutnya…..
“Assalamualaikum. Tolong jangan delete… SMS ini dari ibu SAID (juru kunci Mekah), ia bermimpi bertemu dengan MUHAMMAD Rasulullah S.A.W. Dalam mimpi itu baginda berpesan, kuatkan akidah dalam ibadah kerana dunia sudah goyah dan tua. Janganlah tinggalkan solat setiap waktu. Tolong sebarkan SMS ini kepada 20 orang muslim. InsyaAllah, dalam masa 10 hari anda akan mendapat rezeki besar dan bila tidak disebarkan maka anda akan menemukan kesulitan yang tiada henti-hentinya. Demi ALLAH ia akan terbukti”.

Hurm… ini lah mesej yang saya dapat… huhuhu.. macam la mesej tu yang menentukan pahala dan dosa, macam la mesej tu yang beri kita bala dan rezki…. Huhuhuhu

Begitu juga dengan sesuatu musibah yang telah ALLAH takdirkan bukan kerana SMS atau emel berangkai dari seseorang. Ada seseorang menghantar SMS kepada saya berbunyi, “Sila forwardkan kepada 10 orang rakan-rakan anda insyaallah anda tidak akan ditimpa musibah”.

Kepada rakan-rakan sekalian renung-renungkan.. Better kalau dapat mesej yang seumpama di atas fikir-fikirkan dahulu… SAYA MEMANG TAK AKAN LAYAN DAN TAK AKAN FORWARD PADA SAPA-SAPA…. Dah la takda bukti yang sahih… Tapi bagi saya benda-bdan begini langsung tak boleh dipercayai dan syirik kerana mempercayai sesuatu selain daripada ALLAH adalah syirik. Rezeki, ajal dan maut telah ditetapkan oleh ALLAH dari azali lagi, Cuma kita harus berusaha mencari rezeki yang halal, bukan mengharap seperti bulan jatuh keriba.

WALLAHUALAM

Sunday, October 28, 2012

Sekadar Renungan Bersama



Ada ketikanya, semua teman seperti menjauhi kita dan dunia seperti meminggirkan kita.
Kita pun kesedihan dan tertanya-tanya bagaimana mahu mengharungi hari esok.
Hakikatnya, kita lupa, ALLAH tidak pernah meninggalkan hamba-NYA apatah lagi membiarkannya sendirian.

~ Ibnu Massal ~

Friday, October 19, 2012

Doktor Kubur

~ Sekadar Gambar Hiasan ~



Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung telah pun meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan berbentuk jantung dikuburnya. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar. Sebulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sebelum ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu peringatan berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumian beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam di doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

“Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi” Kata si doktor.

“Saya tidak tahu apa yang harus saya katakana kepadamu,” kata lelaki itu.

”Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu” jawab si doktor itu.

“Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti” kata lelaki itu.

“Mengapa pula?” tanya doktor tersebut. “saya seorang doktor pakar penyakit kelamin” jawab lelaki itu dengan nada perlahan....

Wednesday, October 17, 2012

Ketawalah Untuk Jantung

Kajian menunjukkan ketawa memberi banyak manfaat kesihatan kepada kita. Informasi dari American College of Cardiology mengatakan ketawa sama baiknya dengan aerobik kerana ia menyihatkan jantung, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan proses hormon stress.

Penelitian lain membuktikan selepas 15 minit anda ketawa, pembuluh darah akan menjadi lebih lentur dan risiko serangan jantung berkurangan. Untuk mendapatkan manfaat seperti itu, selepas menikmati makan malam, teruskan menonton filem komedi sambil menikmati kudapan. Tetapi harus diingat, kudapan yang menyihatkan sahaja ya!

Monday, October 8, 2012

AMANAT UNTUK PELAJAR PMR




“Hari ini kami meredakan ilmu yang kami titiskan
Hari ini kami mengikhlaskan ajaran yang kami sampaikan
Hari ini kami mengharapkan dirimu menerima dengan senyuman dan keikhlasan.

Setitik keringat yang mengalir tidak disertai dengan keluhan
Setiap patah kata pembakar semangat penuh dengan harapan dan keinginan
Setiap langkah diatur hanya untuk memastikan……KEJAYAANMU
Setiap masa yang berlalu dipenuhi dengan doa dan permintaan
Setiap nasihat dan panduan dipanjatkan agar kau menjadi ilmuan

Segulung intan bukanlah yang kami harapkan……
Cuma dengan penuh keinsafan kami merestukan ilmu yang kami ajarkan
Agar……… Setitik air engkau lautkan,
Sekepal tanah engkau gunungkan,
Secebis benang dipintal menjadi kain,
Sehelai bulu dijalin menjadi baju.

Tiada dendam,
Tiada marah,
Tiada curiga…
Tetapi sentiasa resah…..
Kenapa adik-adikku!.... Kerana kaulah pewaris negara tercinta
Jika gagal kami kecundanglah NUSA.
Teruskan perjuanganmu untuk hari muka,
Genggamkan tekadmu untuk berjaya,
Kerana tiada sesiapa pun akan membantu kita
Melainkan USAHA DARIPADA DIRIMU SENDIRI.

Pergilah berjuang adik-adikku,
Jadikan pensel, pena serta tinta untuk perjuanganmu
pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

PMR…… SPM milikmu,
Jangan berpaling lagi, yakinlah pada diri, ingatlah pesanan kami,
Kejayaanmu sebagai bukti bahawa kami telah berbakti tanpa rasa sangsi,
Doa diiringi dengan penuh kasih sayang bersemi dihati
Agar 7A…… 8A menjadi tatapan diri sendiri, juga ibu bapa tercinta
serta guru-guru yang telah menabur bakti……

Yang paling penting
TIDAK LUPA kepada YANG MAHA ESA
DIAlah penentu segala……
Bacalah BISMILLAH….
Sebelum memulakan tugasmu
Berselawatlah jika terlupa,
Berdoalah agar impianmu menjadi nyata.



Ikhlas dariku :-
Awangku Johan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...