"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Thursday, August 23, 2012

Bila Dosa Dah Jadi Biasa


Bila dosa jadi biasa,
Hilang rasa gelisah pada Yang Maha Esa,
Bila dosa jadi biasa,
Hilang rasa malu dalam jiwa,
Bila dosa jadi biasa,
Titik hitam sudah tidak dapat dikesan di dalam hati yang bersarang noda,
Bila dosa jadi biasa,
Maksiat makin melata tak kira tempat dan masa,
Bila dosa jadi biasa,
Semua yang haram dipandang indah di mata manusia.
Wallahualam..... 

Percuma Tuk Korang


Hurmm time lebaran ini korang ada stok ayam ke tak ?? Kalau takda meh la sini amik sekor sorang… Percuma jer saya bagi.. hihihi…

Korang tengok macam Khairul Fahmi kan dlm gambaq ni… Macam jer kan hihihhi…

Jom amik sorang sekor… balik rumah leh masak rendang hihihihi 

Amacam Raya Tahun Ini, Meriah ?


Assalamualaikum w.b.t. kepada rakan-rakan bloggers sekalian…..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..

Macam mana raya anda tahun ini ??? Meriah ke ?? Harap-harap sambutan raya anda tahun ini meriah la ek… Hurmm rasanya Raya saya tahun ini macam tak berapa meriah.. Hurmm ntah la.. saya pun tak tahu kenapa ? Macam ada sesuatu jer, ntah la… aku pun tak tahu.. Tepuk dada Tanya hati… Tahun ini tak da member2 ex-skol datang rumah.. Yang ada pun just Nurul Aziana dan Norhafeezah… thanks frens… Hurmm yang lain-lain tak tau p mana.. sibuk kot.. wallahualam…

Nampaknya tahun ini adalah tahun kedua saya menyambut Hari Raya setelah bekerja sebagai seorang pendidik.. Hurmm duit raya tahun ini saya sediakan sebanyak RM500.. Cukup la tu kan.. Kalau tahun lepas saya sediakan sebanyak RM1500 tuk duit raya.. Apa tidaknya tahun lepas adalah tahun pertama saya mendapat gaji.. Jadi semua saya kena bagi.. termasuk adik-beradik lain saya bagi duit raya walaupun mereka dah bekerjaya… Tahun ini saya bagi anak-anak buah saja laaa… hihihi…

Hurmm yang aku malas raya tahun ini ialah pertanyaan yang malas aku nak jawab.. iaitu “Bila kau nak kawin”, “Ada sudah calon ke”…. Aduh malas aku nak jawab… Jawapan aku wait and see jer laa… benda tu bukan kita nak on da spot pun… kalau ada jodoh, ada la… kalau takda berdoa lagi laa.. aku malas ar nak jawab sangat pertanyaan macam tu… ntah macam esok dah nak kiamat pulak. Nk Tanya benda-benda macam tu… hurmm sibuk bebenor Tanya jodoh orang.. kalau aku Tanya kang bila korang nak mati terjawab ke tak… ?????? huhuhuhuhu

Jodoh dan pertemuan itu bukan kita yang tentukan… semua tu dah ditentukan d La Mahfuz… so bersabaq jer la kan…

Ok, rakan-rakan bloggers sekalian… selamat beraya, selamat menjamu selera.. jangan makan banyak sangat kang dapat penyakit kencing manis… hihihi…


Ok Salam Eidulfitri.. 

Saturday, August 18, 2012

Jom Join Saya



ASSALAMMUALAIKUM WBT... Saya mencari rakan-rakan yang ingin menambah pendapatan sampingan... PERHATIAN KEPADA YANG MASIH WAS-WAS APA ITU SAP dan macam mana SAP ini berfungsi???? Ini jawapannya....

1. Sebaik Modul SAP diaktifkan, sistem akan promosikan link bagi pihak anda.
2. Promosi dijalankan sekali sahaja dalam satu hari.
3. Promosi dijalankan dengan bersahaja, dengan diselitkan kata-kata motivasi ringan.
4. Jika ada pembeli dari link anda, maka anda dapat komisen introducer.
5. Selagi tidak habis level yang ditetapkan, anda dapat komisen level, walaupun anda bukan introducer.
6. Tiada tarikh luput bagi setiap keahlian... JADI APA TUNGGU LAGI JOM SERTAI SAP DISINI... !!!! klik http://rm90.ibct.my/371 or SINI 

Sunday, August 12, 2012

Batu & Pasir


Hari ini nak berkongsi cerita dengan korang.. Cerita berkenaan batu dan pasir..

Kisah ini menceritakan tentang dua sahabat yang berjalan melintasi gurun pasir... ketika dalam perjalanan itu mereka mula bertengkar dengan yang satu menampar pipi sahabatnya.. Yang ditampar pipinya, hatinya terluka... Tapi tanpa berkata sepatah kata pun dia kemudian menulis di pasir HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPAR WAJAHKU”...

Mereka meneruskan perjalanan sampai berjumpa sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk berehat dan mandi... Tetapi orang yang wajahnya ditampar, terjatuh di pasir jerlus dan mula tenggelam, tetapi sahabatnya berjaya menyelamatkannya... Setelah pulih keadaannya, dia mengukir kalimat di sebuah batu HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN HIDUPKU”...

Orang yang telah menampar sahabatnya dan kemudian menolongnya, lalu bertanya Setelah aku menampar, kamu menulis di pasir, dan sekarang kamu menulis di batu, kenapa begitu??”

Sahabat yang ditanya menjawab “Ketika seseorang menyakiti, kita harus menuliskannya di pasir, supaya angin dapat memaafkan dengan meniupnya lenyap tanpa meninggalkan kesa... Tapi saat orang melakukan kebaikan untuk dia, kita harus mengukirnya di batu, supaya tidak ada satu angin pun sanggup menghapuskan ingatan indah itu”

Kesimpulannya, belajarlah untuk menuliskan kepedihanmu di pasir dan mengukir pengalaman baikmu di batu cadas.. Orang bijak pernah berkata, “kita memerlukan waktu satu minit untuk menemukan seseorang yang istimewa, satu jam untuk kita menghargainya, satu hari untuk menyukai dan mengasihi. Tetapi memerlukan waktu seumur hidup untuk melupakannya”...


Thursday, August 2, 2012

Jom Santai


Hehehe…. Baca-baca dalam blog Amazing Nara tertengok pulak 2 ekor haiwan hihihihi… Comey nyer… tak henti-henti aku ketawa tengok pic ini hahahaha….

Jom gembirakan hati kita di Hari Khamis ni… Sesiapa yang gundah gulana tengok jer la pic ni opkos gelak sakan hihihi

Kredit tuk Amazing Nara… hihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...