"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, March 17, 2012

Kenapa Perempuan Melayu Senang Di Rasuk ??

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salahnya…..

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan…

Kes hysteria di sekolah kat BSB…… Misteri di Asrama Puteri terjawap!!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar-legar di asrama hinggakan mereka masuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir-hampir pengsan dibuatnya.

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah ketua jin itu!!!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?? Jawap !!!!” “Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…..

“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”, Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK….

Hahaahahahaha….. Kan dah kena… Hikhikhik…

Kredit by Abg Nara

Wednesday, March 14, 2012

Apa Nak Jadi Anak Dara Sekarang Ni ?? Nak p kangkang pun ajak orang... !!!

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa dari biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? Kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu…. Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaa~~~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.”

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ni dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata….

“Astaghfirullah’ Alazim!!! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong Akidah ini? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah…. Kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku… Puas hati!! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah di kemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis di depan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.

Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…


“Hah, inilah Kang Kang nya…. Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !!! Ini, nak pergi KANGKANG…. Nak pergi KANGKANG… Haishhhh~~”

P/S; Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhuhu~~~


Kredit by : Amazing Nara

Saya share sebab LUCU….. n LUCUCAH… hahaha

Salah Siapakah ?? Cikgu Bahasa Melayu ke Cikgu Matematik ?

Salah sapa kah ini ???

Adakah Cikgu Bahasa Melayu atau CIkgu Matematik….

Yang penting saya tak salah.. sebab saya Cikgu Geografi… Hahahahaa….

So… salahkan diri sendiri laaaa… sapa suruh masa cikgu mengajar duk tido memanjang jer….. Nahhh… ini la jadinya… hahahhaaha

Betul ke ni ???

Arghhhh… Betui ke tak ni ??

Aku tak caya laa.. Kalau macam ni body aku pun kalah ni… Huhuhuhu..

Lepas ni kena workaholic laa… nk dptkan bentuk badan macam ni…
Tercabar minda, fizikal dan emosi ni../ huhuhuhu

Monday, March 12, 2012

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri

1. Selalu Bangun Sebelum Subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Kesegaran udara subuh baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif Menjaga Kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3. Tidak Pernah Makan Berlebihan

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda; Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan.

4. Gemar Berjalan Kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

5. Tidak Suka Marah

Nasihat Rasulullah ‘Jangan Marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Saturday, March 3, 2012

Jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit


Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama. Ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama. Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...