"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Sunday, September 25, 2011

Lawak 2 : Kisah Pelancong Taiwan Dan Pegawai Imigresen

Deng Xiaoping, seorang lelaki Taiwan yang sangat kaya tetapi tidak boleh berbahasa Inggeris tiba di lapangan terbang New York. Setelah memasuki ruang di imigresen ketika mengecop passport, seorang pegawai menanyakan beberapa soalan kepada lelaki tersebut untuk mengetahui tujuannya ke New York.

Pegawai Imigresen : “Apa nama terakhir Presiden Pertama kami ?”

Kerana tidak memahami bahasa Inggeris dengan baik, dia membuat andaian bahawa pegawai tersebut menanyakan nama keluarganya (surname). Lalu dia menjawab: “Wo xing Deng” (dibaca: wo sing Teng).

Pegawai itu mendengar “Washington! Lalu melanjutkan ke pertanyaan kedua.

“Apa tujuan kamu datang ke New York ?”

Fikirannya secara logic tentu pegawai tersebut bertanyakan namanya. Lalu lelaki Taiwan itu menjawab, “Xiaoping”. Pegawai itu dengar “Shopping”.

Soalan ketiga : “Apa kenderaan yang kamu guna di Taiwan ?”

Lelaki itu berfikir lagi, ditanyakan statusnya di Taiwan dan menjawab dalam bahasa Hokkien: “Bo bo”. (dalam Hokkien bererti: “Belum beristeri”).

Dan pegawai imigresen itu mendengar: “Volvo!”, lalu dia tersenyum dengan hormat dan bertanya lagi. Soalan keempat: “Siapa penyanyi pop yang paling terkenal di Amerika Syarikat ?”

Ketika itu lelaki Taiwan tersebut sudah mula tidak sabar dan bercakap kasar dalam bahasa Hokkien: “Mai Ko Cai Seng.” (bermaksud “Jangan main-main lagi dengan saya!”).

Hahahahahaa…. Lawaknya… macam ayam dengan itik…..

Jom Berkenalan dengan Artis ini... !!!

Korang penah nampak benda alah ni ??? Heehehe artis di dunia lain..

Kalau penah nampak apa perasaan korang à best, happy, sedih, takut……

Hahahahaha… Kalau korang penah nampak syukur laaa… hehe.. korang dah diberi peluang untuk melihatnya… Moga itu menjadi kenangan terindah buat korang.. Hahahaha.. Indah la sangat.. entah-entah trauma.. Hehehe…

Korang rasa benda ini selalunya mengacau ke ?? sapa yang akan menjadi mangsa ?? sama ada lelaki or perempuan ??? Hurmm tak tahu la kan..

Kalau korang nampak benda ini diam-diam jer tau.. nanti tak pasal-pasal dia akan membelenggu diri kamu hari-hari… Sentiasa la berwaspada.. hehe..

Kalau tak nak terjumpa, banyakkan la amal ibadat, sentiasa berdoa pada Allah, doakan kesejahteraan mereka…

Ok laaaa.. harap2 korang jangan la takut dengan mereka yer.. buat macam biasa jer… hehee

Sekiranya Binatang Ada Facebook ????

Kalau binatang ada facebook, agak-agak korang apa status mereka ?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoy… kenyang blurpp, Alhamdulillah..


CICAK : isteriku tersepit pintu… … …


KUCING BETINA : “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa”


AYAM : Kawan-kawan.. kalau esok guwa tak update, bererti guwa udah di goring.. I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… Uwaaaa…

KUCING JANTAN : Baru je add awek sebelah rumah… keturunan PARSI beb !!!


BABI : Aku bengang btol la.. dia gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnya.. wei bro!! len kali siasat dlu la sape yang berak kat depan umah kaw… tension2…

Wednesday, September 21, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta....

Ya Allah

Jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku pada seseorang

Yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.


Ya Muhaimin,

Jika akau jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana,

Jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling dari hatiMu…


Ya Rabbul Izzati,

Jika aku rindu,

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui

Syahid di jalanMu..


Ya Allah,

Jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…


Ya Allah,

Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam

Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…


Ya Allah,

Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga

Melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi

Hanya kepadaMu..

Amin..



Doaku….

Moga Kita sama-sama berjaya di Dunia dan Akhirat…

Berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran.. yang sememangnya menguji kekuatan iman…

Kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang….


Semoga Cinta yang dicari telah ditemui…

Semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya…

Insya Allah…

Siswazah Dapat Kerja ???

Hari ini terbaca artikel akhbar yang menyatakan “Hampir 88, 000 Siswazah Dapat Kerja”… Fuhhh bilangan kuantiti graduan yang ramai… Alhamdulillah, sebab ramai daripada graduan-graduan dah menerima peluang pekerjaan. Tetapi bilangan itu adalah bilangan graduan pada tahun lepas, secara tidak langsung tahun lepas saya konvo pada bulan 10 dan bulan 11 saya dah menerima tawaran posting.. Hurmm lama jugalah menunggu kerja… Tahun lepas saya habis praktikum pada bulan Mei dan bekerja sementara di Kolej Kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sehingga bulan Oktober.. Saya bernasib baik dan kira rezeki saya dapat panggilan posting pada bulan November..

Di dalam akhbar tu menyatakan Kajian Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun lalu kira-kira 50.4% atau 57, 908 siswazah berjaya mendapat mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian..

Daripada 240, 000 pelajar yang menamatkan pengajian setiap tahun, sebanyak 24.6 peratus atau 42, 995 siswazah gagal mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan. Keadaan itu berpunca daripada sikap memilih pekerjaan, bertukar-tukar pekerjan dan ada yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara….

Oleh itu, seboleh-bolehnya graduan-graduan kita janganlah memilih pekerjaan, semasa menunggu peluang pekerjaan yang sesuai bekerja la dahulu biarpun pekerjaan itu tidak menepati dengan kelulusan/ijazah yang kita perolehi.. Insyaallah, berkat doa dan sabar Allah akan membantu kita, sama ada cepat atau lambat.. So jangan memilih kerja yerr… hehehe… sentiasa bersabar dan doa..

Siswazah Dapat Kerja ???

Hari ini terbaca artikel akhbar yang menyatakan “Hampir 88, 000 Siswazah Dapat Kerja”… Fuhhh bilangan kuantiti graduan yang ramai… Alhamdulillah, sebab ramai daripada graduan-graduan dah menerima peluang pekerjaan. Tetapi bilangan itu adalah bilangan graduan pada tahun lepas, secara tidak langsung tahun lepas saya konvo pada bulan 10 dan bulan 11 saya dah menerima tawaran posting.. Hurmm lama jugalah menunggu kerja… Tahun lepas saya habis praktikum pada bulan Mei dan bekerja sementara di Kolej Kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sehingga bulan Oktober.. Saya bernasib baik dan kira rezeki saya dapat panggilan posting pada bulan November..

Di dalam akhbar tu menyatakan Kajian Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun lalu kira-kira 50.4% atau 57, 908 siswazah berjaya mendapat mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian..

Daripada 240, 000 pelajar yang menamatkan pengajian setiap tahun, sebanyak 24.6 peratus atau 42, 995 siswazah gagal mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan. Keadaan itu berpunca daripada sikap memilih pekerjaan, bertukar-tukar pekerjan dan ada yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara….

Oleh itu, seboleh-bolehnya graduan-graduan kita janganlah memilih pekerjaan, semasa menunggu peluang pekerjaan yang sesuai bekerja la dahulu biarpun pekerjaan itu tidak menepati dengan kelulusan/ijazah yang kita perolehi.. Insyaallah, berkat doa dan sabar Allah akan membantu kita, sama ada cepat atau lambat.. So jangan memilih kerja yerr… hehehe… sentiasa bersabar dan doa..

Tuesday, September 20, 2011

Selamat Bersara Buat Cikgu Awang Bujal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Tatkala tadi aku berhijrah menjelajah blog gen2merah dan terbaca new entri beliau mengenai “Semoga berjumpa lagi à Cikgu Awang Bujal…” Hurmm macam aku penah dengar nama Cikgu Awang Bujal tu… Akhirnya aku teruskan membaca entri gen2merah tu memang benar… Memang aku penah dengar dan nampak empunya nama Cikgu Awang Bujal…

Tak ku sangka rupa-rupanya Cikgu Awang Bujal yang dimaksudkan ialah jiran sebelah rumah aku di Kampung Tepi Laut Menumbok ini…. Akhirnya beliau (Cikgu Awang Bujal) dah bersara… Dah lama tak berjumpa dengan beliau… Dulu beliau pernah mengajar di Sk Tanjong Aru dan isteri beliau Ustazah Faridah di Sk Pekan Menumbok….

Tanggal 20 September 2011 ini merupakan Hari Persaraan beliau di dalam dunia pendidikan.. Selamat Bersara buat Cikgu Awang.. Beliau mengajar di Sk Batu Payong tempat makcik saya mengajar dulu sebelum di pindahkan ke Sk Melugus Papar iaitu Marlina Abdullah.. dan pakcik saya Ak Omar Bin Pg. Hj Durahman dulu mengajar di Sk Bandar 2 Tawau…

Selain itu saya juga ucapkan Selamat Bersara buat bekas ustazah saya semasa di Sk Pekan Menumbok iaitu ustazah Faridah dan juga merupakan Isteri Cikgu Awang Bujal.. Akhirnya mereka dah bersara… tinggal saya dan rakan-rakan guru yang lain lagi, yang akan menyambung tugas sebagai guru untuk mendidik anak-anak bangsa kita…

Hurmm.. bila la Cikgu Awang Bujal dan Ustazah Faridah nak balik kampung halaman di Kampung Menumbok, Sabah ?......

Apa-apapun kredit buat gen2merah @ Cikgu Jumadil…. Hehehe..

Cikgu Awang Bujal
Ustazah Faridah

Grand Canyon Destinasiku....

Assalamualaikum semuaa……

Huhuhu… aku inginkan melancong ke tempat ini (dalam gambar di atas).. Bilakah aku akan dapat ke sana…. Aku memang kaki jalan dan kaki melancong… Lebih-lebih lagi kalau kawasan itu mengenai batuan dan gunung berapi lebih aku minat.. Sebab aku ini belajar dalam bidang Pendidikan Geografi.. Biarpun dalam pendidikan tetapi bidang kegeografian aku lebih mendalam… Sebab itu aku lebih minat dalam bidang geo ini sama ada geologi, geoatmosfera dan lain-lain lagi laaa…..

Kalau korang nak tau Grand Canyon yg kat dalam pic tu memang impian aku.. Aku jelez tengok ada rakan-rakan FB melancong ke Grand Canyon dan Taman Yosemite… Grand Canyon ini terletak di Arizona Amerika Syarikat yang merupakan sebuah ngarai atau kanyon yang terbentuk akibat hakisan sungai Colorado…

Insyaallah akan tercapai juga impian ku ke sana suatu hari nanti..

Jom melancong hehehe….

Hemofilia, Penyakit Keturunan Bawa Maut

Adakah anda pernah mengalami luka kecil akibat terhiris pisau atau sebagainya, ia mungkin perkara yang biasa. Namun, jika ia berlaku pada penghidap Hemofilia, risiko kehilangan nyawa akan berlaku sekiranya tidak dirawat segera. Penyakit Hemofilia ialah sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan darah pesakit sukar untuk membeku hingga mengakibatkan pendarahan teruk walaupun hanya mengalami luka kecil. Penyakit ini menyerang terutamanya pada kanak-kanak dan remaja lelaki. Hemofilia menyebabkan pendarahan spontan, khususnya dalam otot, sendi atau organ dalaman yang bukan sahaja menyebabkan kesakitan tetapi juga kerosakan teruk pada sendi. Paling teruk boleh menyebabkan kematian awal.

Terdiri dari Hemofilia A ( sedikit atau tidak mempunyai Faktor Pembekuan VIII ) dan Hemofilia B ( mempunyai sedikit atau tidak mempunyai Faktor Pembekuan IX ), penyakit ini boleh dirawat sekiranya mendapatkan rawatan yang betul dan pantas. Antara rawatannya ialah terapi asli pengantian FVIII melalui darah dan plasma yang memerlukan penjagaan rapi dari hospital, seterusnya langkah-langkah pencegahan seperti memakai kasut ketika berjalan di luar rumah dan sebagainya.

Di Malaysia juga turut ditubuhkan badan amal bagi para penghidap penyakit ini. Persatuan Hemofilia Malaysia ( The Hemophilia Society of Malaysia ) yang ditubuhkan sejak 1980 berfungsi untuk mempromosi kesedaran akan penyakit berisiko ini.

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia.. Jom Bercuti Ke Mabul

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hurmmm.. masih lagi bertenggek di Bilik Gerakan membuat kerja-kerja penghasilan Powerpoint untuk persediaan pembentangan di Program Lonjakan Kecemerlangan PMR dan SPM di Bawah Program SISC.... Saya dan 3 orang rakan-rakan guru diberi mandat dan d kuarantin d bilik gerakan untuk menyiapkan slide power point tuk pengetua bentangkan Isnin ni (19 Sept 2011). Aku hanya membantu menemankan jer.. tak expert sangat dengan powerpoint (sebenarnya memang pandai buat pun tapi buat-buat tak pandai-Malas).... Hehehe.. Ada la sorang rakan guru ini advance giler, so bagi dia jer la buat semuanya... Hehehehe..

Oleh itu, kita orang nak cepat-cepat siap.. bila dah siap kita orang akan meronggerng ke Kota Kinabalu. Esok dah fly to tawau.. apa lagi cuti-cuti Malaysia la di Pulau Mabul... So, selama 2 hari saya tiadak akan membuat entry blog.. huhuhu..

Apa-apapun SelamaT Hari Malaysia....!!!!!!



Latest Shoes...

Fullamak bestnya kasut ini… Kalau la ada dah berjual kat mall confirm la aku beli… Tapi betul ke ada kasut ini?? entah-entah kat luar negara saja la kot.. Kat Malaysia Wallahualam laaa.. huhuhu.. kalau ada pun orang-orang kaya sahaja yang boleh beli.. Kalau macam aku ni huhuu alamatnya menelan liur je laaa… Huhuhu..

Syok kan sekiranya kasut ini ada… akan jadi radio bergerak laaa haahaha..

Wednesday, September 14, 2011

Aku Dapat Surat CINTA daripada JPN....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Tak disangka-sangka hari ini aku telah mendapat surat CINTA daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah dengan title Pengawas Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di SMK St. Peter Bundu, Kuala Penyu, Sabah…

Sebenarnya inilah pertama kali saya menjadi pengawas peperiksaan.. Kalau dulu masa zaman sekolah saya yang diawasi oleh pengawas-pengawas peperiksaan sehingga la ke peringkat universiti dan sekarang ini tibalah giliran saya pulak menjadi pengawas peperiksaan untuk mengawasi pelajar-pelajar menjawab peperiksaan… Hurmm aku nak cari yang nak memasang niat nak meniru tu… hahahhaa…

PMR pula akan bermula pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011…. Guru-guru lain bercuti so aku pulak menjaga peperiksaann hehehe…

Tuesday, September 13, 2011

Betapa Ruginya Kita (Renungan Bersama)

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit; namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan); namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya; namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-Quran tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert; namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid.

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata; namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al-Quran; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gossip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar; namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa takutnya kita apabila dipanggil Bos dan cepat-cepat menghadapnya; namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir, atau mengatakan apa-apa, atau berbuat apa-apa.

Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, serta terus klik pada icon DELETE.

ANDA TERTAWA….? Atau ANDA BERFIKIR-FIKIR….?

Sebar luaskanlah & bersyukurlah kepada ALLAH YANG MAHA ESA, PENGASIH & PENYAYANG.

Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka masih percaya akan sesuatu?

Tandas 30 sen yg Best... Hahaha

Salam semua…..

Ketika aku membaca sebuah laman, aku ternampak satu entry yang buatku ketawa terbahak-bahak… Hahahahahahahahahahahahahhaahahahahahha…. Alamak terlebih sudah gelak aku ini… Opppppsssss…. Hehehe… Lalu ku postkan ke blog saya ini tuk tatapan rakan-rakan bloggers sekalian…

Gambar ini betul-betul lawak… Tapi yang membuatkan saya terkejut apabila mendapati gambar ini yang menunjukkan tandas 30 sen itu, Cuma ada satu saluran air sahaja… Saya betul-betul bingung sama ada ini betul atau tidak…

Apa2pun… jom gelak reramai…. Hahahahahahaha…. J

Biar betul… hehe

Jom Beli Tanah di Australia..... !!!

Haaaaa… betulkah ni??? Kalau macam tu aku nk collect duit la nak beli tanah di Australia… Hehehehe…

Sebenarnya aku ada terbaca potongan akhbar di Kosmo yang menyatakan Australia dilanda krisis harga hartanah murah… fuhhh best tu hehe…

Australia akan dilanda krisis hartanah pada permulaan atau pertengahan tahun depan, kata seorang peramal ekonomi dari Amerika Syarikat (AS), Harry Dent.

Beliau yang tiba di Australia kemarin menyatakan Australia akan mengalami krisis hartanah selepas AS dan China menghadapinya… “Penduduk di tempat-tempat seperti Sydney, Tokyo atau Miami pernah menyatakan harga hartanah tidak akan turun, kami berada di tempat yang hebat, ramai orang mahu berpindah ke sini, tidak terdapat banyak tanah untuk tujuan pembangunan.”

“Saya kemudian berkata, ia pastinya tempat yang akan menjadi gelembung (krisis hartanah),” kata Dent yang kenyataannya itu disiarkan sebuah akhbar semalam. Menurutnya, harga rumah di Australia akan kembali semula seperti pada 1990-an atau awal 2000.

Dia menyarankan pelabur menjual hartanah mereka di negara ini dan membeli aset dalam dolar AS.

P/S : Jom ramai-ramai kita collect duit tuk beli tanah di Australia… Hehehe.. Adakah ini angan2 Mat Jenin..

Friday, September 9, 2011

Bahagialah Menjadi Orang Yang Hidup Dalam Islam

Ramai dari kalangan orang Islam itu sendiri apabila ditanya, anda banggakah menjadi seorang Islam ? Kebanyakan jawapan yang didengari, berbangga katanya. Malah dijawab dengan penuh semangat. Tapi lafaz kebanggaan itu pula tidak selari dengan amal perbuatan. Bila ditanya pula, anda cinta dengan peraturan Islam yang diturunkan oleh ALLAH Ta’ala ? Maka jawapan yang semangat itu tidak akan kedengaran, selalunya begitulah kan…..

Bangga mengaku dirinya Islam, tapi tidak mahu hidup seperti layaknya seorang Muslim sejati. Malah, yang dipuji dan dipuja pula adalah gaya hidup orang-orang kafir yang tidak meletakkan batas-batas tertentu di dalam diri mereka. Dibangga-banggakan, disanjung-sanjung, dipuja-puja, diagung-agungkan !!! Mana nilai Islam anda pada diri sendiri ? Mana lafaz kebanggaan tadi ??

Ada beza antara perjalanan gaya hidup Muslim dan orang kafir

Ada Peraturan & Perbezaan Antaranya :

Kehidupan orang Islam tidak boleh disamakan dengan kehidupan orang-orang kafir, kerana orang Islam itu mempunyai peraturan dan cara hidup yang telah digariskan oleh ALLAH Ta’ala dan telah diajar oleh Nabi S.A.W. Sebenarnya, orang Islam mempunyai pedoman dan panduan hidup yang jelas.

Al-Quran dan al-Hadis.

Namun, ada persoalan “femes” yang sering timbul. Kenapa umat Islam hari ini meninggalkan pedoaman hidup itu dengan sewenang-wenangnya sedangkan ia daripada ALLAH Ta’ala, bukan ciptaan manusia. Bukan juga dari tulisan manusia yang fikirannya lemah dan mustahil al-Quran itu boleh dicipta dan disusun dengan kelemahan yang ada.

Oh... Kebanyakan orang Islam itu sendiri akan teruja dengan benda-benda baru yang muncul, yang pada kaca mata mereka ialah ajaib dan luar biasa. Sedangkan keajaiban Islam dalam al-Quran itu sudah ada beratus-ratus ribu tahun dahulu.

Kenapa ya ? Sebab orang Islam tidak suka mengkaji !!

Malah, ada yang seakan-akan mengakui kewujudan dan kebesaran ALLAH Ta’ala apabila dengan izin ALLH, berlaku benda-benda yang bukan pada kebiasaan. Allahuakbar.

Antara Orang Islam & Orang Kafir :

Orang Islam yang berusaha mendapat tingkatan Mukmin itu sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri. Berusaha menjadi yang terbaik pada pandangan ALLAH Ta’ala. Mempercayai hari akhirat dan berusaha di dunia untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik di sana. Percaya pada kewujudan syurga dan neraka. Maka, dirinya berusaha mahu menghampiri syurga dan menjauhi neraka.

Manakala orang-orang kafir pula mengutamakan keseronokan hidup bersuka ria tanpa ada sekatan dan batasan, kebiasaannya. Mereka mengutamakan kehidupan di dunia dan tidak mempedulikan kehidupan di akhirat kelak walaupun mereka sendiri mempercayainya; wujudnya syurga dan neraka. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali menikmati kehidupan ini dengan sepuasnya kerana pegangan mereka sangat rapuh. Focus hanya pada keduniaan semata-mata !!

Bezanya antara Muslim dan Kafir.

Orang Muslim ada tujuan yang jelas. Membuat yang terbaik di dunia untuk ditebus di akhirat. Orang kafir, berseronok di dunia dan jarang mengambil kira keadaan yang bagaimanakah nanti mereka di akhirat kelak.

Maka, mana satu pilihan hati ???

Ganjaran ALLAH Bagi Mereka Yang Mahu


Saya kira, umum tahu… ALLAH Ta’ala akan memasukkan orang-orang yang beriman ke dalam syurga sebagai balasan di atas ketaatan dan amal soleh yang dilakukan semasa hidup berada di dunia. Begitulah juga ALLAH Ta’ala akan memberikan balasan kepada sesiapa yang tidak beriman yang hidupnya semasa di dunia hanya memikirkan dunia, dan tidak lebih dari itu. ALLAH Ta’ala berfirman ;

“Sesungguhnya ALLAH memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir itu menikmati kesenangan di dunia dan mereka makan dan minum seperti binatang-binatang makan. Dan mereka adalah tempat tinggal mereka.” – Muhammad : 12

Kita sebenarnya, sudah cukup untuk tahu menilai dengan sebaik-baiknya, bahawa amat jauh bezanya antara kehidupan orang kafir dengan orang Islam.

Kehidupan yang indah adalah apabila kita mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Dan bukannya mengamalkan Islam itu hanya apabila kita suka sahaja !!

Sebenarnya, mahu ke syurga atau neraka, pilihan di tangan anda. Benar, hanya dengan rahmat ALLAH Ta’ala seseorang akan memasuki syurga. Dan ALLAH Maha Menilai pada hamba-Nya yang berusaha untuk itu, insyaAllah.

ALLAH Ta’ala tidak pernah tidur. Tidak buta. Dan tidak tuli !!!

Semoga ALLAH merahmati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...