"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Saturday, June 25, 2011

Trip Ke Pulau Mantanani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera wahai rakan-rakan bloggers dan silent readers sekalian…

Kejap lagi saya nak ke Kota Kinabalu… Adalah plan nak p sana.. Hehe… Plan nak p jalan-jalan ke Pulau Mantanani…

Alaaaaa…. Saya jalan-jalan dengan rakan-rakan guru saja.. Release tension katakana.. hahaa…. Korang tau tak Pulau Mantanani ini kat mana ??

Haaaa… kalau korang nak tau Pulau Mantanani ini terletak di daerah Kota Belud, Sabah.. Kata rakan saya pulau ini cantik.. So, sebab itu la beriya-iya kita orang nak p melancong ke Pulau Mantanani.. Hihi… Minggu ini trip p Pulau Mantanani, Minggu depan pula trip p Pulau Tiga di Kuala Penyu dan 16 September nanti iaitu pada Hari Malaysia kita orang nak p Pulau Mabul di Semporna… Hihi bestnyaa…

Ok laaa kat bawah ini ada sedikit sebanyak gambar mengenai Pulau Mantanani…




Arghh !!! Tanjat Boboi SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK

Hari ini happy jer tengok rancangan realiti tv…. Apa tidaknya Malam ini Final Maharaja Lawak dan Separuh Akhir Imam Muda…. Kiranya malam ini best la rancangannya.. Hehehe

Hurmm Cerita mengenai Imam Muda, Imam Muda Nazrul dan Imam Muda Hassan masuk p peringkat Final.. Awat Imam Muda Fakrul tak masuk sekali huhuhu… Apa-apapun thniah buat mereka.. dah rezki mereka….


Selepas tengok Imam Muda layan pulak Final Maharaja Lawak… Hehehe.. caya lah best giler Maharaja Lawak malam ini… Fuhhhh~~~~ berdebar-debar menanti lawak yang mereka persembahkan hehehe…. Yang bestnya tengok Maharaja Lawak ini dengan rakan-rakan guru bujang… Hehehe…

Aku dan rakan-rakan guru ternanti-nantikan persembahan lawak dari kumpulan Sepah sahaja… Hehehe.. sempoi giler ar lawak mereka.. memang terbaik dari ladang ar…. Tak sia-sia aku menanti-nantikan persembahan merekaa…. Yang tak boleh blaaaa… depa masih g tiru gaya Ustazah Norbayah… Hehehe.. Tu yang best tu… Arghhhhh Semputttt… Hahahahaha… tanjat boboiiiii…. Menjadi trademark dah sekarang ini hehehehe….

Apa-apapun SEPAH adalah yang terbaik… Menangis oooo Siti Sarah mendengar keputusan yang SEPAH menang… Hehehehe.. lepas ini dapat la minta spent dari laki dia Shuib… Hehehehehee…. Gurau jer wei….

Hidup SEPAH…. SEPAH terbaik….

Johan à SEPAH (RM 350 000)

Naib Johan à JOZAN (RM 250 000)

Ketiga à NABIL (RM 150 000)

Keempat à JAMBU (RM 50 000)




Wednesday, June 22, 2011

Diriku Dan Dirimu Berbeza, Namun Kita Sama-Sama ISTIMEWA


LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya…


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yg belum baligh. Sedangkan perempuan berkahwin tidak perlu menanggung dosa-dosa ini semua.


Berat, kan?


Hukum menjelaskan bahawa anak lelaki harus bertanggungjawab ke atas ibunya, dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu, maka dosa baginya, terutama bagi anak lelaki yg tua (sudah cukup dewasa), manakala perempuan tidak dibebani dengan tanggungjawab begini. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri yg berbuat baik, ganjaran pahala dapat kepadanya, dan kalau berbuat yg tidak baik, maka dosanya ditanggung oleh suaminya. Berat, kan??


Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri, tetapi isteri tidak dikenakan kewajiban tersebut. Walaubagaimanapun, isteri dibolehkan membantu suami dalam urusan mencari rezeki. Tetapi harus diingat, HARAM bagi seorang suami bertanyakan pendapatan isterinya, apatah lagi jika suami tersebut menggunakan pendapatan isterinya tanpa izin!


Ada banyak lagi yg lelaki (lebih-lebih lagi yg bergelar suami) perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya, boleh diumpamakan seperti gunung dengan semut. Justeru itu, tidak hairanlah apabila mengikut kajian yg dibuat, nyawa orang perempuan dikatakan lebih panjang berbanding lelaki. Ini kerana mengikut kajian, lelaki dipercayai mati cepat kerana tidak tahan lagi dengan beratnya dosa-dosa yg ditanggungnya.


Tetapi ingatlah dan yakinilah, setiap yg diciptakan Allah SWT pastinya ada kelebihannya tersendiri. Orang lelaki juga pastinya ada keistimewaannya yg dianugerah oleh Allah SWT.


WANITA:

>> Auratnya lebih susah dijaga jika dibandingkan dengan aurat lelaki.>> Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya (suami tidak perlu meminta izin isteri apabila mahu keluar rumah).>> Saksinya kurang berbanding lelaki.>> Menerima pusaka kurang dari lelaki.>> Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.>> Wajib taat kpd suami, sedang suami tidak perlu taat kpd isteri.>> Kurang dlm beribadat ekoran haid & nifas yg tidak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Secara zahirnya, senarai di atas menunjukkan seolah-olah wanita merupakan golongan yg kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi pernahkah kita melihat serta menilai perkara ini dengan pandangan dan pemikiran yg positif?


Kita sedia maklum, benda yg mahal harganya pastinya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersembunyi dan selamat. Maka sudah pastilah intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah, kan? Begitulah juga bandingannya dgn seorang wanita.


Wanita perlu taat kepada suami, tetapi suami wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu juga merupakan seorang wanita?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki, itulah hakikatnya. Tapi harus diingat, harta pusaka yg diterima cuma sedikit itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sedangkan lelaki yg menerima pusaka yg banyak itu perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, dan ini sama sekali tidak dialami oleh lelaki. Tetapi ketahuilah, di sebalik kepayahan tersebut, setiap saat dirinya didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan, merupakan syahid kecil, dan dosanya (dosa kecil) diampun oleh Allah SWT.


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita: (1) isterinya, (2) ibunya, (3) anak perempuannya, dan (4) saudara perempuannya. Manakala bagi seorang wanita pula, tanggungjawab terhadap dirinya ditanggung oleh empat orang lelaki: (1) suaminya, (2) ayahnya, (3) anak lelakinya, dan (4) saudara lelakinya.


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan empat syarat sahaja: (1) tidak meninggalkan solat lima waktu, (2) berpuasa di bulan Ramadhan, (3) taat kepada suaminya, dan (4) menjaga kehormatannya.

Jika difikir-fikirkan, seorang lelaki perlu pergi berjihad fii sabiilillah, tetapi bagi seorang wanita, jika dia taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka dia akan turut menerima pahala yg sama seperti pahala orang pergi berperang fii sabiilillah walaupun tanpa perlu mengangkat senjata.


MaashaALLAH... betapa sayangnya ALLAH SWT kepada wanita...



Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...dirimu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itulah DIA mengangkat dirimu menjadi pemimpin, dan sesungguhnya kuasa talaq juga ada di tanganmu... Dengan keistimewaan yg diberikan ini, maka JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 (baik lelaki mahupun wanita) dapat pulang menghadap Allah SWT dalam keadaan istimewa di sisi-Nya…

Saturday, June 18, 2011

Arghhhh Ular !!!


Pernahkah anda mengalami situasi sebegini ???

Ketika anda masuk ke dalam tandas.. tiba-tiba anda merasakan macam lain macam jer dalam tandas tu … Rupa-rupanya ada penghuni misteri di dalam mangkuk tandas…

Fuhhh… ~~~ merbahaya kan.. Kalau saya dalam situasi tu tak tahu.. cnfirm saya cari minyak petrol dan tuang dalam mangkuk tandas tu, lepas tu bakar… hahaha…

Kalau la ada orang tak sedar ular tu dalam mangkuk tandas.. boleh anda bayangkan.. benda apa yang dia akan patuk… ??? Hahahaha…

Oleh itu, peringatan buat anda semua.. berhati-hatilah semasa anda di dalam tandas.. tengok kiri dan kanan.. hehe.. Better.. berhati-hatilah sentiasa… waspada dengan sekeliling… Ok…

Pic ini saya perolehi dari FB member..

Monday, June 13, 2011

JOM TUKAR SAMA SUKA LINK BLOG

Horreeeyyy hari ini banyak pulak segmen yang abg Ben Ashaari anjurkan.. Apalagi minggu ni kan minggu cuti sekolah… So free sangat-sangat laaa.. Asyik update blog je dari tadi… Hahahaha…

Baiklah kepada Tuan/Puan, Pakcik/Makcik, Abang/Kakak, Adik-adik yang nak join segmen ini… P la terjah blog Abg Ben Ashaari ini… Haaa berpinarlah mata korang nanti… Hahahha

Apa tahu link diaa ??? Haaissshhhh.. Meh klik SINI…. Jenguk je Blog BenJo tu… Eh Ben Ashaari laaa… Hahaha.. Maafin gua.. tersyasyull……. Hahahahahahahaha….

Arigato Origami (~_^)v

Saturday, June 11, 2011

Air Putih Baik Untuk Buah Pinggang

Peningkatan jumlah pesakit mengalami masalah kegagalan buah pinggang kini semakin membimbangkan. Saban hari, pasti ada kes-kes baru yang berkaitan dengan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik. Penjagaan buah pinggang yang sempurna masih kurang kesedarannya di kalangan masyarakat kita. Sebenarnya penjagaan buah pinggang amat mudah. Menurut Perunding Nefrologi, Dr. Tan Wee Ming, salah satu cara dan kaedah terbaik untuk menjaga buah pinggang adalah dengan meminum air yang banyak. Air terbukti membantu buah pinggang kita untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Friday, June 10, 2011

Imam Muda Mana Yang Tersingkir Malam Ini ??

Malam ini semangatnya saya, sebab apa duk tunggu depan tv nak tengok program Imam Muda… Hurmm malam ini punya isu best iaitu mengenai “Ambang Kematian” iaitu mengenai banduan Akhir… Aku menangis duk tengok Imam Muda Nazrul yang menangis pabila Banduan Akhir mendoakan tuk beliau.. Memang betul-betul tersentuh hati pabila Imam Muda Nazrul mencium tangan dan dahi banduan akhir tersebut.. Sedih sangat… Huhuuh..

Ingatkan malam ini tiada penyingkiran rupa-rupanya ada 2 Imam Muda yang akan di singkirkan lagi malam ini..

Imam Muda Mujahid

Imam Muda Najdi


Haaa.. malam ini Imam Muda yang terkeluar ialah Imam Muda Mujahid dari Singapura dan Imam Muda Najdi dari Selangor. Minggu ke 7 ini ada 2 lagi penyingkiran… So, tinggal 6 orang lagi Imam Muda yang masih kekal.

Apa-apapun diucapkan tahniah buat Imam Muda Mujahid dan Imam Muda Najdi sebab berjaya meneruskan pengajian di Imam Muda selama 7 minggu.. Moga mereka berdua banyak belajar…. Kecemerlangan masih menunggu mereka di hadapan.. Moga mereka semua sentiasa cemerlang.. Amin..

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak ??


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.


Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.


Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.


Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.


Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.


Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.


Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.


Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.


Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Apa itu Epistaxis ?

Epistaxis merupakan satu keadaan pendarahan dari hidung yang keluar melalui lubang hidung. Terdapat dua jenis pendarahan ini iaitu jenis Anterior (bahagian depan iaitu jenis yang sering terjadi) dan Posterior (bahagian belakang). Dalam kes tertentu, darah mungkin berasal dari sinus dan mata. Selain itu, pendarahan yang terjadi dapat masuk ke saluran pencernaan dan dapat mengakibatkan muntah. Umumnya, epistaxis boleh disebabkan oleh trauma yang berlaku seperti kemalangan jalan raya, ketika bersukan (terkena pukulan pada hidung), mengorek hidung terlalu kuat sehingga luka pada mukosa hidung, terdapat tumor di hidung atau juga keradangan hidung dan sinus (rhinitis dan sinusitis). Pendarahan hidung juga boleh terjadi disebabkan oleh demam berdarah (denggi) atau cikungguny, kelainan darah seperti hemofili, autoimun trombositipenic purpura. Kematian akibat pendarahan hidung adalah jarang, namun jika disebabkan kerosakan pada arteri maxillaries dapat mengakibatkan pendarahan teruk melalui hidung dan sukar untuk disembuhkan.

Thursday, June 9, 2011

Review Artikel Blog RahsiaRajaLelong.Com

Sekadar perlambangan


Saya suka membaca artikel yang Tuan Eruwan hasilkan ini iaitu Kenapa Hasilkan Produk Sampah ??

Pada masa ini terdapat banyak produk-produk yang dijual di Internet. Tetapi sejauh manakah produk-produk ini benar-benar berkualiti dan memberi manfaat kepada pembeli. Memang benar…. Usahawan pada masa sekarang lebih banyak mempromosikan produk-produk mereka yang kononnya dapat memberi dan menolong si pembeli menjana wang yang banyak atau trafik yang pantas… Tetapi adakah ianya sekadar RETORIK semata-mata ?

Sehingga hari ini terlalu banyak email yang saya terima mengenai promosi produk-produk yang boleh menambahkan kewangan pada seseorang.. Tetapi malas saya nak layan.. saya tengok sebelah mata jer.. Bukan apa… Kebanyakkannya macam yang Tuan Eruwan cakap la Produk Sampah… Huhuhu… Kalau produk sampah semestinya tak payahlah nak baca atau review…

Tidak ada cara atau jalan yang singkat untuk menghasilkan wang dengan pantas.. Semua itu bermula dengan titik usaha sendiri.. Bak pepatah mengatakan “usaha tangga kejayaan”.. Bukan begitu…

Hanya janji-janji manis sahaja daripada pemilik produk mengatakan hanya 3 langkah sahaja untuk menjana wang di internet.. Biar betul.. Rasanya, mereka diluar sana dapat berfikir.. Masakan begitu cepat memperoleh wang hanya dengan 3 langkah.. Ibarat tiada guruh, tiada petir rupanya hujan di tengahari.. Haaa.. Anda semua jangan terkena dengan pujuk rayu dan janji manis mereka..

Mereka ini pandai menyembunyikan segala teknik untuk menipu pelanggan mereka. Betul kata Tuan Eruwan, mereka amat hebat menyembunyikan fungsi sebenar perisian yang mereka hasilkan dan cuba untuk mengaburkan mata pengunjung dengan menunjukkan mereka telah berjaya hasilkan wang yang banyak.. Hebatkan mereka..

Rata-rata kejadian seperti dah masuk ke negara kita Malaysia.. Huhu.. Amat sedih pabila pihak tak bertanggungjawab sanggup mencari keuntungan dengan hanya menghasilkan produk sampah.. Sungguh kemaruk mereka nak kan keuntungan dengan menipu pelanggan mereka dengan produk-produk yang mereka pasarkan hangat-hangat tahi ayam.. Langsung tak boleh guna.. Betul kata Tuan Eruwan.. Semuanya adalah produk sampah… Memang dah sampah so tak leh la diguna…

Akhir sekali.. Diharapkan kepada mereka yang ingin menjual produk-produk tersebut hendaklah berlaku jujur dalam berniaga, bersifat tekun dan usaha boleh memberi banyak pulangan, berusaha berdasarkan minat sendiri dan ikhlas dalam membantu individu dalam perniagaan serta menghasilkan produk yang betul-betul bermanfaat buat mereka yang membeli. Justeru, produk sampah ini harus dibendung dari awal lagi ianya bermula daripada si penjual itu sendiri. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Oleh itu, saya setuju dengan Tuan Eruwan yang seorang usahawan internet yang hebat adalah seorang usahawan internet yang jujur dan mahu membantu orang lain untuk berjaya. Bukannya hanya mengejar wang Ringgit sahaja..


Ramai Usahawan berjaya hari ini

Produk sampah semakin laku

Apa guna teknik pemasaran tersembunyi

Kalau hasilnya dari trik penipu


Tegak Merimbun Pohon Pulasan

Ditanam Sejajar Pohon Rambutan

Usahawan Internet menjadi Rebutan

Jangan Hasilkan Produk Sampahan


Sekian, terima kasih…

Nak lebih lanjut tengoklah di Kenapa Hasilkan Produk Sampah ?….

Wednesday, June 8, 2011

Cheesecake Yang Simple Siap... Lalalaaa...

Assalamualaikum Semuaa…

Hurmm tadi pagi saya ada buat Cheesecake.. Saya mula membuat pada jam 12 tengahari.. Putar-putar tepung kek.. nasib baik siap sebelum letrik terputus… Arghhh tension juga sebab masa nak bakar kek dalam Oven letrik terputus la pulakkk huhuhu…

Akhirnya jam 1.40 petang baru ada letrik.. Huhuhu.. hampir 1 jam kek saya terbengkalai.. Huhu.. Hidup saja letrik terus saya bakar.. Hari ini saya hasilkan 4 biji cheesecake..

Ok, lihatlah pic saya kat bawah ini.. Hehehe…





Bahan-bahan Cheesecake :

Tepung Optima / BWM Sponge Mix ½kg or 1kg

Telur 9 biji utk ½kg or 18 biji utk 1kg

Minyak masak 4 sudu utk ½kg or 8 sudu utk 1kg

Susu Manis 1 tin

Philadelpia 1 kotak

Cheddar 1 kotak

Chococip (ikut kesesuaian anda)

Cara-caranya :

- Tepung Optima dan telur di putar di dalam bekas sehingga sebati

- kemudian masukkan minyak masak

- Setelah tepung yang diadun tadi mengembang, masukkan dalam loyang ikut kesesuaian anda sama ada nak lapisannya nipis atau tebal setiap layer.. Lebih baik guna 2 loyang…

- Panaskan oven dalam 170 – 200 degree. Loyang tadi tidak payah di sapu dengan minyak just guna kertas putih A4 atau kertas minyak.

- Bakar dalam 10 - 15 minit sahaja..

- Sementara tunggu kek masak.. putar atau blend (tapi saya lebih suka putar) Philadelphia dengan susu manis sehingga sebati (hilang ketulan) untuk menghasilkan krim cheese..

- Setelah kek siap dibakar sapukan lapisan pertama dengan krim cheese (Philadephia yang dah sebati dengan susu manis) di atas lapisan pertama, kemudian letak lapisan kedua di atas lapisan pertama serta sapukan juga dengan krim cheese seperti yang anda buat di lapisan pertama..

- Setelah lapisan telah siap di sapu dengan krim cheese, akan terhasillah kek yang berlapis.. Ini belum siap lagi, parutkan cheddar di atas kek agar nampak seperti dalam gambar-gambar di atas..

- Kalau nak bubuh chococip letak jer..

- Akhirnya siapp…

- Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk, agar lebih enak.. Hehehe..

Ok… selamat mencuba… Senang je kan

Harap-harap korang faham yer… hehe..

Monday, June 6, 2011

Sinopsis X-Men : First Class


Adakah kamu penggemar film X-Men ? Bulan Jun ini bakal di tayangkan film X-Men. Film X-Men : First Class merupakan kisah awal yang mana didirikannya School of Mutant Resources.

Namun bagi kamu penggemar Wolverine tidak akan melihat aksinya di X-Men : First Class ini. Hehehe… Hal ini karena dalam Film X-Men : First Class, masa muda Wolverin tidak akan muncul.

Kalau korang nak tahu movie ini di mulai dengan mengkisahkan masa muda Charles Xavier dan Erik Magnus Lensherr sebelum mereka mendirikan / membina Xavier School For Gifted Youngster. School of Mutant Resources mereka dirikan setelah mereka menamatkan sekolah di Oxford untuk meneliti dan mempelajari fenomena baru yang terjadi pada manusia iaitu “homo superior”, iaitu manusia jenis mutant yg memiliki gen X. Siswa yang belajar di sekolah khusus itu awalnya adalah Jean Grey, Scott Summers, Hank McCoy, Ororo Munroe, Raven Darkholme, Mortimer Toynbee dan Emma Frost.

Justeru, kedua sahabat tersebut terlibat dalam satu konflik. Hal ini kerana kedua-duanya mempunyai pemahaman dan idealisme yang berbeza. Pertelingkahan pun terjadi dan bahkan mereka saling bermusuhan.

Saya Nak Boleh...?


Abg Ben saja jek nak join.. Boleh ke ? Biarpun bukan Blogger Baru hehe..

Just Happening join ur segmen… Hehehehe

Amalkan dan Bacalah Al-Quran

Hurmm sebenarnya tadi ada member tag aku dalam Blog suh baca blog dia.. Haa.. apa lagi aku terjah la blog dia.. Jadi aku berkenan jugak nak sebarkan entri yang dia buat tu..


Kalau nak lebih lanjut p la blog beliau SINI…….


Tajuknya adalah tedaaaa…..

KESAN KEPADA SYAITAN ATAS PENGAMAL AL-QURAN


Ok… Diharapkan korang semua dapat renung-renungkan yaaa…

عليكم السلام & Salam Sejahtera



Saat Anda membwa Al-Quran,

Syaitan biasa biasa saja...

Tengok je…..

Saat Anda membukanya,

Syaitan mulai curiga…..

Saat Anda membacanya,

Ia resah dan gelisah.


Saat anda memahaminya,

Ia kejang-kekejangan…

Saat anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari

Ia Stroke…….


Konklusinya…

Teruskanlah membaca dan mengamalkannya agar syaitan terus Stroke.

Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini,

Syaitan pun mencegahnya.

Syaitan kata “Jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !!”


SEBAR-SEBARKANLAH…..

Jangan dengar bisikan Syaitan….


P/S : So, korang sebar-sebarkanlah tuk pembangunan Rohani kita..

Tidur Berjalan, Apa Puncanya ?

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda terjaga dari tidur pada keesokan harinya di sesuatu tempat lain. Contohnya di atas tangga mahupun di ruang dapur. Tidak logic sekiranya anda sememangnya mempunyai niat untuk tidur di situ. Sekiranya ia benar-benar terjadi kepada anda, ini bermaksud anda mengalami satu symptom iaitu tidur berjalan ataupun ‘sleep walking’. ‘Sleep walking’ juga dikenali dengan istilah somnambulism. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira umur. Kajian juga membuktikan hampir 15% daripada bilangan kanak-kanak di seluruh dunia menghidap penyakit ini dan selebihnya adalah orang dewasa. Di antara punca-punca dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini ialah masalah lelah, tertekan, demam yang tidak diubati, pengaruh alkohol dan mengalami keletihan yang teruk. Setakat ini masih belum ada rawatan khusus yang dijumpai bagi mengubati penyakit ini. Jika anda sering mengalami masalah ini, disarankan untuk melakukan terapi, mendapat rehat yang mencukupi dan lakukan senaman yang dapat membantu mengurangkan tekanan.

Sunday, June 5, 2011

Selamat Pengantin Baru Kham Halim

Kemarin 4 Jun 2011 adalah hari bahagia Buat teman ex-classmates ku di UPSI iaitu Kamarudin Bin Halim yang telah melangsungkan perkahwinannya dengan isteri tercintanya di kediamannya di Kunak, Sabah

Tahniah buat Kham… Kini, dah bergelar sebagai seorang suami.. Tak boleh jelling-jeling awek kat luar dah.. Hehe.. Gurau jer.. Diharapkan Kham dapat menjalankan tugas sebagai suami yang bertanggungjawab dan mithali.. Aku doakan moga jodoh kamu berpanjangan hingga ke pintu syurga… Amin..

Tanggungjawab dalam mendirikan rumah tangga ini memanglah amat besar ujian dan dugaannya bersama dengan si isteri… Diharapkan Kham boleh menulusuri semua ini dengan tabah dan sentiasalah bertolak-ansur antara satu sama lain… Ceeewaaahhh macam la aku ini dah kawin.. hehe.. Aku pulak yang lebih bagi nasihat… hahaha…

Maaf Kham, aku tak dapat nak menghadiri resepsi perkahwinan kau.. Aku ada masalah sikit di Kampung.. Huhu

Ok Kham thniah yaaa…. Semoga Bahagia

Barakallahufik wa barakallahu'alaik wa jama'a bainakuma fi khair


Penyembelih BOSNIA Tidak Insaf

THE HAGUE, Belanda - Dia didakwa kerana membunuh 8,000 lelaki dan kanak-kanak Islam di bandar Srebrenica semasa Perang Bosnia pada 1992 hingga 1995 tetapi bekas jeneral Serb Bosnia, Ratko Mladic dengan tenang dan angkuh menjawab: "Saya hanya mempertahankan bangsa saya."

Malah, dia menyatakan tuduhan terhadapnya adalah menjelikkan dan tidak munasabah ketika dia dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa Untuk Bekas Yugoslavia (ICTY) di sini kelmarin.

Mladic, 69, yang dilabel 'Penyembelih Bosnia' kerana didakwa mendalangi pembunuhan 100,000 orang dalam jenayah paling kejam sejak Perang Dunia Kedua sebelum ini mendakwa dirinya sakit tenat.

Namun, bekas pemimpin tentera Serb-Bosnia itu nampak bersemangat semasa dia mengejek ibu-ibu yang kehilangan anak mereka dalam pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica. Dia tampil di mahkamah ICTY dengan memakai sut gaya tentera yang dipadankan dengan tali leher hitam.

Seorang wanita yang berada di kamar mahkamah memandang ke arah Mladic dan membuat isyarat bahawa dia akan dihukum mati. Mladic bagaimanapun tersenyum sinis kepada wanita tersebut yang kehilangan anak lelakinya ditangan tentera pemimpin Serb-Bosnia itu pada Julai 1995.

"Seluruh dunia kenal siapa saya. Saya ialah Ratko Mladic. Saya mempertahankan bangsa saya, negara saya kini mempertahankan diri saya. Saya mahu hidup untuk melihat diri saya bebas," katanya.

Tiada sebarang pengakuan dibuat oleh Mladic dan dia memberitahu hakim bahawa dia tidak mahu mendengar tuduhan terhadapnya dibacakan. Selain pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica, Mladic turut didakwa melakukan jenayah kemanusiaan semasa kepungan 44 bulan ke atas bandar Sarajevo yang menyebabkan 12,000 orang mati dibunuh tentera Serb Bosnia.

Mladic kemudian berkata, dia memerlukan masa sekitar dua bulan untuk meneliti segala tuduhan terhadapnya. Ketika dia meninggalkan kamar perbicaraan ICTY, Mladic sempat berpaling kepada keluarga dan saudara-mara mangsa pembunuhannya dan memberikan tabik hormat kepada mereka sambil tersenyum.

Dia kemudian diiringi ke penjara.

"Dia (Mladic) langsung tidak menyesal malah, dia masih boleh mengejek mahkamah," kata Ramiza Gurdic yang kehilangan suami dan dua anak lelakinya di tangan tentera Mladic.

"Dia mengambil masa cuma tiga hari untuk membunuh beribu-ribu penduduk Bosnia tetapi kini dia menyatakan dia memerlukan dua bulan untuk membaca tuduhan terhadapnya," tambah wanita itu.

Hakim menetapkan perbicaraan kes tersebut disambung semula pada 4 Julai depan. Mladic yang ditangkap di sebuah perkampungan di Serbia selepas diburu selama 16 tahun, diekstradisi ke ICTY pada Selasa lalu. - Agensi

kubur besar mangsa pembunuhan beramai-ramai

Saturday, June 4, 2011

Ubat Tahan Sakit.. Ada Bahayanya...

Sekadar gambar hiasan

Apakah perkara pertama yang anda lakukan sekiranya secara tiba-tiba mengalami sakit kepala dan lenguh-lenguh badan berpanjangan ? Pasti anda akan mencari ubat tahan sakit bukan ?

Tetapi tahukah anda bahawa pengambilan ubat tahan sakit ini ada risikonya ? Menurut Pengarah Klinik Pakar, Hospital Mount Elizabeth Singapura, Dr. Alex Yeo, ada yang beranggapan penyakit “remeh” seperti pening kepala dan sengal-sengal badan mampu diubati dengan pantas melalui pengambilan Panadol dan sebagainya.

Namun, penyakit yang dianggap “remeh” ini berisiko menjadi penyakit lebih kronik dan berbahaya jika pengambilan yang tidak terkawal serta tanpa mendapatkan rawatan yang betul. Kata Dr. Alex, penggunaan ubat tahan sakit secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan masalah buah pinggang.

E.COLI Bakteria Paling Berbahaya

BERLIN/LONDON - Dilaporkan lebih 1,600 orang mangsa telah dijangkiti oleh bakteria E. coli yang telah membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dan mungkin menjadi wabak paling bahaya setakat ini dalam sejarah manusia.

Jerman dikatakan menjadi pusat kepada wabak tersebut. Dengan punca sebenar masih kekal misteri, para pengguna di seluruh dunia kini berada dalam kebimbangan.

Dianggarkan seramai 1,624 orang di negara Eropah seperti Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat (AS) dikatakan sudah jatuh sakit, kemungkinan selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ia merupakan bakteria E. coli yang baharu. Angka kematian juga dijangka meningkat apabila Jerman mengemaskini jumlah pesakit.

Bakteria E. coli normal yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan sebenarnya tidak terlalu berbahaya. Namun, bakteria jenis E. coli yang menyerang di Eropah mempunyai kemampuan untuk kekal pada dinding usus manusia dan mengeluarkan toksin yang dikenali sebagai Shiga (STEC).

Ia kemudian akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut. Seorang pakar, Robert Tauxe dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS yang telah bekerjasama dengan pegawai kesihatan Jerman sejak minggu lalu mengakui E. coli itu sebagai jenis yang paling berbahaya jika dinilai daripada jumlah kematian.

Di Berlin, Canselor Jerman, Angela Markel telah mengarahkan satu satu pasukan khas untuk mengesan punca E. coli ditubuhkan. Para saintis juga bertungkus-lumus mengenal pasti punca pencemaran, sama ada tahap kebersihan yang teruk di ladang, transit atau di kedai di Jerman sebagai punca kewujudan bakteria baharu itu.

Mengulangi amaran supaya rakyatnya tidak memakan sayur-sayuran mentah, para pegawai kesihatan Jerman menyatakan mereka telah merekodkan 199 kes terbaharu wabak tersebut dalam tempoh dua hari.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti kepada 1,733 orang. Wabak itu juga membuatkan hubungan perdagangan antara negara Eropah menjadi tegang.

Rusia mengundang kritikan daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari Eropah dengan mendakwa Belgium gagal menangani krisis tersebut.

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa bakteria itu berpunca daripada timun yang tercemar dari Sepanyol sebelum puncanya yang sebenar dari Jerman diketahui. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...