"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, May 31, 2011

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia 2011

Korang ada pernah dengar tak Blog Pilihan Malaysia… ???

Rasanya saya pernah tercalon di dalam Blog Personal Lelaki Pilihan.. Tercalon jer.. tak menang pun.. Coz kekurangan undi.. x femes kan.. huhuhu…..

Haaa… korang nak tau kategori apa yang dipertandingkan dalam Segmen Blog Pilihan Malaysia ini.. Antara kategori yang ada ialah ……

M Blog Personal Lelaki Pilihan

M Blog Personal Suami Pilihan

M Blog Personal Wanita Pilihan

M Blog Personal Isteri Pilihan

M Blog Masakan Pilihan

M Blog Lawak Pilihan

M Blog Tutorial Pilihan

Hurrmmmm… Rasanya saya ini sesuai dalam kategori mana yaaaa…. Kalau c Ujang itu dah masuk dalam Kategori Blog Personal Suami Pilihan.. Hehe.. kan dah berumahtangga, nampaknya sesuai la dengan Ujang hehe…

Rasanya… Aku hanya boleh masuk dalam kategori Blog Personal Lelaki Pilihan jer laaa.. Itu jer la yang ada kan.. Kalau ada kategori lain aku nak try jugak laaaa… Hehehee….

Konklusinya… Aku nak join kategori

“BLOG PERSONAL LELAKI PILIHAN”

Kepada yang nak join sangat2.. Klik SINI

Ok itu jaaakkkk.. tata titi tutu…

P/s : Nanti korang semua undilah saya yer… Hehehe…

Jangan Meniru atau Ditiru.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Peperiksaan Penggal 1 dah berakhir.. Now, cuti sekolah dah.. 2 minggu tu cuti skolah.. Kertas peperiksaan pun dah habis semak.. Tapi ada yang tak puas hati sebab ada beberapa kertas jawapan pelajar-pelajar aku ni sama.. Hurmm.. musykil.. adakah depa meniru… Huhuhu

Dekat sekolah even dekat IPT pun selalu ada kes atau masalah meniru. Itu memang aku tak nafikan. Sebab aku pun pernah juga meniru tapi dah insaf…. So, aku tau la macam mana budak-budak ini meniru. Buka sekolah ini habis la budak-budak ini aku denda habis-habis…. Kau kalau nak hidup kene ada usaha lebih lagi. Sebab kau dah usaha buat latihan yang diberi guru, datang kelas hari-hari, so kene la tambah usaha kau lebih sikit. Tak gitu? Hahaha…..

Tapi aku tak dapat bayangkan kalau sekolah atau IPT kene buat macam gambar ni untuk elak student saling meniru antara satu sama lain. Naya weh! Mau sempit otak kau nak berpikir kalau macam gitu caranya. Hehehe….

Tapi kalau begini la caranya.. Aku sokong… Hehehehe

Konpem kau nak jeling-jeling paper kawan kau pun susah. Apatah lagi kawan kau nak jeling tengok sikit jawapan kau! hahahaha.. LOL!

Jelingan Ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.

Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.


Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.


Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.


Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.

Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.

Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Alhamdulillah dah siap... Hehe

Alhamdulillah… semuanya dah siap disemak… Semak apa ??? Semak kertas jawapan peperiksaan Penggal 1.. Saya semak kertas jawapan bagi Bahasa Melayu tingkatan 1 dan Geografi Tingkatan 2,3 dan 4… Yang penat tu menyemak kertas Bahasa Melayu tingkatan 1 dan Geografi Tingkatan 4.. Penat sebab baca jawapan mereka dalam esei..

Pelbagai jawapan dan gaya penulisan yang dapat dibaca.. Yang tensionnya pabila ada pelajar bagi jawapan mengarut-ngarut.. Dah tu keluar dari soalan.. Tak kena mengenai dengan kehendak soalan.. Sapa tak sakit hati.. Padahal dah diajar pun di dalam kelas.. Huhuhu…. Yang sakit hati lagi pabila tulisan mereka saya tak boleh baca.. mengalahkan tulisan doktor.. huhu… Tetapi ada juga yang melucukan baca jawapan pelajar-pelajar tingkatan 1 buat karangan hehehe….

Alhamdulillah, kemarin dah hantar semua markah-markah peperiksaan ke meja S.U Peperiksaan di sekolah… Lepas ini boleh la rileks… Apa rileks.. ??? Opsss belum tentu, sebab kena buat modul Geografi tuk pelajar Tingkatan 3 (PMR).. Buka sekolah ini dah beri modul tu kat budak2… Harap-harap dapat la siap dengan jayanya… amin..

Itu lah dia asam garam seorang guru… Semuanya ada pelbagai rasa yang dapat dirasai.. Huhuhu…

Jika Seorang ISTERI Menangis

Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!

Seorang istri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang istri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jng menyia-nyiakannya.

Mgkn, krn keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab

"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ?? Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg soleha dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTRI mrk begitu berHARGA...

Semoga bermanfaat

Monday, May 30, 2011

Kenapa Ibu Menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"


"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.


"Aku tidak mengerti", kata anak itu.


Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"


Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"


"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.


Akhirnya ia mencari jawapan sambil membaca kitab suci Al-Quran untuk mencari jawapan mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Akhirnya dia terjumpa ayat dari Al-Quran yg berbunyi:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."


"KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA KERANA ITULAH PINTU HATINYA, TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA."

Akhirnya Salma Menjuarai MENTOR 5... Tahniah !!!

Tahniah Buat Salma Juara Mentor 5… Sebenarnya tak pernah follow pun konsert Mentor musim kelima ini disebabkan kesibukan melanda kan

Tapi ada rakan guru bagi tau Salma best, dan patut juara.. So, betul la tekaan rakan-rakan guru tu yang Salma itu layak menang. Baru malam ini aku tengok konsert final Mentor 5 sampai habis.. Fuhh memang best la suara Salma.. tak sangka pulak dia ada high vocal yang terlalu tinggi.. Tergamam dengar suara Salma… Pujian 1000x tuk Salma sebab ada bakat terpendam dah high vocal yang tinggi..

Biarpun Salma dapat undian dari Juri Awam rendah tapi akhirnya beliau menjuarai pertandingan ini.. Rasanya, juri awam ini pekak kot.. tak tahu nak menilai mana yang lebih bagus… Huhuhuhu… Sekalung takziah buat juri awam…..

Rasanya, Mentor 5 kali ini memang best.. Kalau dibandingkan dengan AF 9 sekarang ini.. Saya akan pilih Mentor.. Sebab AF sekarang ini memang banyak mengarut ar… Apa tidaknya baru ini aku tengok AF, kata Pak Nil Hazama dah menjadi train remaja sekarang… Adoooiiii sorry la Hazama… Setakat train rambut apa kejadahnya itu… AF 9 ini tak menyengat seperti AF 2 dan AF 3…. Aku macam malas dah nk follow AF ini.. Terlalu slow dan bosan.. dah la suara-suara pelajar AF ini tak da yang special.. Huhuhu… Hampeh ar… Maaf la yer…. Mentor jugak la mendapat pujian….

Sekali lagi, TAHNIAH buat Salma dah menjuarai MENTOR 5… So, lepas ini teruskan usaha anda tuk mendasari Muzik Tanahair kitaa… Moga masa depan anda cerah di arena ini…

Sunday, May 29, 2011

Apa Sebenarnya Aku Buat Bila Ada Internet

Salam buat smua. Kali ini aku sajer nak kongsi2 aper yg aku buat biler aku bukak komputer dan main internet. Masing-masing mungkin ada budaya, atau tabiat, atau apa2 lah yg akan korang buat biler mulakan hari korang dengan internet. Mungkin apa yg aku buat boleh berkongi menambahkan lagi aktiviti berinternet korang.

Setiap hari tak semestinyer aku dapat internet. Sebab dalam keadaan aku internet masih tak der mobility. Kalau kat rumah, mmg superb, tapi kalau kat luar, kener ar carik CC ker aper ker. Ok. Perkara pertama yg aku buat adalah...hehe..

Perkara Selalu Buat

#1 Baca surat khabar

Aku kener bacer. Sebab takut2 kerajaan istytihar perang ke amerika on the spot ker, ader militan ker, bencana alam ker, kiter tak tau. Biler bukak jer surat khabar pada hari tue, raser berdebar2 ar sket. Hehe. Lagipun beli surat khabar mahal. Lagi satu membazir kertas(padahal tak der duit) hehe. Banyak lah surat khabar online kat negara kiter nie. Cumer betul atau tidak terpulang pada korang nak percaya atau tidak sumber yg diberi.

Surat khabar online yg aku bacer contohnyer Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo,Malaysia Kini, dan byk lagi ar walaupun ada yg lebih kepada politik. Bahasa Inggeris? Cukup ar. Aku tak larat nak bacer omputih nie byk2. Blog-blog tutorial, tech sumer dlm omputih dah cukup aku bacer. Hehe. Cerita Malaysia, dalam bahasa malaysia lar kan.

#2 Check emel

Aku ader 3 emel dalam senarai aktif. Ader tujuan umum, tujuan peribadi dan lain2 lagi. Semua terurus dengan baik dan saksama. Hehe. Korang mesti pelik naper ader byk emel?

Emel mmg penting. Byk sgt perkara yg aku mggunakan internet. Dari urusan jualbeli, bank, bil,chatting sampai ar ke urusan akademik. Citer pasal akademik, aku pernah emel lecturer aku time cuti, tanyer khabar lecture dan lain-lain laa... Tapi happynya pabila lecture kata nk bg geran tuk buat Master dalam Pendidikan geografi.. ehehe tapi kena tunggu tahun 2013 lalalalaaa..... Emel nie macam rumah lar. Segala surat sumer sampai kat sini. Jadik kener manage baik2.

#3 Bacer blog

Ini mmg perkara wajib. Aku mnggunakan google reader utk mendapatkan senarai terkini semua blog aku nak bacer. Hampir tiap2 hari senarai ini akan bertambah. Blog yg aku prefer bacer adalah blog yg menceritakn teknologi, politik dan perihal2 lain yg memberi input berharga. Disamping itu(mcm buat karangan) aku bacer gak blog2 peribadi. Hehe. Ini mmg wajib, terutama sekali kengkawan aku.

Kalau dulu blog sket jer nak bacer, skang nie makin ramai ada blog dalam pelbagai genre. Mmg seronok. Sebab dgn ini, masa aku berada depan komputer akan bertambah. Maka kerja lain akan delay. Btol tak?

#4 Tulis Blog

Sejak aku ader blog dalam 1 tahun lepas, tulis blog ini umpana diari. Tapi diari aku bukanlah dikategorikan sulit. Kadang menulis picisan hanya utk suker2. Aku mmg suker menaip sebab biler aku menulis jadik macam tulisan kat atas tue. Dan suker menulis utk dikongsi dengan orang lain.

Zaman skarang makin ramai ada blog. Jadik peluang utk menulis tue ditukar kepada membaca. Jadik gini ar, blog kurang aktif. Tulis biler ader mood jer.

Perkara Dah Jarang Buat

#1 Friendster

Dulu Friendster nie mmg agak "giler". Mcm facebook gak. Tapi skang dah tengelam dek facebook. Nak buat camner. Tak semestinyer Friendster nie kekal di atas. Begitu jugak Facebook.

Aku dlu dalam kategori addict gak, tapi tue zaman muda remaja, mentah lagi dalam dunia internet. Skang pun muda remaja. hehe.

#2 Yahoo Messenger

Mender alah nie jauh sekali aku nak bukak. Dulu2 masa study kat U aku selalu lar bukak. Tapi skang aku bukak biler terasa nak bukak. Hehe. Tak der ar. Klu ader tujuan, cthnyer temujanji utk berborak di alam maya, maka aku akan bukak. Kalau dulu kalau tak aktif, bleh update status, skang amik, tak bukak langsung. Hehe.

Byk sebab rasernyer naper aku tak bukak. Pertama, YM nie berat, walau ader replacement, tp aku lebih suker YM yg asal. Nak borak kener ader idea, klu tak der idea nak borak camner. Lain ar klu ader teh tarik ngan roti canai. Mau 6 jam boleh borak. Hehe.

Selesai. Tue jer yg mampu aku kongsikan. Aku teraser macam ader tinggal jer. Biar jer ar. Amacam ader samer macam korang buat tak biler berinternet? =p

p/s: teringin nak miliki blackberry dan Iphone, internet buleh main kat maner2..

Saintis Afrika Selatan temui lipas melompat

LIPAS melompat yang ditemui di Cape Town, Afrika Selatan.


CAPE TOWN - Sekumpulan saintis Afrika Selatan menemui spesies baru lipas yang boleh melompat seperti belalang, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Serangga itu yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini ditemui melompat di dalam semak di Taman Negara Table Mountain dekat sini.

Ia tersenarai dalam 10 spesies utama dan terbaru yang ditemui pada tahun ini.

"Lipas ini memiliki kaki belakang panjang dan sofistikated untuk membolehkannya melompat tinggi ke udara," kata seorang saintis yang membuat penemuan tersebut, Mike Picker.

Dia dan rakannya, Jonathan Colville menemui lipas ganjil sepanjang 1.27 sentimeter itu pada 2006 dan mengkaji serangga tersebut di makmal mereka di sini. - Agensi

Saturday, May 28, 2011

Kalau LELAKI jadi ISTERI

Salam semua… Ni nak habaq citer kat korang semua ni…

Alkisahnya begini….. Lalalalalaaaaaaa…. Intro dlu hehe

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.


Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.


Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit.


Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.


Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"


Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."


Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!


"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya.


Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami???


"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan.. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."


Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu macam beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........


Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Blogku Bersawang !!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan-rakan bloggers serta silent readers sekalian….

Nampaknya dah berapa hari saya tak update dan membuat new entri di dalam laman blog saya ini.. Huhuhu.. Terasa sunyi dan bersawang saja blog saya ini tanpa kehadiran entri-entri baru dari saya...

Berlarutan itu, trafik saya pun dah semakin jatuh.. tapi tak pa.. bukan kita menghasilkan blog hanya semata-mata mengejar trafik kan.. Saya buat blog ini hanya tuk sekadar kepuasan saya dan sebagai perkongsian bersama dengan rakan-rakan bloggers sekalian..

Korang nak tau.. saya tak update blog saya dalam beberapa hari ini adalah disebabkan oleh kesibukan saya di sekolah iaitu menjaga peperiksaan serta menyemak kertas jawapan pelajar-pelajar saya.. Itulah sebab utama saya tak update blog maybe terlupa nak update.. iyolah sibuk menyemak kertas peperiksaan yang pelbagai jawapan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar saya.. Rasanya ada perasaan geram, marah, ketawa dan pelbagai rasalah semasa menyemak kertas jawapan mereka.. Hehehe.. Apa-apapun semuanya dah diselesaikan hehe.. Happy juga coz ada beberapa orang pelajar mendapat A tuk paper Geografi dan Bahasa Melayu yang saya ajar… Hehe..

Apa-apapun cuti sekolah ini saya akan bergiat aktif dalam dunia blogging ini hehe…. Di sini saya ingin memohon maaf kepada anda semua sebab dah berapa lama saya tak update tuk tatapan korang.. Ramai di luar sana tertunggu-tunggu entri terbaru saya kan… Hehehe.. Opppsss perasan lebih pulak saya ini,,, sapalah nak baca entri picisan saya ini kan.. Ibarat malukut di tepi gantang… HUhuhuhu…

Ok laaa.. happy your holidays bagi guru-guru serta anak-anak murid sekalian… begitu juga dengan Mahasiswa-mahasiswi sekalian… Hurrmm rindunya dengan zaman berkuliah di UPSI…. Tak tahu bila laa saya nak masuk UPSI balik tuk sambung pengajian master saya.. Insyaallah 2013… aminnn

Wednesday, May 25, 2011

Nukilan Hati

Harapan yg tdk pernah kesampaian ketika ini digamit kekecewaan,
luka masih belum terawat n pedihnye tetap dirasakan,
utk apalah melamakan penantian,
mengharap pd yg tdk sudi tp persoalan hati mmg sukar utk d berikn jawapan..

Sendri di dlm keresahan menongkah arus kehidupan,
perlukah menagih simpati beralasankan sbuah kepayahan??
sakit adakalanya tdk memerlukan ubt tp kesakitan lbh memerlukn kasih syg,
sentuhan yg membuatkn penderitaan blh kecundang..

Pelarian kadangkalanya lbh menyeksakn dr diri sndri nmun jika itu lbh baik,
apa lg kah alasannya utk menanti??
utk apa mengharapkn kasih pd yg tdk sudi memberi..

Bila perpisahan mgambil ruang,
diri mnjadi sorang perindu namun utk kembali mengakrabkn pertemuan,
diri mjadi bgitu pemalu oleh kesilapan yg dulu,
bagaimanakah bisa menyermpurnakn kembali suatu harapan yg dihancur kn oleh tangan sendri??
sengaja menghempaskannya ke batu??
berderailah ia bagaikn sekeping kaca..

Perlukah memaut harapan di dahan yg menjadi semakin rapuh??
bagaimana nanti jika ia patah dan harapan berderai lagi??

Keteguhan cinta masih di hati namun keberaniannya masih tersembunyi,
haruskah di bicarakan tentang kesetiaan dan kasih syg yg memungkinkan sbuah lagi kehilangan atau,
perlukah terus memendam rasa,
selagi berharapan tanpa mengungkit apa2 cerita dlu yg d tinggalkn..

Biar sj rindu tersimpan di hati,
luka mencalari emosi namun dendam tdk di biarkn berbekas di naluri,
cukuplah sekadar menjauhkan diri dan sengaja menghindari agar pertemuan tdk memindahkan mimpi,
kerana keindahan itu bisa merabakkan harapan mencarikkan keresahan di hati milik diri sndri,
berlagu keresahan di hati adalah duka,
berkaca di mata adalah mutiara jernih yg akan berderai..

Pertanyaan hati belum punya sebarang jawapan,
luahan rasa jg belum pernah didedikasikan,
hanya kiasan menjadi candaan namun sukar utk di mengertikan
apakah benar nanti cinta pasti berbalas dan kasih tdk bertepuk di sebelah tangan..

Pertanyaan hati memang sukar utk di mengerti,
mencari kepastian pun terkadangkala hanya akan melukakn perasaan milik sendri,
utk memendam kasih sayang,
haruskah berdiam dri dgn menjadikannya sbgai rahsia diri yg cukup peribadi..

Penantian itu sgguh menyeksakan namun bila insan yg di nantikan muncul sj di hadapan mata,
hati sudah pasti akan di sapa bahagia,
jiwa mula tersenyum ceria,
terpamer di mata adalah rentetan keindahan,
terserlah di wajah juga adalah sinar keriangan,
namun ia masih bernama sebuah impian yg berbungkus harapan..

Tuesday, May 24, 2011

Lalalaaaa... Jom Sarapan Yokkk..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuaa…


Akhirnya Selasa datang lagi.. So, hari ni selamat menjawab peperiksaan ya buat pelajar-pelajarku sekalian… Tapi, ada ke pelajar aku masuk dalam blog ini.. rasanya tidak.. Argghh biarlah yang penting aku nak wish kat dorang jer.. hehee.. Tapi nak wish jugak la buat korang semua ya bloggers n the silent readers… Hehehe.. Selamat Pagi yaaaaa….


Hari ini menjaga exam bagi paper Bahasa Inggeris… Sekejap lagi saya kena jaga kelas 1 Harmoni (Kelas Arab – Kiranya kelas budak-budak pandai ini) Hehehe…


Hurrmm… baiklah, sebelum menjaga exam bagus saya p bersarapan… Meh tengok apa sarapan saya di pagi selasa ini.. Sedap tau… feveret saya lagi Karipap.. Hahaha.. eh ada satu kuih lagi itu pulut panggang.. Alamak, air liur dah meleleh… Ok laa.. nak p bersarapan dlu..

Byeeee…

Eropah Berjaga-Jaga

GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan gunung berapi Grimsvotn meletus dengan mengeluarkan debu ke udara

(By KOSMO)



PARIS - Debu dari sebuah gunung berapi di Iceland mungkin tiba di utara Scotland menjelang esok sekali gus menjejaskan penerbangan.

Jika letusan gunung berapi Grimsvotn itu berterusan, debu berkenaan akan tiba di sebahagian wilayah di Britain, Perancis dan Sepanyol menjelang Khamis ini.

Beberapa lapangan terbang di Iceland ditutup semalam ekoran kebimbangan bahawa debu dari gunung berkenaan yang meletus pada Sabtu lalu bakal mengancam keselamatan penumpang pesawat.

Ekoran angin bergerak ke arah utara, pihak berkuasa menyatakan terdapat risiko yang sedikit akan berlakunya gangguan ke atas laluan penerbangan di Eropah dalam tempoh 24 jam.

Semalam, pihak berkuasa Britain menimbang untuk menghantar kumpulan pesawat bagi memantau pergerakan debu itu. Beberapa pihak pengendali pesawat kini kerap diberitahu mengenai situasi yang terkini berhubung debu gunung tersebut.

Pakar-pakar menyatakan, gunung itu mungkin tidak akan mencetuskan suasana yang sama seperti gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada April tahun lalu.

Gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada tahun lalu menyebabkan sejumlah pesawat menghentikan operasi kerana debu yang berterbangan di udara. - Agensi

Monday, May 23, 2011

Bayi Baru Lahir Diperdengarkan Musik Klasik

SEORANg bayi diperdengarkan dengan lagu klasik di wad bersalin di Hospital Saca, Kosice, Slovakia pada 10 Mei lalu.



KOSICE, Slovakia - Sebuah wad bersalin di sebuah hospital di sini menemui satu kaedah bagi mententeramkan bayi yang baru lahir melalui terapi muzik klasik.

Wad bersalin di hospital Kosice-Saca itu meletakkan fon kepala yang kelihatan amat besar di tellinga bayi-bayi supaya mereka mendengar muzik ciptaan Mozart atau Vivaldi sebanyak lima hingga enam kali sehari.

Selain muzik klasik, bunyian hutan semula jadi turut digunakan, malah jururawat turut menggunakan kaedah itu untuk menjaga bayi pramatang bagi menstabilkan pernafasan mereka.

Ketua wad berkenaan, Dr. Slavka Viragova berkata, muzik itu berfungsi sebagai pengganti suara ibu dan ia membantu bayi bernafas dan mengekalkan denyutan jantung.

"Trauma kelahiran banyak memberi tekanan kepada bayi. Namun terapi muzik membantu seorang bayi meningkatkan berat badan, menghapuskan tekanan dan menangani kesakitan," katanya yang turut melancarkan projek terapi muzik tersebut. - AP

Kelebihan Seorang Wanita

Sekadar gambar hiasan


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...