"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Followers

! kurasakan something...

Saturday, April 30, 2011

Rasuah Adalah Najis - Tergamak Kalian Memakan Najis?


Pernahkah kalian di luar sana diberikan hadiah secara tiba-tiba daripada orang yang langsing tidak dikenali tanpa mengetahui untuk apa hadiah itu diberikan kepada kalian ? disebabkan terlampau banyak istilah baharu yang diguna pakai bagi mengaburi istilah asal akan rasuah itu, adalah baik ia diringkaskan sahaja. Begini……, yang bernama rasuah atau korupsi itu secara harfiah kita akan kata ia sebagai suatu keburukan, ktidakjujuran, mudah disogok benda atau makan suap dan kebejatan. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Salah satu dari samaran baharu kepada rasuah sekarang ini ialah HADIAH…..


Kalian bekerja di mana ? Soalan ini wajar ditanya kembali kepada kalian. Sekiranya saudara bekerja di jabatan pendaftaran negara, tambah lagi saudara berjawatan yang tinggi. Pasti saudara akan didatangi beberapa individu bersama barang yang dikatakan sebagai hadiah. Bukan itu berkepentingan namanya ? Pelik bukan (tak pelik pun), mengapa mereka (si tukang suap) tidak merujuk hal jabatan pendaftaran itu kepada si tukang potong rambut ? Kerana si tukang potong rambut tidak tahu, lagipun bukan bidangnya, dan si tukang potong rambut tidak mendatangkan apa-apa kebaikan lagi memenuhi permintaan mereka. Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya kita tidak punya sebarang kepentingan di dalam sesebuah jabatan, jangan harap kita akan dipandang orang. Tetapi sekiranya ada, berkerumunlah mereka datang membawakan HADIAH segala macam. Rasuaj adalaj haram. Orang Islam tahu akan hukum haram pada babi, malangnya rasuah tetap mereka telan, rupanya tak salah seperti memakan babi yang haram. Terimalah……. “Rasuah Adalah Najis” istimewa buat mereka yang tergamak memakan suapan.

“RASUAH ADALAH NAJIS”

Rasuah adalah najis,

Najis ada warna, rasa dan bau,

Tak hilang warna, rasa dan bau

Bermakna hidung masih bisa terhidu.


Tuhan memberikan ganjaran,

Dikurniakan mereka neraka idaman,

Silih hari berganti minggu khutbah diperdengarkan,

Diberitahukan jangan ambil sebarang imbuhan,

Waima ia buah-buahan,

Atau teh tarik kedai mamak segelas secawan,

Kalau dah najis sanggup dimakan,

BABI pun pasti tergamak kautelan….

Friday, April 29, 2011

Bagaimana Jika ALLAH Mencintai Kita ?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.


Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:


"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."


Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?


Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :


"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)


MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..


Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"


Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.


Apa kata Allah dalam hadis tersebut?


"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"


Maka Jibril pun membuat pengumuman :


"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.


Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.


Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.


Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?


Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

Tahukah Anda Maksud BYE...!

Salam semua.... saya baru tau maksud perkataan "BYE"...

Astagfirullah.. Subhanallah!!! Perkataan "BYE" merupakan jarum sulit orang Kristian...

Di dalam bahasa Arab bermaksud "fihafzil baba ". Manakala dlm bahasa Malaysia bermaksud di Bawah Naungan Pope(paderi).

Jadi foward dan sebarkan kepada semua sahabat2 anda. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita dan orang Islam yang lain. Wassalam

Story Morry di Pagi Jumaat

Ahad (Siang) : Aduhhh… Malas betul la nak pergi kerja esok… Boleh rehat-rehat ke?

Ahad (Malam) : Nak tidur pun susah.. So, termenung jer la kerjaku.. huhu..

Isnin : On the way nak pergi kerja… jem pulak.. haiyoyoo.. hari-hari jem.. jem hari-hari.. Huhuhu

Sampai kat office… sebab ada masalah jem tadi.. So, macam biasalah.. kita buat exercise dlu.. biarpun skit tp memadai la.. renggangkan apa yang patut laa..

Satu…. Dua… tiga… tiga lagi…

Lepas tu buat kerja macam biasa.. sebab rajin kan.. so, hasilnya off course la menarik dan ganjarannya pun besar.. haha

Yang paling sayang kat kita masa tu boss la.. hihihi

Kawan pun ramai…

Rupa-rupanya dalam diam ada jg orang jeles dgn aku.. tak boleh nak tengok aku senang… tak boleh nak tengok aku gembira… jeles sesangat kat aku.. tah apasal tah..

Dalam aku baik hati, dia nak kenakan aku.. dia ngap aku dari belakang yer.. ni tak boleh jadi nie…

Sebab aku tak suka nak dengar citer orang.. so, aku ngan genk aku peratikan sendiri prangai buruk dia…

Sah.. memang dah sah.. dia dah hasut boss aku.. sialan betul.. geram ni.. memang dia kuat ampu.. keje malas..!!! mengampu jer keje dia.. tak boleh jadi ni….

Kita orang panggil meeting dan peratikan dia.. nak tengok waktu sesuai.. nahas la kau..

Sebab geram punya pasal.. aku kejar dia dlu…

Pastu geng-geng aku pulak kejar…

Dapat jugak aku akhirnya… kehkehkeh… padan muka kau

Puas hati aku… lalaalalalaalalala

Thursday, April 28, 2011

Mengapa Kebanyakan Piring ASTRO Menghadap Kiblat


*Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?


KENAPA BEGITU?


Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.


"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.


"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya.


Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.


*Petikan dari email sahabat

Wednesday, April 27, 2011

Waspada Kapsul Gelatin Babi

KUALA LUMPUR 26 April – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih produk berkaitan farmaseutikal kerana kajian bioteknologi menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin sebenarnya diperoleh daripada sumber babi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dalam hubungan ini, pihak pembekal dan pengilang perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan produk yang dikeluarkan perlu mempamerkan label kandungan bahan yang digunakan.

Kata beliau, berdasarkan akta sedia ada, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang menjual produk seumpama itu.

“Tindakan hanya boleh diambil oleh Jakim jika produk berkenaan mempunyai logo halal atau apa-apa yang membawa maksud sama. Bagaimanapun, di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, setiap produk perlu mengisytiharkan sumber bahannya pada label.

“Kementerian tetap berusaha untuk menghalang situasi tersebut. Justeru itu, kita akan menggiatkan promosi maklumat kepada orang ramai selain mewujudkan akta halal yang kini dalam proses diperkemaskan sebelum dibentangkan nanti,” katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, sehingga kini sebanyak 141 syarikat farmaseutikal telah mendapatkan sijil halal bagi produk mereka dan orang ramai khususnya umat Islam boleh membuat semakan melalui laman web www.halal.gov.my.

“Kita tahu ramai yang keliru dengan label-label yang ada pada setiap produk kerana ia menggunakan istilah sains seperti porcine.

“Bagi mereka yang tidak tahu, ramai yang tidak mengendahkannya walhal istilah itu sebenarnya menunjukkan ia mengandungi bahan daripada babi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang turut menjawab soalan berkaitan berkata, selain tuntutan agama Islam bahawa kandungan babi adalah bahan yang diharamkan, sumber bahan itu juga boleh mengakibatkan alahan kepada pemakai.

Kata beliau, kementerian boleh menggantung dan membatalkan lesen pembekal atau pengilang yang gagal memberi maklumat tentang kandungan ubat dan yang memberikan maklumat palsu.

Menurutnya, dasar kementerian adalah untuk memastikan produk yang dipasarkan dalam negara adalah produk yang berdaftar dengan kementerian melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan bahagian penguat kuasa farmasi.

“Setakat ini kementerian bersedia untuk mengkaji logo halal bagi semua produk yang dikeluarkan oleh kementerian.

“Dalam pada itu juga, kita menggalakkan masyarakat untuk membuat rujukan terhadap notifikasi produk yang dipasarkan dengan laman web kementerian,” kata beliau.

Rosnah menjawab soalan ahli Dewan Negara, Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg yang menyatakan bahawa produk kesihatan dan kosmetik yang terdapat di pasaran mengandungi bahan yang memudaratkan.

Tuesday, April 26, 2011

Gula vs Sijil Nikah


“Pakcik… beli gula sekilo”

“Boleh… sijil nikah ada”


Macam itu sekali kalau hendak beli gula di Terengganu, bayangkanlah… hari ini mungkin dia tanya sijil nikah.. esok lusa… entah sijil apa pulak yang dia minta… bukan hendak menginap di hotel pun.. sampai nak sijil nikah.. kalau di hotel itu wajiblah dia tanya… sebab hendak tahu muhrim ke atau tidak.. ini nak beli gula jer… gulaa….


So, maknanya yang belum kahwin atau orang bujang tidak boleh beli gula la yer… sampai macam itu sekali kekurangan gula kat Malaysia ini.. tapi bagi aku… kalau nak kawal pun agak-agak la… sijil nikah… album perkahwinan tak nak sekali ker… tak faham betul laaa…


Sejauh manakah Malaysia kekurangan gula.. dalam awal tahun ni.. kuantiti gula mencukupi tetapi tiba-tiba tak cukup… adakah ini teknik menaikkan harga gula… itu aku tak tahu la… seharusnya ada pihak yang bertanggungjawab yang boleh memberi penjelasan terhadap kekurangan barang-barang terkawal tersebut..

Humor Pemandu Teksi dan Nurse

Sekadar gambar hiasan


SEORANG Nurse, Ratna menahan teksi. Semasa dalam perjalanan, Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya.

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu?"

Feddy tersenyum malu dan berkata...

"Sebenarnya, saya selalu berfantasi. Maaf ya. Saya sangat ingin mencium seorang Nurse."

"Oh begitu! tak der masalah. Encik boleh mencium saya. Kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik. Tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single," kata Nurse.

Feddy gembira dan berkata; "iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi. Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit. kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi Feddy menangis teresak-esak sambil berkata; "Maafkan saya cik, saya merasa bersalah. Sebenarnya saya sudah berkahwin."

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata;

"Sudahlah encik. Tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse tetapi saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam."

Tinggal Dalam Pembentung Banjir...

Sanggupkah anda tinggal di dalam pembentung banjir??? Inilah kisahnya ada insan yang tinggal di dalam pembentung banjir ini sebagai tempat untuk berlindung… Memang betul-betul menghairankan….

BEIJING - Seorang lelaki tinggal di dalam pembentung banjir di Haikou, selatan China, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Lao Li memasang lantai papan, pintu dan kusyen dalam pembentung yang sepanjang 1.82 meter.

Bagaimanapun, lelaki itu yang berusia 30 tahun dan masih bujang diusir dari pembentung tersebut.

Seorang pegawai berkata: "Dia akan diberikan sebuah rumah. Kami tidak boleh membenarkan penduduk tinggal di dalam pembentung ." - Agensi

Monday, April 25, 2011

Anggur Yang Ku Tanam...

Anggur yang aku tanam akan ku tinggalkan

Beberapa hari lagi gelaran itu bakal berubah

Aku terima penuh redha ketentuan ini

Pasti ia punya hikmah dari DIA yang Maha Esa

Kini anggur yang ku tanam

Tetap jua akan kutinggalkan

Walaupun telah lama aku usahakan

Walau hasilnya langsung tiada dapat ke tangan

Jatuh berciciran di tengah jalan

Kenangan anggur……..

Cukup mekar di dalam hatiku

Bukan sehari aku begitu… tapi sudah lama..

Terlalu lama sehingga aku

Terpaksa buat-buat lupa nostalgia itu.. Dahulu..

Bercuti di Kuching, Sarawak....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera wahai rakan-rakan bloggers sekalian..


Dah lama saya tak menulis.. kebelakangan ini saya terlalu sibuk.. tak sempat saya nak menerjah blog saya ini… Alahai, kesiannya pulak dah bersawang… ni sebab Ujang la ni tak tolong saya bersihkan sawang-sawang ni… Hahaha.. Apsal pulak c Ujang terpalit sekali ini… hahaha.. sabar ja Ujang…


Pada 22 April lepas saya telah bercuti ke Kuching Sarawak… Percutian yang mengambil masa 4 hari 3 malam… Hehehe… 22 April tu Cuti Good Friday khas tuk Sabah n Sarawak.. So, di kesempatan itu, saya dan beberapa orang rakan mengambil peluang untuk bercuti ke negeri jiran iaitu Sarawak


Pengalaman dalam percutian ini memang seronok tapi sedihnya banyak tempat-tempat yang tak sempat tuk dilawati.. Insyaallah, ada masa ada kelapangan akan ku lawati kembali Sarawak Bumi Kenyalang.. bukan jauh pun, jiran sebelah jer.. hehehe…


Pengalaman yang paling menyeronokkan ialah pergi membeli-belah di kawasan Syurga Kek Lapis.. Aduhhh.. memang pening la.. sebab terlalu banyak pilihan.. rasanya nak beli semua jer.. hahahhaa… Apa leh buat.. saya peruntukkan Rm200 tuk beli kek lapis.. tu pun nak diberi kat sanak-saudara dan rakan-rakan guru di sekolah…


Yang paling seronok pabila terserempak dengan rakan-rakan semasa belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).. Fuhh, betapa keciknya dunia.. di mana-mana jer tempat selalu terserempak dengan rakan-rakan UPSIan… Hehehe… betapa pengaruhnya aku dlu masa di UPSI… hahaha.. perasannya aku…


Yang sedihnya tak dapat berjumpa dengan rakan-rakan sepraktikum, sebab masa saya bercuti ke Sarawak itu, member tu ada program anjuran sekolahnya… So, tak pa la.. lain kali berjumpa lagi..


Apa-apapun setiap percutian mestilah dimanfaatkan.. Haahahaha… Next trip kita orang nak bercuti ke Pulau Mabul pulak… Sapa nak join sila la contact saya… hehehe..


Dengan itu, saya hidangkan gambar-gambar ini sebagai santapan rakan-rakan semua…

Ambal atau Siput buluh

Udang goring, umai dan ayam pansor

Dewan Undangan Negeri

River Cruise di Waterfront

Jom jamu selera di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Kek Lapis Dayang Salhah

Member rapat aku di sana.. hehehe

Shopping time di Serikin.. kawasan ini dekat dgn sempadan Kalimantan, Indonesia

Post di Waterfront lagi haha

Laksa Sarawak.. yummmyyy

Bergaya di arca Kucing Melayu.. Hahaha

Bergaya lagi di arca Kucing Cina.. . Hahaha

Friday, April 22, 2011

Berjaya Tukar ke Akaun Gmail...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Happy sangat-sangat… Sebab ada rakan saya serta junior saya satu tempat pengajian di UPSI telah memberi tahu cara tuk tukar akaun dari ymail ke gmail… Akhirnya, saya berterima kasih kepada Awin @ Azwa Amani.. coz telah memberi tahu step by step tuk tukar tu… Sayang Awin



So, kepada yang nk tukar tu.. Meh tengok sini…

Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.


Setahu aku, ramai yang menggunakan Blogger.com sebagai platform kan? Mesti kebanyakannya menggunakan akaun Yahoo. Bagi pengguna blogger/blogspot yang menggunakan akaun selain akaun Google untuk log-in ke blog, wajib menukarnya dengan kadar segera bagi mengelakkan blog anda dihapuskan.


Contoh : pakpandir@yahoo.com ditukarkan ke pakpandir@gmail.com!



Bagaimana nak tukar email login ke blog? Ikuti langkah-langkah di bawah!



1. Create akaun gmail

Mula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.


2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings >Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.


3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.


4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )


5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.


6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.


Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.


credit : kujie.com



Bagi yang belum tahu, bertindaklah segera jika anda menggunakan akaun selain akaun google untuk log-in ke blogger. Bagi yang menggunakan wordpress, hosting sendiri atau atau apa saja selain blogger.com sebagai platform, anda selamat! Heheh..


UPDATE : PEMBETULAN


Ada sedikit penambahan...sila rujuk artikel di buzz.blogger.com...dalam artikel tersebut Google telah mengatakan bahawa mereka tidak akan support sebarang Akaun Blogger baru yang tidak menggunakan Google Account selepas 25 Jun 2011... Dan bagi pengguna yang menggunakan akaun selain Google tetapi tidak aktif selepas 2007, maka blog mereka akan diremove/dipadamkan... Jadi tidak menjadi masalah kepada mereka yang menggunakan akaun Yahoo untuk log in ke dalam akaun Blogger mereka asalkan mereka aktif selepas tahun 2007.


Tapi, better tukar je la untuk keselamatan jangkamasa panjang. Bukan apa.. Kalau korang mati? Takkan nak biar blog korang pun terkubur jugak dengan korang kalau blog korang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Dapat jugak pahala walau dah mati? Ye tak? Sebab itu harta Google. Tak mustahil nanti dia akan paksa semua blogger daftar akaun Gmail nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...