"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Wednesday, March 30, 2011

Siapakah Anda?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yg sibuk adalah org yg tdk mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mpunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah org yg ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata, ”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yg kaya adalah orang yg bersyukur dgn apa yg ada dan tdk lupa akan kenikmatan dunia yg sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yg miskin adalah org tdk puas dgn nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yg rugi adalah org yg sdh sampai usia pertengahan namun masih berat utk melakukan ibadat dan amal2 kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yg paling cantik adalah org yg mempunyai akhlak yg baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yg mpunyai rumah yg paling luas adalah org yg mati membawa amal2 kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yg mpunyai rumah yg sempit adalah org yg mati tdk membawa amal2 kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yg mpunyai akal adalah orang2 yg menghuni syurga kelak kerana tlh menggunakan akal sewaktu di dunia utk menghindari seksa neraka.

Tuesday, March 29, 2011

Sindrom Kemurungan Facebook Landa Remaja

NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook. Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.


Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.

"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.

"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press. Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi

Saturday, March 26, 2011

Gempa Bumi di MYANMAR

Assalamualaikum...


Kasihan mereka.. Kita di Malaysia ni wajib bersyukur kerana negara kita di luar Lingkaran Gunung Api Pasifik. Tak ada puting beliung. Tak ada gempa bumi. Cuma sekarang ni bencana tersebut seakan ada kerana banyak dosa yang telah dibuat.

SEBATANG jalan raya terbelah dua akibat gegaran gempa bumi yang berlaku di bandar Tarlay, Myanmar kelmarin.

YANGON - Sekurang-kurangnya 75 orang awam terbunuh, 111 cedera manakala beratus-ratus lagi hilang tempat tinggal selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar malam kelmarin.


Beberapa pekerja penyelamat berkata, buat masa ini tempoh selama beberapa hari diperlukan untuk mengetahui jumlah kerosakan yang sebenar. Gegaran yang berukuran 6.8 pada skala Richter itu dapat dirasai sehingga ke Bangkok yang terletak 800 kilometer dari pusat gempa. Gegaran itu turut dirasai di bandar Hanoi, Vietnam dan di sebahagian kawasan di China.


Bangunan-bangunan yang berdekatan pusat gempa bumi ranap manakala penduduk yang ketakutan lari meninggal kediaman sejurus gegaran susulan berlaku semalam. Hampir 400 buah rumah musnah di empat kampung selain sembilan buah bangunan pemerintah ranap dan beberapa biara musnah di bandar Tarlay.


"Kami sedang berusaha untuk pergi ke tempat-tempat terpencil untuk menyelamatkan mangsa.

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan sebuah rumah ranap akibat gegaran gempa bumi di bandar Tachilek, Myanmar kelmarin.

"Anggota-anggota tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang berusaha mencari mangsa yang cedera di kawasan yang terjejas tetapi terdapat beberapa jalan darat yang terputus hubungan," kata seorang pegawai Myanmar.


Pengarah World Vision Myanmar yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan, Chris Herink berkata, kumpulannya telah mengenal pasti dua buah bandar yang teruk terjejas iaitu Tarley dan Mong Lin. Katanya, pemerintah Myanmar berusaha untuk memberi informasi kepada rakyat dengan memberikan angka terkini kematian dan kerosakan yang berlaku.


Gempa bumi yang melanda Myanmar itu berlaku selepas kejadian gempa dan tsunami di Jepun. Gempa bumi pernah melanda Myanmar beberapa kali antaranya pada 1975 yang cuma menyebabkan seorang terbunuh. - Agensi dalam Kosmo


Memetik kata seorang ustaz pada malam Jumaat baru ni. "Kita ni sudah banyak berbuat dosa, namun 1 peratus sahaja golongan yang menyambut Maulidur Rasul. ALLAH nak turunkan bala pun terhenti sebab kita masih memuji Kekasihnya, Baginda s.aw. Maka, marilah kita berselawat ke atas Nabi s.a.w. Berzanji jugak salah satu kaedah berselawat dan memuliakan junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w.


Mari lah bertaubat sebelum terlambat.

Ibu... Ku Merinduimu

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

*******************************************************

Ibu….

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kata-katamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
Ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan..!

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Ibu Sempena Hari Lahirmu…
Daku berdoa ke atas kesejahteraanmu…
Agar sentiasa bahagia di sana..

Ditempatkan bersama-sama orang beriman..
Biarpun kita dah berlainan dunia...

Ku tetap mengingatimu selalu Ibu….

Al-Fatihah buat Bondaku Dayangku Sauyah Binti Haji Pengiran Mohd Yassin… 10 tahun telah berlalu kau meninggalkan daku..

Friday, March 25, 2011

12 Peserta Maharaja Lawak


Senarai 12 peserta Maharaja Lawak telah pun tersenarai. Ada yang masih tak tahu dengan Maharaja Lawak? Maharaja Lawak merupakan sebuah rancangan realiti pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat. Kesemua bekas finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima akan kembali berentap dengan lawak jenaka mereka bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak.

Rancangan ini akan dikendalikan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia iaitu Dato' AC Mizal. Para peserta diberi kebebasan untuk beraksi secara solo ataupun berkumpulan. Rancangan ini akan disiarkan secara langsung bermula pada 1 April 2011 di Astro Warna (Saluran 132) dan siaran serentak di Astro Prima( Saluran 105).

Saingan sengit kalau dilihat dari semua bakat yang telah dipertontonkan. Siapa Maharaja Lawak pilihan korang yer?















Thursday, March 24, 2011

Ingatkan Rakyat Kepada KEMATIAN

Maka, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah para khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” — Abu Daud dan Tirmizi.


Kalau kita melihat perkembangan hari ini, masyarakat kita sudah jauh daripada agama. Dan, sifat menjauhi agama ini adalah sikap orang-orang yang suka menjauhi akhirat. Sedangkan kewujudan akhirat itu adalah suatu kepastian.


Menjauhi akhirat ertinya kita seperti berusaha mengelak menemui kematian. Kematian menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Mati mengejut secara tiba-tiba ini sepatutnya meresahkan kita kerana kita mungkin terheret dalam kancah kematian tanpa memiliki sebarang persediaan untuk menemui Tuhan.


Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah bersabda bahawa orang yang pintar dan bijaksana itu ialah mereka yang selalu berfikir mengenai kematian. Mengapakah mereka yang kerap mengingati mati itu dinilai dan diperhitungkan sebagai manusia yang bijaksana? Ini kerana, mereka selalu berasa resah, gelisah, khuatir dan bimbang kalau-kalau amalan mereka masih tak mencukupi untuk dibawa pulang ke akhirat.


Tambah merisaukan mereka, jika amalan itu dibungkus oleh pakaian ujub, riak, sum’ah dan tidak ikhlas mengerjakan amalan itu kerana Allah. Kekhuatiran yang semacam inilah yang akhirnya menyebabkan seseorang itu terdorong pula untuk berdoa meminta keampunan dan beristighfar semoga amalan mereka itu diberikan pakaian ikhlas oleh Allah s.w.t.


Mengingatkan rakyat mengenai kematian adalah sunnah nabi dalam pemerintahan Berdasarkan hadis di atas yang menyingkap perihal sunnah, maka kita melihat bagaimana pemimpin terdahulu seperti baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda Khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin kerap mengingatkan rakyat berhubung kematian dan alam barzakh.


Maka, tindakan mengingatkan rakyat berhubung kematian dan segala persiapan untuk menempuh ke alam barzakh ini, termasuk dalam sunnah-sunnah nabi dan para sahabat baginda dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka dalam pentadbiran Islam. Pemerintahan Islam bukan sekadar memperihalkan hal urusan dunia.


Bahkan, hal yang menyangkut membangunkan kesedaran untuk membangunkan persiapan ke akhirat adalah termasuk dalam urusan pemerintahan Islam juga. Antara kisah termasyhur adalah kisah Umar r.a melihat umat Islam zaman beliau yang kurang dalam mengingati mati.


Maka, suatu hari Umar perintahkan umat Islam datang ke masjid dan mereka langsung disoal dengan soalan-soalan di dalam kubur. Diringkaskan cerita, semua umat Islam mula terkesan dengan latihan dan tarbiyah seumpama itu. Maka meningkatlah amalan mereka kerana terkesan dengan corak latihan tarbiyyah dari Umar itu. Maka, inilah sunnah Umar yang wajar diikuti.


Umar juga berkata, ajarkanlah anak-anak kalian dengan ilmu pengetahuan semasa dan terkini. Jika Umar masih hidup lagi pada zaman kita dan beliau melihat perkembangan teknologi seperti Imej Janaan Komputer (CGI) dan lain-lain teknologi yang kreatif dalam usaha membangunkan kesedaran untuk mengingatkan rakyat berhubung kematian, nescaya Umar akan guna semua peralatan itu untuk tujuan membangunkan kesedaran betapa perlunya persiapan menempuh akhirat.


Tiada salahnya pemerintah berkreatif mengingatkan rakyat atau rakyat mengingatkan pemerintah mengenai persiapan untuk menempuh kematian. Menteri Besar Kelantan melalui kuliah dan tazkirahnya, segala ceramahnya itu telah dibukukan dan kebanyakan rakaman itu berkisarkan soal hidup selepas kematian di padang mahsyar. Ini adalah teknologi buku-buku dan kitab-kitab.


Di Kampung Tok Selehor, seorang ulamak terkenal yang hidup sezaman dengan Tok Kenali, iaitu Tok Selehor telah mengguna teknologi tersendiri, iaitu membina lubang kubur yang mana dia sendiri masuk ke dalamnya untuk mengingatkan dirinya tentang kematian.


Teknologi, laluan lebuh raya bahasa, lapangan sastera untuk ingat kematian. Tiada salahnya menggunakan peralatan teknologi terkini dalam usaha mengingatkan orang-ramai mengenai kematian. Ada juga yang menggunakan jalan sastera seperti Sajak Kematian. Jadi, hal ini merupakan lebuh raya dan landasan yang boleh diterima juga untuk mengingatkan rakyat mengenai kematian.


Ajarlah generasi muda mengingati mati. Didiklah, asuhlah, adabkanlah pelajar-pelajar sekolah agar selalu cenderung mengingati mati dan secara tidak langsung mereka akan terdorong membanyakkan amalan dan selalu melatih diri agar bersifat ikhlas dalam beramal.


oleh : H Fansuri

Wednesday, March 23, 2011

Debaran SPM keluar Hari Ini...

Hari ni Result SPM keluar....

Guru-guru yang berdebar-debar menanti result ini..

So, saya ini guru baru patutkah juga menempiaskan debaran ini... ???

Saat kejayaan ditagih,

Usaha itu menjadi taruhannya.

Saat kejayaan diharapkan,

Kosentrasi itu menjadi ukurannya.

Saat kejayaan diimpikan,

Angan-angan itu menjadi perangsangnya.

Saat kejayaan didambakan,

Padahnya saja disandarkan segalanya.

Semoga kejayaan itu bisa dimiliki suatu masa nanti…

Tahniah buat calon-calon yang cemerlang…

Monday, March 21, 2011

Guru Menjadi Pendidik atau Pengajar

Guru menjadi pendidik atau pengajar?

Guru zaman sekarang hanya perlu mengajar, hal ini kerana mereka di letakkan di bawah kementrian PELAJARAN. Sebelum ini, guru2 diletakkan di bawah kementerian PENDIDIKAN. Oleh sbb itulah, pelajar zaman sekarang kurang didikan.


Guru yang mendidik - merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran, dan jg sesuatu yg tidak dpt dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pgetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah utk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Jika pelajar tdk mahu belajar, guru boleh menghukum dgn hukuman setimpal agak pelajar terbabit insaf dan mula berubah.


Guru yang mengajar - Proses pengajaran sahaja. Tidak perlu menerapkn nilai2 murni. Jika pelajar tak nk belajar di dlm kelas, guru cuma boleh tegur sahaja, tak perlu beri hukuman atau geguran berulang2 kali.


Apabila guru mula mendidik, maka terdidiklah pelajar tersebut. Ilmu pelajaran penuh di dada beserta dgn akhlak yg terpuji.


Apabila guru mula mengajar, maka terpelajarlah pelajar tersebut. Ilmu pelajaran penuh di dada, tetapi tiada akhlak yg terpuji.


Sekarang ni, guru jadi mangsa keaadaan,


Situasi 1- Seorang guru menghukum pelajar atas kesalahan pelajar tersebut, pelajar repot kat ibu bapa. Pastu panggil media itu dan ini. Guru disalahkan. --->"jgn sentuh anak saya."


Situasi 2 - Seorang guru tdk menghukum pelajar atas kesalahan plajar tersebut. Bila tak tegur, perangai buruk menjadi-jadi. Ibu bapa dtg ke sekolah. Guru disalahkan -----> "cikgu tak mengajar anak saya ke?"


Situasi 3 - Seorang guru membuang pelajar dri sekolah atas masalah disiplin. Ibu bapa datang ke sekolah, marah guru2 sebab membuang anak2 mereka dari sekolah. Guru disalahkan ----> " guru pon serba salah .."


Aku pun tak paham laaa.... tapi kerjaya seorang guru mmg mencabar, terima kasih guru-guru yg pernah mendidik dan mengajar aku... Hargailah guru-guru anda. "Guru ibarat lilin, membakar dirinya demi menerangi orang lain."

Hari ini aku dah kembali ke sekolah lamaku tuk menjadi guru.. dan bersama-sama ex-guru2ku tuk mendidik anak2 bangsa di kampungku.. Akhirnya aku dah satu team kerja bersama-sama mereka…


Jika anak anda "nakal" jgn salahkan guru-guru. Salahkan diri sendiri. Anak-anak adalah amanah buat ibu bapa....


"The ones that love us, never really leave us "

Demi Masa

Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran…
Masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan

Dan

Masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan…

Oleh itu, ingatlah wahai rakan-rakan bloggers sekalian.. Masa yang ada itu hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya.. Kerna masa yang berlalu itu tidak mungkin akan kembali.. Rugi lah manusia itu sekiranya masa yang ada dipersia-siakan…

Wallahualam…

Sunday, March 20, 2011

Ingat Pada Kematian

Ketika orang-orang kafir menyalib Khubaib bin Adyadi atas pohon kurma sebelum membunuhnya, dia sama sekali tidak takut dan gentar. Bahkan dengan mata tajam, ditatap orang-orang kafir sambil berkata:

“Sekelompok pasukan bersekutu berkumpul di sekelilingku dan membentuk satu kumpulan besar. Mereka merasa senang dengan kabilah-kabilah mereka.”


“Hanya kepada Allah aku berkeluh kesah tetapi bukan kerana serang yang dilancarkan musuhku pada saat bertempur.”


“Aku tidak peduli dengan cara apa aku mati, selama aku mati dalam keadaan Muslim kerana semuanya tetap kembali kepada Allah. Semoga Dia memberkati pada setiap tulang dan daging yang tercincang.”


Demikian juga Saad bin Abi Waqqash RA ketika menemui raja Parsi. Dengan gagah dia berkata:

“Aku akan datang dengan suatu pasukan yang sangat mencintai kematian, sebagaimana kamu semua cinta pada kehidupan.”


Dalam peperangan Uhud, ramai kaum Muslimin terbunuh sementara anak panah pasukan kafir begitu deras menyerang Rasulullah SAW. Saat itu Abu Thalhah RA membuka dadanya menjadi benteng Rasulullah SAW. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, anak panah itu tidak akan mengenaimu. Kami akan mengorbankan diri kami, agar engkau tidak terkorban.”


Ya, selama kematian membawa keredhaan Allah, ucapkanlah selamat datang kepadanya.


Berbeza dari orang soleh, ahli maksiat dan mereka yang tenggelam dalam syahwat dan kenikmatan dunia amat takut menghadapi kematian. Mereka tidak pernah mengingatinya kerana ketakutan yang luar biasa. Padahal sepatutnya, Allah SWT lebih mereka takuti dari yang lain.


Ingatlah, kita perlu mati untuk mencapai Syurga. Dan mati itu perlulah pula dalam kedaan beriman :)

Result SPM 2010 --> Rabu Ni....

Assalamualaikum..

"Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.

Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.

Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang."

Sumber : eputra.com dan New Straits Times

Akhirnya,terjawab sudah, tarikh pengumuman keputusan SPM 2010. Kepada semua calon SPM 2010, ambil kesempatan ini untuk terus berdoa dan perbanyakkan solat hajat untuk mendoakan kejayaan yang cemerlang. Memang betul, SPM 2010 ni banyak dilema, dengan 'Soalan Spot', dan 'Tarikh Result Spot', semoga keputusan yang di-spot ni betul.. Insyaallah.

Manisnya IMAN

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.

Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.

Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.

Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Saturday, March 19, 2011

Aarghh.. Cuti Dah Nak Habis

Ohhhh…. Nampaknya cuti sekolah hanya berbaki 1 hari lagi.. Huhuhu… Cuti sekolah ini saya langsung tiada cuti… Kenapa??

Sebab semasa cuti sekolah berlangsung saya dan beberapa orang guru telah menjadi jurulatih olahraga bagi atlet sekolah ke peringkat Bahagian Zon Selatan Negeri Sabah… Hurrmm… Nampaknya aku makan hati jer cuti sekolah ini.. Guru-guru senior yang lain semuanya seronok bercuti dan melancong sana sini… Saya guru baru dan beberapa orang guru baru serta guru senior terpaksa mengorbankan cuti kami… Apa boleh buat, dah tugas dan tanggungjawab kan..

Cuti sekolah ada berbaki 1 hari lagi.. Kerja-kerja aku belum siap lagi seperti fail panitia, fail badan pengawas, ujian bulanan budak-budak, tanda buku nota dan latihan budak-budak dan pelbagai jenis kerja lagi yang tertinggal dan terbengkalai kat bilik guru tu…

Akhirnya hanya hari ini dan esok sahaja masa yang ada tuk aku menghabiskan semua kerja-kerja tersebut.. Aku kena siapkan sebab awal bulan April ini kemungkinan akan ada 24 orang Nazir mengunjungi sekolahku… Ohhh kena prepare apa yang patut kan.. Huhu..

Lagi pun pada 7 April ini juga aku akan menduduki temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).. So, kena buka buku study… Arghh.. memang sibuk kan jadi pendidik ini.. Bulan April ini jugak sekolah aku ini jadi tuan rumah tuk Sukan Olahraga peringkat Bahagian Zon Selatan.. So, sekolah-sekolah dari daerah Papar, Beaufort dan Sipitang akan berkampung di sekolah nanti.. Aku pulak ditugaskan jadi Hakim Lontar Peluru.. Fuhh… Betul-betul sibuk..

Jangan kata jadi guru ini senang.. Pelbagai kerja dan komitmen yang guru kena pegang dan jalankan… Yang tahu mengata guru itu senang just mengajar dalam kelas dan lain-lain lagi laaa.. Haaa.. jangan kata itu jer keje guru.. Sebenarnya kerja yang bukan hakiki sebagai guru pun guru akan buat….

Apa-apapun kerja guru ini memang lah mulia…. Bersyukur aku menjadi seorang pendidik.. Insyaallah, akan ku curahkan bakti ku sepenuhnya tuk mendidik anak bangsa.. Amin..

C.I.K.G.U

++Celik Insan Kerana Guru Unggul++

Kerja-kerja yang aku tinggalkan… Penuh meja aku ni.. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...